2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Eric Clapton lelong 70 gitar

Penyanyi rock Britain derma hasil jualan kepada badan amal

NEW YORK: Penyanyi rock terkenal, Eric Clapton meletakkan 70 gitarnya untuk lelongan amal kelmarin yang menarik minat ratusan peminat setianya sekali gus berjaya melepasi sasaran jualan.
 
Gitar berongga Clapton dikenali sebagai Gibson buatan 1948 dilelong pada harga AS$83,000 (RM252,120), menjadikan barang yang paling mahal dalam lelongan itu. Ia hanya dianggarkan bernilai AS$30,000 (RM91,155).
 
Kebanyakan barang dijual lebih tinggi daripada harga disasarkan agensi pelelongan Bonhams.

Lelongan itu termasuk gitar Fender Stratocaster, yang sering dikaitkan dengan legenda pemain gitar itu termasuk model hitam yang digunakan dalam konsert Cream Reunion di Royal Albert Hall di London dan Dataran Madison New York pada 2005.

Gitar Stratocaster yang sinonim dengan Clapton dijual dengan harga AS$51,000 (RM154,887) dalam lelongan yang turut berjalan serentak di New York, Los Angeles, London dan secara online.

Hasil lelongan akan didermakan ke pusat pemulihan dadah dan alkohol, Pusat Crossroads di Antigua. Pusat ini diasaskan Clapton yang juga bekas penagih heroin dan bekas peminum minuman keras pada 1998.
 
Gitar akustik 12 tali, Martin, yang digunakan Clapton semasa menyanyikan lagu 'Motherless Child' dijual pada harga AS$70,000 (RM212,703), sedangkan ia dijangka hanya meraih AS$5,000 (RM15,195).

Selain itu, gitar yang turut menarik perhatian pembida ialah replika gitar 2006 yang mempunyai tanda rokok pada bahagian kepalanya dikenali sebagai 'Blackie' Stratocaster, digunakan Clapton sepanjang 1970-an. Ia dibeli pada harga AS$30,000 (RM91,184).

Gitar Blackie yang asal sudah dibeli kedai peralatan muzik Guitar Center pada harga AS$959,500 (RM2.9 juta) pada 2004.

Lelongan itu turut menawarkan puluhan alat pembesar suara milik Clapton termasuk Supro 1960-an, yang dikatakan pernah digunakan pemain gitar Jimmy Page dalam album 'Led Zeppelin II'. Ia dijual pada harga AS$28,000 (RM85,077).

Ini bukan kali pertama Clapton menjual alat muziknya. Pada 1999, beliau berjaya mengumpul lebih AS$5 juta (RM15.1 juta) dan pada 2004, mengumpul AS$7.4 juta (RM22.4 juta). Kesemuanya disumbangkan ke Pusat Crossroads.

Tambahan kepada lelongan Clapton itu, ada juga gitar yang disumbangkan dan ditandatangani legenda rock lain seperti Jeff Beck, JJ Cale dan Joe Bonamassa.

Artifak yang bercampur turut dilelong termasuk tiga sut rekaan Gianni Versace yang dibuat sempena konsertnya di Royal Albert Hall pada 1990, beg sandang kulit hitam rekaan Andrea Valentini dan telefon bimbit ditandatangani Clapton. – AFP
Unknown , Sabtu, Mac 12, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog