
AZZAM (kanan) bersalaman dengan timbalan ketua Hamas, Mussa Abu Marzuq selepas mencapai persefahaman membentuk kerajaan perpaduan sementara dan mengadakan pilihan raya.
Israel marah pemimpin Fatah, Hamas berdamai
RAMALLAH: Pemimpin Fatah dan Hamas membuat kejutan apabila mencapai persetujuan semalam untuk berdamai seterusnya membentuk kerajaan perpaduan sementara dan berikrar mengadakan pilihan raya dalam tempoh setahun lagi, langkah yang dikecam Israel sebagai 'melangkah garis merah.'
Perjanjian antara perunding Fatah dan Hamas itu dicapai di Kaherah kelmarin selepas rundingan berlangsung 18 bulan.
Ia mendapat pujian Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad yang berharap dapat menjadi asas untuk segera mewujudkan pentadbiran perpaduan.
Iran turut menyatakan pujian kerana percaya ia dapat mempercepat perkembangan di Palestin dan mencapai kemenangan besar ke atas Israel sejak dua pergerakan Palestin itu bermusuh pada awal 1990-an.
Israel pula memberi reaksi marah dengan Menteri Luar Luar, Avigdor Lieberman dan Menteri Pertahanan, Ehud Barak memberi amaran bahawa rejim Tel Aviv tidak akan menerima kerajaan Hamas.
"Perjanjian itu satu langkah melepasi garisan merah," kata Lieberman kepada radio tentera Israel sambil memberi amaran mereka akan mengambil tindakan balas, manakala Barak berkata tentera Yahudi akan bersikap kuku besi untuk menangani sebarang ancaman dan berikar tidak akan berunding dengan Hamas.'
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula menuntut pemimpun Fatah, Mahmoud Abbas, memilih antara perdamaian dengan Israel atau berdamai dengan Hamas.
Persetujuan itu menetapkan dua pihak berkenaan akan bekerjasama membentuk kerajaan perpaduan daripada ahli politik pilihan dua pergerakan berkenaan sehingga pilihan raya tempatan diadakan, kata ketua perunding Fatah, Azzam al-Ahmad.
Wakil Hamas dan Fatah akan pulang ke Kaherah minggu depan bagi menandatangani dokumen yang turut menetapkan syarat pembebasan tahanan politik dua parti berkenaan. – AFP
Cik NiNe Che Kadir
,
Sabtu, April 30, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
PENULIS
Cik NiNe Che Kadir
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang
Fatah, Hamas berdamai silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "