ALOR SETAR, 11 Mac - Masyarakat di negara ini diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan ubat-ubat herba yang dijual di pasar atau kaki lima kerana dikhuatiri mengandungi racun yang boleh menyebabkan sakit buah pinggang.
Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Marzukhi Md Isa berkata penyakit buah pinggang bukan terjadi dengan sendiri tetapi antaranya disebabkan pemakanan ubat herba yang dijual tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Sebenarnya dalam ubat herba yang dijual itu mempunyai banyak racun yang kita tidak tahu, mungkin kita selesa makan ubat itu, tapi tanpa kita sedari ubat itu menjadi penyebab sakit buah pinggang.
"Masyarakat jangan terlalu mudah terpengaruh dengan herba-herba yang dijual kerana ia akan mendatangkan penyakit, ada ubat-ubat herba itu berdaftar dengan KKM tetapi ia tidak mendapat kelulusan KKM, itupun perlu diambil berat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jalan Sihat Hari Buah Pinggang Sedunia 2011 Peringkat Negeri Kedah di sini Jumaat.
Selain itu, katanya cara hidup masyarakat sekarang juga mendorong kepada sakit buah pinggang.
"Cara pemakanan yang tidak sihat akan menyebabkan mereka mendapat kencing manis, dan secara tidak langsung ia turut melibatkan sakit buah pinggang dan jantung," kata Marzukhi.
Beliau berkata di Kedah terdapat 1,159 pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis di 35 pusat dialisis pada 2009.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 1,116 pesakit menggunakan mesin dialisis manakala 43 pesakit lagi menggunakan kaedah Peritoneum Peritoneal Dialisis (PPD) iaitu memasukkan air dalam perut selama empat hingga lima jam dan selepas itu perlu dikeluarkan semula untuk membuang toksin racun dalam badan tanpa menggunakan mesin hemodialisis," katanya.
Beliau berkata terdapat antara 3,000 hingga 4,000 pesakit baru yang menjalani dialisis setiap tahun.
"Kita jangkakan 10 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia mengalami sakit buah pinggang. Jadi, saya seru kepada masyarakat supaya menjalani cara hidup sihat untuk kesejahteraan hidup," katanya. - Bernama

Sabtu, Mac 12, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Pengambilan Ubat Herba Antara Punca Sakit Buah Pinggang silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "