2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Kaitan Makan & Kesihatan

GAYA hidup dan cara makanan harian mempunyai kaitan rapat dengan pelbagai penyakit yang dihidapi seseorang apabila usia semakin meningkat.


Tanpa disedari makanan yang dimakan dari zaman kanak-kanak hingga usia seseorang itu meningkat 30-an atau 60-an tahun menyumbang kepada kesihatannya sekarang ini.


Justeru, tidaklah terlambat anda mendidik anak-anak agar mengamalkan pemakanan yang sihat kerana kebiasaan memakan makanan yang tidak berkhasiat akan memudaratkan kesihatan pada masa depan.


Dari itu, untuk membantu ibu bapa memilih makanan yang sihat dan bertanggungjawab kepada kesihatan keluarga, Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) menganjurkan karnival dan seminar bagi membantu ibu bapa memahami makanan yang diperlukan dengan bertemakan Asas yang Kukuh.


Turut diadakan di karnival dan seminar itu ialah pelbagai kegiatan seperti cara mencegah pelbagai penyakit seperti myopia, sakit gigi, stres, penyakit berjangkit dan alahan di kalangan kanak-kanak.


Karnival selama dua hari di pusat membeli-belah Compass Point dan seminar di Kelab Masyarakat Sengkang itu diadakan baru-baru ini.


Salah seorang penceramah HPB berkata ramai kanak-kanak gemarkan makanan ringan yang tidak berkhasiat dan sukar menghentikan tabiat mereka itu tetapi ibu bapa boleh membantu dengan memilihkan makanan yang berkhasiat lagi menyihatkan kepada mereka.


Jika anak-anak suka mengunyah pada waktu petang, pilihlah produk yang mempunyai label Healthier Choice (HCS) dengan kandungan lemak dan garamnya cuma sedikit. Berikan mereka makanan yang mempunyai kandungan serat dan kalsium yang tinggi seperti yogurt kandungan lemak rendah, buah-buahan dan roti bakar dengan keju.


Ibu bapa juga harus menunjukkan bahawa mereka juga mengamalkan pemakanan sihat dengan membuat pilihan sama ada nasi, roti atau mi, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging atau ikan agar khasiat yang penting dan seimbang.


Jika anda sekeluarga sering makan di luar pula, ibu bapa hendaklah memilih gerai makanan atau restoran yang menyertai Program Penjaja Sihat atau Program Menu Kanak-Kanak Sihat.


Anda juga boleh membantu dengan memilih cara masakan yang sihat seperti ikan dikukus, dipanggang atau dibakar. Bagi daging ayam pula, setelah ia diperap dengan rempah-ratus, hendaklah dipanggang atau dibakar. Cuba elakkan daripada menggunakan santan atau krim.


Kebanyakan anak-anak memang suka makan kulit ayam, terutama apabila digoreng rangup. Untuk kesihatan mereka, buanglah dulu kulit ayam itu sebelum dimasak.


Juga, cuba elakkan daripada memakan nasi lemak atau nasi ayam setiap hari. Sebaiknya makanlah nasi putih biasa saja.


Minumlah air jerang sekurang- kurangnya lapan gelas sehari. Elak daripada meminum kopi manis, teh susu atau minuman ringan melebihi empat gelas sehari. Anda disarankan cuma minum segelas sehari minuman tersebut.


Anda juga digalak agar bersenam bersama anak-anak seperti berenang, mengayuh basikal atau berjalan pantas sebagai satu kegiatan riadah keluarga.


Bagi mengelak anak-anak daripada penyakit berjangkit yang ada kalanya hingga mereka mencapai usia remaja, dapatkan suntikan yang diperlukan agar tubuh mereka lali terhadap penyakit-penyakit tertentu.


Ibu bapa juga perlu membimbing anak-anak mengenai menjaga kebersihan bagi mencegah demam selesema, dan jenis penyakit yang mudah dijangkiti seperti penyakit tangan, kaki dan mulut. - Cyberita


Oleh Zawiyah Salleh 
Muhammad Ttuyup , Sabtu, April 02, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog