ANGGOTA Barisan Pembebasan Kebangsaan Sri Lanka membakar tayar di depan pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana membantah serangan tentera bersekutu terhadap Libya, di Colombo semalam.
Kapal selam Britain terus lancar Tomahawk
LONDON: Sebuah kapal selam Britain semalam melancarkan serangan baru peluru berpandu Tomahawk terhadap sistem pertahanan udara Libya dalam serangan yang diselaraskan bersama tentera bersekutu lain.
Serangan itu adalah yang terbaru dalam beberapa siri serangan Britain yang bersama-sama Perancis dan Amerika Syarikat mengetuai usaha menguatkuasakan zon larangan terbang terhadap Libya.
Tentera Britain sekali lagi menyertai serangan terhadap Libya sebagai menyokong Ketetapan 1973 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kata jurucakap Ketua Staf Pertahanan Britain, Mejar Jeneral John Lorimen, Dalam satu kenyataannya, beliau berkata: "Britain melancarkan peluru berpandu Tomahawk dari kapal selam kelas Trafalgar terhadap sasaran pertahanan udara sebagai sebahagian daripada rancangan tentera bersekutu untuk menguatkuasakan ketetapan itu."
Ia tidak memberi butir lanjut mengenai sasaran atau hasil serangan itu.
Letupan dan bunyi tembakan senjata antipesawat menggegarkan Tripoli semalam ketika serangan udara tentera bersekutu terhadap Muammar Gaddafi memasuki hari keenam. - AFP
+
Ramai orang awam maut
TRIPOLI: Agensi berita Libya, Jana, semalam melaporkan, serangan tentera bersekutu terhadap kawasan kediaman di timur bandar raya ini menyebabkan ramai orang awam terbunuh.
"Pengeboman yang dilakukan oleh tentera salib di Tajura berhampiran Tripoli mensasarkan kawasan kediaman, menyebabkan ramai orang awam terkorban," menurut laporan itu.
Menurutnya, Tajura diserang tiga kali dan serangan ketiga mensasarkan anggota penyelamat yang cuba mengalihkan mayat dan mangsa yang cedera dari runtuhan bangunan akibat serangan pertama dan kedua.
Seorang wartawan AFP pula melaporkan, siren ambulans kedengaran dari tengah Tripoli dan Tajura.
Terdahulu, saksi berkata, letupan kuat kedengaran dari sebuah pangkalan tentera di daerah berkenaan, 32 kilometer ke timur Tripoli dan kebakaran dapat dilihat berlaku dalam perkarangannya.
Tajura menempatkan pang- kalan tentera terpenting Libya dan menjadi sasaran serangan tentera bersekutu pada hari pertama operasi ketenteraan dilancarkan terhadap negara itu Sabtu lalu. - AFP
+
Tentera Gaddafi akan hancur beberapa hari: Juppe
PARIS: Menteri Luar Perancis, Alain Juppe berkata, tentera bersekutu Barat akan mengambil masa beberapa hari atau minggu saja, bukan beberapa bulan, untuk memusnahkan tentera Muammar Gaddafi.
Jet penggempur Barat mengebom Libya buat malam kelima berturut-turut semalam tetapi sehingga ini gagal untuk menghentikan serangan meriam tentera Gaddafi terhadap bandar yang dikuasai pemberontak atau mengundurkan tentera Libya dari satu persimpangan strategik di timur negara itu.
Juppe juga mempertahankan rentak operasi itu dengan berkata: "Anda tidak boleh menjangka kami akan mencapai matlamat dalam masa lima hari saja."
Perancis mengetuai campur tangan tentera yang dibenarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha menghentikan serangan tentera kerajaan Libya terhadap pasukan pemberontak. Ia kini berusaha bersama-sama Britain untuk mewujudkan kumpulan penghubung, yang terdiri daripada beberapa negara utama yang terbabit dalam operasi itu dan negara Arab. Ia bertujuan membincangkan hal mengenai pentadbiran politik dan strategi untuk misi itu sementara Nato akan mengendalikan penyelerasan harian tentera. - AFP
+
Nato wujud pusat pemerintahan di Naples
BRUSSELS: Nato merangka pelan menubuhkan satu struktur pusat pemerintah bagi menjalankan operasi ketenteraan ke atas Libya dari Itali, kata seorang diplomat, semalam.
Kata sumber itu, pusat pemerintahan itu akan beroperasi mengikut keperluan dan berpangkalan di pejabat milik Nato di Naples.
"Pusat pemerintahan sokongan bagi operasi laut turut ditempatkan di situ, manakala bagi operasi taktikal udara ia dilakukan dari Poggio Renatico di utara Itali," katanya.
Pegawai diplomat terbabit menyatakan pusat strategik Nato dikenali sebagai Ibu Pejabat Tertinggi Kuasa Bersekutu Eropah (SHAPE) di Mons, Belgium akan memantau operasi keseluruhan.
Sementara itu, Turki menghalang usaha terbaru Nato memainkan peranan menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya, semalam, selaras dengan pendirian Ankara menuntut serangan ke negara utara Afrika itu ditamatkan.
Bagaimanapun, kata sumber, mungkin berlaku kompromi bagi membolehkan sesetengah negara dalam pertubuhan itu menolak daripada terbabit menyerang Libya.
Beberapa negara Nato memang mahu pakatan itu mengambil alih tugas melaksanakan kempen ketenteraan ke atas Libya, tetapi Perancis bertegas mahu ia kekal diuruskan seperti sedia ada.
Pada pandangan kerajaan Perancis, Nato lebih sesuai mengendalikan operasi harian.
Duta Nato dijadual bertemu untuk perbincangan lanjut hari ini. - AFP
+
Matlamat tak tercapai
TRIPOLI: Pesawat udara Bersekutu terus mengebom Libya untuk malam kelima semalam, tetapi setakat ini kempen berkenaan gagal menghalang kereta kebal Muammar Gaddafi daripada menyerang kubu pemberontak di Misrata.
Tentera yang setia kepada pemimpin Libya itu dilaporkan bergerak dalam kegelapan malam menuju Misrata sebelum menghujani kawasan berhampiran hospital utama di bandar berkenaan dengan bom.
Saksi berkata, serangan itu dilakukan selepas ia terhenti beberapa jam pada waktu siang ekoran serangan tentera Bersekutu.
Katanya, tentera kerajaan mengambil kedudukan strategik untuk meneruskan serangan ke arah pemberontak.
Jurucakap pemberontak berkata, penembak tepat kerajaan masih berada di Misrata dan tidak terjejas dengan serangan udara sebelum ini.
"Setakat ini 16 orang terbunuh di tangan penembak tepat yang bertindak semberono," katanya.
Bagaimanapun, kesahihan semua dakwaan itu tidak dapat dibuktikan. Sementara itu, satu letupan kuat kedengaran berhampiran Tripoli semalam dan asap dapat dilihat naik ke udara dari kawasan dipercayai pangkalan tentera Gaddafi.
Pegawai kerajaan kemudian membawa wakil media melihat 18 mayat rentung, didakwa anggota tentera dan orang awam yang terkena bom pihak Bersekutu.
Pegawai tentera AS pula mendakwa serangan itu berjaya mewujudkan zon larangan terbang di kawasan pantai Libya dan kini sasaran mereka adalah kereta kebal rejim Gaddafi. Katanya, pasukan Bersekutu mengadakan 175 penerbangan dalam tempoh 24 jam dan 113 daripadanya dibuat tentera udara AS.
Pegawai Britain pula berkata, tentera negara itu melancarkan peluru berpandu Tomahawk dari kapal selam Trafalgar ke kelengkapan pertahanan udara Libya.
Menteri Pertahanan Perancis, Gerard Longuet, berkata tentera negara itu memusnahkan kira-kira 10 kereta perisai Libya dalam tempoh tiga hari. - Reuters
+
Tunisia bekukan aset keluarga Gaddafi
TUNIS: Jiran Libya, Tunisia, membekukan semua aset milik Muammar Gaddafi dan keluarganya semalam, menjadikan negara itu kerajaan terbaru bertindak begitu selepas Barat.
Sumber di Tunisia memberitahu, selain Gaddafi, lima lagi ahli keluarganya turut terbabit dalam pembekuan aset berkenaan.
"Tindakan ini diambil selaras dengan keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," katanya.
Selain Tunisia, Amerika Syarikat serta negara anggota Kesatuan Eropah lebih awal mengambil tindakan sama kerana tidak bersetuju dengan pendekatan Gaddafi menangani krisis kebangkitan rakyat di dalam negaranya.
Pembekuan aset oleh Tunisia dijangka memberi kesan besar kepada Libya.
Tripoli memang memiliki banyak kepentingan pelaburan di negara berkenaan, termasuk dalam sektor perhotelan, rangkaian stesen minyak dan terminal petroleum.
Walaupun pada zahirnya kebanyakan aset itu dimiliki firma pelaburan Libya, pihak yang mendapat manfaat sebenar adalah anggota keluarga Gaddafi. Golongan elit Libya turut menjadikan Tunisia sebagai pusat perbankan, percutian dan rawatan kesihatan sejak 1980-an selepas negara itu dikenakan sekatan antarabangsa. - Reuters
+
AS di belakang Obama
WASHINGTON: Sebanyak 60 peratus warga Amerika Syarikat menyokong kempen ketenteraan negara itu dan sekutunya ke atas Libya bagi menguatkuasakan zon larangan terbang.
Dalam undian dikendali Reuters dan Ipsos semalam, 48 peratus daripada responden menganggap Presiden Barack Obama sebagai pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara mengambil sikap 'berhati-hati' sebelum membuat tindakan.
Responden juga menganggap Presiden AS itu menjalankan rundingan bagi mencari pendekatan terbaik melaksanakan misi berkenaan.
Sebanyak 36 peratus daripada responden mempunyai persepsi Obama tetap 'bimbang dan ragu-ragu' sebelum membuat keputusan melancarkan serangan udara bagi melumpuhkan sistem pertahanan Libya.
Tujuh belas peratus lagi menganggap keputusan AS itu sebagai jelas dan tegas dalam situasi konflik Libya yang menawarkan hanya tiga pilihan.
Undian itu dilakukan agensi berita dan firma penyelidikan berkenaan tiga hari selepas AS mengetuai kempen ketenteraan ke Libya.
Sebanyak 79 peratus daripada responden berpendapat, AS dan sekutunya perlu cuba menyingkirkan Muammar Gaddafi sebagai pemimpin Libya selepas tokoh berkuasa di negara kaya dengan petroleum itu sejak lebih empat dekad lalu. - Reuters
+
Serangan udara kuasa Barat gagal
TRIPOLI - Tentera Bersekutu melancarkan serangan udara buat hari kelima ke atas Libya, semalam, tetapi masih gagal melumpuhkan barisan pertahanan tentera di negara itu.
Askar yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi terus menyerang bandar yang dikuasai pemberontak di timur negara itu.
Menurut kumpulan pemberontak, tentera pro-Gaddafi melancarkan serangan pada waktu malam selepas mereka menerima serangan udara bertalu-talu daripada tentera Barat pada siang hari.
Sementara itu, satu letupan besar kedengaran di Tripoli dan asap tebal dilihat meliputi hampir seluruh kawasan yang menjadi pangkalan tentera darat, awal pagi semalam.
Kerajaan Libya sebelum itu menunjukkan 18 mayat anggota tentera dan orang awam yang terkorban akibat serangan peluru berpandu yang dibedil oleh tentera bersekutu, kelmarin.
Amerika Syarikat sebelum itu mengumumkan zon larangan terbang berjaya diwujudkan di negara tersebut.
Gaddafi yang telah memerintah negara itu selama 42 tahun menafikan pasukan tenteranya menyasarkan rakyat sendiri tetapi hanya mempertahankan diri apabila diserang kuasa Barat.
+
Pertahanan udara musnah
TRIPOLI: Letupan dan bunyi tembakan senjata antipesawat menggegarkan Tripoli semalam ketika serangan udara tentera bersekutu terhadap Muammar Gaddafi memasuki hari keenam.
Dalam pada itu, seorang pegawai Britain berkata, pasukan tentera udara Libya hampir musnah sama sekali.
Tembakan antipesawat bermula awal pagi, lapor seorang wartawan AFP.
Saksi pula berkata, letupan kuat kedengaran di sebuah pangkalan tentera di Tajura, kira-kira 32 kilometer ke timur Tripoli.
Sementara itu, ketika satu armada kapal perang negara bersekutu meronda kawasan pantai Libya untuk menguatkuasakan sekatan senjata terhadap Gaddafi, usaha menyerahkan pemerintahan operasi ketenteraan terus menemui jalan buntu selepas gagal mencari kata sepakat selepas beberapa hari berbincang.
Seorang diplomat Nato berkata, pakatan 28 negara itu akan cuba mencapai keputusan sama ada ia perlu mengetuai operasi yang dilancarkan Sabtu lalu oleh Britain, Perancis dan Amerika Syarikat.
Ketika mengumumkan kejayaan serangan udara itu, Timbalan Marsyal Udara Britain, Greg Bagwell berkata, tentera udara Libya hampir musnah sama sekali dan 'tidak lagi wujud sebagai satu pasukan tentera.'
Pegawai Amerika Syarikat secara terbuka membincangkan sama ada tekanan berterusan akan memaksa Gaddafi meletakkan jawatan selepas 40 tahun berkuasa.
Tentera Amerika juga berkata, ia kini mensasarkan serangan terhadap tentera darat Gaddafi yang mengancam bandar yang dikuasai pemberontak.
"Kami memberi tekanan terhadap tentera darat Gaddafi yang mengancam bandar yang dikuasai penentangnya," kata Ketua Turus tentera Amerika untuk misi Libya, Laksamana Muda Gerard Hueber. - AFP
Sabtu, Mac 26, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Libya vs Pengganas Antarabangsa dihari ke-5 silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "