JAKARTA - Bangunan-bangunan pencakar langit di ibu negara Indonesia ini tidak lagi mudah runtuh akibat kejadian gempa bumi. Ini ekoran pembinaannya dilengkapi ciri-ciri mampu menahan kesan bencana alam tersebut.
Gabenor Jakarta, Fauzi Bowo mendakwa, peraturan ketat telah dilaksanakan yang turut memerlukan pembinaan bangunan merangkumi ciri-ciri ketahanan tersebut.
Beliau berkata, bangunan yang melebihi lima tingkat tidak akan mudah runtuh ekoran gempa bumi.
"Secara teorinya, bangunan di Jakarta mempunyai ketahanan yang sama dengan di Jepun kerana ia direka berdasarkan standard di negara itu. Bagaimanapun, ia tidak bermaksud kita akan bersikap lepas tangan," katanya.
Beliau mengulas mengenai kebimbangan rakyat berhubung persediaan negara ini dalam menghadapi gempa bumi berskala besar seperti yang berlaku di Jepun.
Fauzi berkata, bangunan yang paling berisiko runtuh akibat gempa bumi adalah bangunan lima tingkat ke bawah seperti rumah kedai atau ruko kerana ia sering dibina menggunakan bahan-bahan yang tidak memenuhi piawaian atau tanpa pemantauan konsultan.
Pengerusi Persatuan Pakar Pembinaan Indonesia, Davy Sukarnta menyokong dakwaan Fauzi.
Beliau berkata, lebih 90 peratus bangunan tinggi di Jakarta adalah selamat.
"Jakarta telah melaksanakan pendekatan pembinaan dan perancangan moden berbanding wilayah lain seperti Padang dan Yogyakarta," katanya kepada Jakarta Globe.
Dengan keselamatan bangunan dijamin, Davy berkata, pihak berkuasa kini perlu menubuhkan pusat kawalan di setiap wilayah untuk menghadapi keadaan pasca-bencana. - AGENSI

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "