
~Ku dikejar bayang-bayang resah
Bila hatimu masih tak berubah
Enggan di punya
Dan dipenjara belaian cintaku ini…~
Spider – relaku pujuk
"Aku nak rindukan engkau? Sekalipun dalam mimpi,aku takkan mimpikan ko punye! " spontan jawab Mellisa sebaik sahaja batuknya reda. Hisham termenung .Tak disangka, kata-kata itu yang akan terdengar di cuping telinganya. Seleranya langsung mati.
Melihatkan keadaan Hisham itu, Mellisa dilanda perasaan bersalah. Dalam hatinya masih terselit rasa kasihan buat lelaki itu, dia bukan berhati batu, namun sukar sekali hati ini memaafkan segala kesalahan si jejaka.
"Engkau boleh datang sini, tapi jangan kerap sangat. Lagi satu, sebelum datang, call aku dulu,tau? " Bukan dia tak tahu perangai Hisham yang suka membuat keputusan sendiri. Dah diberi betis, peha pulak yang di mintanya.
Semerta, Hisham ingin menggapai jari Mellisa, tanda berterima kasih kerana memahami, tapi sempat dilarikan dulu oleh Mellisa.
"Dah agak dah " kata Mellisa di dalam hati.
Hisham tau, Mellisa seorang yang lembut hati. Sifat itu lah yang telah berjaya menawan hatinya sejak dulu lagi, selain daripada pandai menenangkan dirinya. Amat istimewa gadis seorang ini. Gadis yang sudah bergelar isteri, namun amat jauh dari dirinya sekarang... Hisham mengelamun, sambil matanya tidak lepas-lepas memandang Mellisa, buat pengubat rindu.
"Erm, kita dah lewat ni. Engkau boleh balik dah kot. Nanti ada perjumpaan freshy dengan senior pulak. "
"Lisa dah nak halau Abang yer? Tak pe, abang faham. Tapi, dok kat sini,jauh dari abang ngan mak ayah,jangan nak buat hal plak tau? Jangan mengada-ngada nak usha boy lain. Ingat abang je selalu, tau? " panjang amanat Hisham. Harap Mellisa faham yang dirinya amat menyintai gadis yang semakin hari semakin dingin terhadapnya, tak seperti hari-hari yang dilalui mereka sebelum bergelar suami isteri.
"Salam dulu dengan abang. Ala.. cium lah sket. Kat sini ke, kat sini ke. Ok.. ok.. Ingat tau? Jangan nakal-nakal. Ingat Allah selalu,jaga kesihatan. Minggu depan, abang datang lawat Lisa. Boleh kita round bandar Pulau Mutiara ni macam dulu-dulu, kan sayang? Lagipun, tadi Ummi belum puas bermesra dengan menantunya yang seorang ni.." Masih tidak berputus asa.
Mellisa hanya menyalami tangan Hisham tanpa mencium jemari tulus lelaki itu. "Ah, gadisku! Cukuplah menguji hati dan jiwa ini "
Resah Mellisa pabila menyedari yang dia keseorangan di dalam dewan. Pengalamannya yang baru tamat tingkatan enam tidak sama dengan apa yang dilalui kini. Habis sahaja taklimat pengenalan universiti, dia bergegas ke biliknya. Hmm.. nampaknya, penghuni yang seorang lagi sudah sampai..
"Assalamualaikum.."
"Waalaikummusalam.. Hai, nama cheq Amira Adnan, panggil Mira je noh! Orang Penang. Dekat-dekat sini je. Anak bongsu dari tiga beradik. Tak dak kakak, sume abang. Hang nak kenai ka? hehehe Hang sapa nama? Asal mane? "
"Semangat betul roommate aku nih, tapi cambesh gak lepak dengan dier ni " Fikir Mellisa.
"Nama saya Jasmin Mellisa Mahmud, panggil je Lisa, dari Pahang. Anak sulung, ade sorang je adik lelaki. So, bile sampai? Sory lah, bilik ni dah ditukar bentuk sket.. hehehe "
" Cheq tak kesah. Pandai noh hang susun sumer ni. Bla..bla.. bla."
Keintiman mula terbina antara dua sahabat.
Pantasnya masa berlalu. Dalam tak sedar, sudah hampir setahun mereka berada di situ, mengejar segulung ijazah yang akan mengubah seluruh masa depan mereka.
" Lisa, hang dengan Azlan tu pe citer? Cheq dok peghati hang dengan dia dah macam belangkas la ni. Ada apa-apa ka? " Mira memulakan bicara pada suatu petang sambil mereka melepak di Taman Tasik Perdana.
" Kami kawan lama, Mira. Lama terpisah, kini dah jumpa balik, jadik macam tu lah " Mellisa cuba menutup kegelisahan hati.
" Cheq tak kisah kalu hangpa dua orang ade ape-ape pun. Azlan tu cheq rasa hang boleh percaya kat die. Kalau hang tak mau, passing kat cheq je lah no! " Mira mengenyitkan mata. Nakal.
Kring..kring..
"Ha, tu dia! Cheq tak leh gatai sket! Tau je mamat ni.. hang layan blues sorang, no. Abang sayang cheq tepon... hehehe "
Mellisa sekadar menganggukkan kepala seraya termenung memerhatikan biru air tasik. Fikirannya mula menerawang jauh.
************************************
"Mama, nantikan papa nak anak kembar, tau? Kita usahakan sama-sama yer, ma? "
"Eh, papa ni. Kesitu plak. Kiter muda lagi lah.. Kahwin pun belum, dah fikir pasal anak, tak malu lah pa ni " Mellisa menunduk malu.
"Ala.. ma, Pa cuma pikir masa depan kita je. Ma suka tak kalau kita dapat anak kembar? "
"Suka, tapi kan Pa, Ma nak anak kembar laki dan pompuan. Yang laki tu mesti macam Papa.. "
"Dan yang pompuan, mesti macam Mama, kan? Hahaha... Mestilah anak-anak kita comel macam mama dan papa diorang "
Mereka ketawa bersama. Sungguh girang saat bercinta. Mellisa dan Azlan telah bercinta sejak sekian lama, bermula kenalan biasa semasa di Tingkatan satu, dan cinta mereka tak bergoyah sehingga Azlan kini memasuki Universiti, dan Mellisa pula melanjutkan pelajaran ke Tingkatan enam. Malah, rasa itu telah berkembang mekar di hati masing- masing.
"Mama tak leh tinggal Papa tau? Ma lah nyawa Pa saat ni. Pa sayang Ma lebih dari Pa sayang diri Pa sendiri " Dah beribu kali kata-kata itu terdengar oleh cuping telinga Mellisa, tapi dia tidak pernah pula berasa jemu, malah bahagia teramat sangat. Dia tahu Azlan betul-betul memaksudkannya.
" Pa, Pa jangan risau ye. Kan Ma dah cakap, hidup Ma hanya untuk Pa... Ma pun sayangkan Pa. Entah-entah, Ma sayang Pa lebih dari Pa sayang Ma.. " Duga Mellisa
" Eh, mane boleh macam tu! Mesti r Pa sayang Ma lebih dari Ma sayang Pa. Kalau Ma tak caye, Ma belahlah dada, operate lah hati.. "Azlan mendepangkan dadanya, seperti dalam cerita P.Ramlee.
Masing-masing ingin menunjukkan betapa diri menyayangi antara satu sama lain. Pantai ini yang telah menyaksikan berjuta kali merpati dua sejoli ini mengukirkan kenangan, mematri janji dan kesempatan hidup bersama.
Namun, siapa sangka kini, Mellisa sendiri yang telah memungkiri janji-janji mereka berdua. Sekaligus merobek hati Azlan, malah parah lagi hatinya sendiri yang terlalu mencintai insan bernama Khairi Azlan Kamal. Semuanya silap Hisham! Ya, Hisham yang buat kami begini... Hatinya menangis lagi.. mengenangkan kenangan bersama Azlan dan juga Hisham.
" Mampukah aku bertahan untuk hidup bersama lelaki itu? Menghambakan diriku sebagai seorang isteri pada seorang lelaki yang telah membunuh rasa cinta dalam diri ini? Oh,tidak sekali-kali. " Mellisa meyakinkan dirinya.
Mellisa tahu Hisham juga baik padanya. Setiap bulan, paling tidak sekali lelaki itu akan berkunjung ke sini. Pasti alasan untuk membawa Mellisa keluar adalah pulang ke rumah Ummi, atau mengikutnya balik ke rumah mak dan ayah di Pahang. Alasan yang amat sukar untuk ditolak oleh seorang anak dan menantu.
Mellisa kadang-kadang pasrah dengan segala yang berlaku, tapi kini dia bertemu kembali dengan Azlan, lelaki yang sekian lama merajai hatinya. Dan lelaki naif yang masih tidak tahu status Mellisa masih lagi berusaha untuk menyambung kembali kasih yang terputus. Mampukah dia untuk berterus terang? Atau merelakan hati mereka bertaut kembali? Membiarkan dirinya menjadi isteri yang nusyuz? Namun, adakah selama ini dia berusaha untuk menjadi isteri solehah?
"Ah, aku masih belum bersedia merungkai simpulan tali ini. Biarlah masa yang menentukan.. " gumam Mellisa sendirian.
~janganlah kau salahkan aku
terus memburu menawan cintamu
daku percaya
sedikit masa
kau kecundang akhirnya!~
Rokiah Mad Dom
,
Khamis, Mac 17, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
PENULIS
Rokiah Mad Dom
Seorang Surirumah Sepenuh Masa
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang
I do, - Part 2 silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "