SEBUT saja masalah ereksi disfungsi atau ED pastinya ramai segera menuding jari ke arah lelaki. Tidak ramai yang membicarakan masalah lemah syahwat di kalangan wanita kerana ia kurang diperkatakan. Jika lelaki lebih terbuka membicarakan kehebatan mereka di ranjang, wanita sebaliknya lebih berpegang kepada persepsi 'masalah di ranjang seharusnya ditinggalkan dalam bilik tidur juga.'
Keadaan lebih sukar apabila wanita itu sendiri yang rata-ratanya tidak menyedari mereka berhadapan dengan masalah ini kerana ia tidak dapat dilihat secara fizikal seperti mana lelaki.
"Ereksi sistem reproduksi semasa hubungan kelamin sudah pun dibuktikan secara saintifik. Pengaliran darah ke sistem pembiakan seperti yang berlaku kepada golongan lelaki juga penting untuk syahwat dan fungsi fizikal. Bagaimanapun, di kalangan wanita isu ini tidak diperkatakan secara terbuka," katanya.
Malah, kata Dr Shah Reza, masalah ED wanita tidak begitu menjejaskan emosi seperti mana lelaki.
Dr Shah Reza berkata, masalah seksual itu di kalangan wanita berbeza dengan yang dialami lelaki. Biasanya kes ED membabitkan lelaki meningkat selari peningkatan usia, namun untuk bagi wanita pula sukar untuk memastikan dengan jelas apabila ia terjadi.
ED di kalangan wanita sebaliknya berlaku apabila usia makin matang dan berhadapan masalah lubrikasi dinding faraj serta vulva.
Pada 2007, kajian Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) mendapati wanita yang berusia 45 tahun ke atas, berkahwin dengan lelaki yang lebih tua dan tidak kerap melakukan hubungan seksual lebih cenderung mengalami masalah itu berbanding wanita muda yang berkahwin dengan lelaki sebaya dan kerap melakukan hubungan intim.
Bagaimanapun, jelas Dr Shah Reza, mengaitkan masalah itu sebahagian simptom wanita putus haid mungkin tidak tepat. Namun, peningkatan serta kematangan umur berkait rapat dengan kekurangan lubrikasi (mudah kering atau sukar basah) pada faraj, dingin pada hubungan intim dan juga kegagalan mencapai puncak semasa hubungan kelamin.
"Sukar untuk menentukan simptom masalah ini bagi wanita disebabkan struktur sistem reproduksinya di dalam berbanding lelaki yang mana kegagalan itu jelas kelihatan. Lazimnya fasa-fasa seksual wanita seperti fasa terangsang, fasa mendatar, fasa kemuncak dan akhir sekali fasa resolusi akan terencat. Hasilnya wanita menjalani hubungan kelamin dengan tidak memuaskan," katanya.
Seperti mana isu ED yang kurang dibicarakan, begitulah juga kaedah rawatannya. Namun, Dr Shah Reza berkata mungkin ubat-ubatan ED untuk lelaki boleh membantu wanita yang mengalami masalah itu. Ini kerana, penggunaan ubat itu meningkatkan pengaliran darah ke bahagian sulit dan juga rahim seperti sifat semula jadi semasa rangsangan seksual berlaku.
"Masalahnya dalam kajian yang dilakukan terhadap kesan ubat itu terhadap wanita, wujud masalah seperti tiada pengukuran fisiologi, kesukaran berbentuk objektif serta kuantitatif dalam pengukuran kerangsangan secara klinikal.
Info
ED wanita

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "