KUALA LUMPUR, 7 April - Orang awam yang menggunakan dua produk kesihatan tradisional 'JCare-su' dan 'JCare-in' diminta menghentikan pengunaannya serta merta kerana dikesan mengandungi bahan campur palsu "glibenclamide".
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata pendaftaran produk 'JCare-su' dan 'JCare-in' dibatalkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah pada mesyuaratnya yang ke-237 berikutan pengesanan racun berjadual iaitu "glibenclamide".
Dalam kenyataan Khamis, beliau berkata glibenclamide digunakan dalam seliaan ubat terkawal untuk pesakit menghidap kencing manis dan ia tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat tradisional.
"Ubat-ubatan yang mengandungi glibenclamide hanya boleh dibekal oleh doktor atau ahli farmasi sahaja. Penggunaan glibenclamide tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan sampingan seperti hypoglycaemia dan antara simptom hypoglycaemia ialah pening, menggigil, berpeluh, keliru dan lesu," katanya.
Pemegang pendaftaran bagi kedua-dua produk ini ialah Usaha Kiara Sdn. Bhd dan dikilangkan oleh Len Fa Medical Supplies(M) Sdn Bhd.
Dr Hasan berkata penjual diingatkan supaya tidak menjual produk berkenaan dan sekiranya ingkar mereka boleh dikenakan hukuman mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "