WASHINGTON 18 APril - Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) secara rahsia menyalurkan bantuan dana kepada kumpulan pembangkang Syria, menurut sumber diplomatik yang didedahkan oleh WikiLeaks, lapor akhbar The Washington Post hari ini.
Akhbar tersebut melaporkan, sumber itu menunjukkan jabatan berkenaan menyalurkan sebanyak AS$6 juta (RM18 juta) sejak 2006 kepada sekumpulan rakyat Syria yang dibuang negara untuk menguruskan Barada TV iaitu saluran televisyen satelit berpangkalan di London dan menaja pelbagai aktiviti di Syria.
"Barada TV mula beroperasi pada April tahun lepas tetapi meningkatkan operasinya bagi membuat liputan pemberontakan di Syria yang bermula bulan lalu sebagai sebahagian daripada kempen untuk menggulingkan Presiden Bashar al-Assad.
"Wang AS untuk tokoh pembangkang mula disalurkan ketika pentadbiran Presiden George W. Bush selepas hubungan diplomatik AS dengan Damsyik dibekukan pada 2005," kata akhbar itu,
Akhbar itu menambah, bantuan kewangan itu berterusan di bawah Presiden Barack Obama walaupun pentadbirannya cuba membina semula hubungan dengan Assad.
Pada Januari lalu, White House menghantar seorang duta ke Damsyik buat pertama kali dalam tempoh enam tahun.
Artikel berkenaan berkata, ia tidak jelas sama ada AS masih menaja kumpulan pembangkang tersebut tetapi sumber itu menyatakan bantuan wang itu telah diperuntukkan sehingga September 2010.
The Washington Post berkata, sumber sebelum ini menunjukkan para pegawai Kedutaan AS di Damsyik menjadi bimbang pada 2009 selepas mereka mengetahui ejen perisikan Syria menyoal mengenai program-program AS. - Reuters

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "