2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Kos serangan tentera AS cecah RM1.7b

WASHINGTON - Serangan udara tentera Amerika Syarikat (AS) ke atas Libya mencatatkan kos bernilai AS$550 juta (RM1.7 bilion) setakat ini, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pentagon, kelmarin.

Kos itu dijangka terus meningkat dengan AS$40 juta (RM121 juta) lagi akan dibelanjakan dalam beberapa minggu akan datang.

Jabatan Pertahanan AS membelanjakan lebih daripada 60 peratus dana itu untuk membeli peralatan senjata seperti peluru berpandu dan bom antara 19 Mac dan 28 Mac lalu.

Komander Tentera Bersekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), James Stavridis berkata, sebutir peluru berpandu Tomahawk yang digunakan AS bernilai AS$1.5 juta (RM4.5 juta) dan jumlah perbelanjaan untuk senjata sahaja mencecah AS$300 juta (RM908 juta).

Pasukan tentera AS telah membedil sekurang-kurangnya 192 daripada 199 peluru berpandu Tomahawk terhadap barisan pertahanan udara Libya.
 
+
 
AS mahu bekal senjata kepada pemberontak

LONDON - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Britain mula mempertimbang untuk membekalkan senjata kepada pemberontak di Libya, kelmarin.

Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton percaya kononnya tindakan membekalkan senjata itu adalah sah di sisi undang-undang mengikut resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Ia bergantung kepada tafsiran individu terhadap resolusi Majlis Keselamatan PBB mengenai Libya, jadi ia sepatutnya menjadi pemindahan bekalan senjata secara sah jika sesebuah negara memilih tindakan seperti itu," katanya.

Presiden AS, Barack Obama turut tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan sama.

Rancangan itu dilihat bakal menyebabkan lebih banyak perpecahan berlaku di antara tentera bersekutu apabila Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Itali membayangkan tindakan seperti itu memerlukan satu lagi resolusi PBB.

Menteri Luar Perancis, Alain Juppe berkata, membekalkan senjata kepada pemberontak bukan sebahagian daripada resolusi PBB tetapi negara itu sedia untuk berbincang mengenai hal tersebut.
 
 
+
 

Britain akan bekal senjata kepada pemberontak

LONDON - Perdana Menteri Britain, David Cameron semalam tidak menolak rancangan untuk melengkapkan pihak pemberontak yang memerangi tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dengan senjata.

"Britain tidak menolaknya, tetapi kami juga belum memutuskan untuk melaksanakan rancangan itu," kata Cameron kepada Parlimen Britain ketika disoal tentang dasar Britain mengenai isu tersebut di sebalik sekatan senjata yang dikenakan ke atas Libya oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut Cameron, resolusi PBB, termasuk penguatkuasaan zon larangan terbang dan sekatan senjata ke atas Libya, tidak membabitkan operasi membekalkan senjata kepada pemberontak yang memerangi rejim Gaddafi.

"Peraturan PBB jelas, sekatan senjata itu melibatkan semua wilayah Libya," kata Cameron

"Namun, pada masa yang sama, Resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSCR) 1973 membenarkan semua bentuk tindakan bagi melindungi orang awam dan kawasan penduduk awam. Kami berpendapat, bantuan senjata perlu untuk membantu mereka (pemberontak) melindungi orang awam Libya dalam situasi sekarang," tambahnya.

Pendirian Cameron itu senada dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang menimbang untuk membekalkan senjata kepada pemberontak Libya.

Setakat ini, Perancis turut menyokong rancangan itu tetapi ia ditentang oleh Rusia.

Sementara itu, pihak pemberontak Libya terus berundur semalam apabila mereka dibedil meriam tentera Gaddafi, sekali gus menunjukkan bahawa mereka lemah tanpa serangan udara Barat.

Pengunduran mendadak itu berlaku dua hari selepas tentera pemberontak mara di sepanjang jalan raya pesisir pantai barat Libya untuk memburu tentera Gaddafi.

Tentera pemimpin Libya berusia 68 tahun itu berundur dari bandar Ajdabiyah selepas deretan kereta kebal dan artileri mereka musnah dalam serangan udara Barat selama lima hari.

Mereka kemudian menyerang hendap konvoi pemberontak di luar bandar pemimpin itu, Sirte manakala bandar Nawfaliyah, Bin Jawad dan Ras Lanuf turut jatuh dalam serangan balas tentera Gaddafi.

"Kami hanya memiliki raifal dan mesingan. Kami tidak berdaya menentang meriam serta trak pelancar roket Gaddafi," kata seorang pejuang pemberontak. - Agensi

Unknown , Jumaat, April 01, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog