2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Bujang terlajak, andartu rambang mata

Kajian dapati lelaki, wanita hadapi kesukaran temui jodoh meski ada ramai kenalan

LONDON
: Sudah terbukti seseorang lelaki atau wanita bujang (andartu) akan terus bersendirian sekalipun keluar dengan ramai kenalan untuk mencari teman hidup.
 
Penyelidik Britain membuat kesimpulan itu selepas menganalisis hasil apa yang dipanggil 'sesi berkenalan secara pantas' atau 'speed dating'.
 
Mereka mendapati, peluang lelaki atau wanita bujang menemui teman hidup jika ada banyak pilihan tidak setinggi mana meskipun memiliki ramai kenalan. Malah, penyelidik terbabit mendapati, seseorang itu berkemungkinan besar untuk terus membujang semakin ramai kenalan yang mereka temui, menurut kajian yang disiarkan jurnal Biology Letters.
 
Pakar terbabit menganalisis keputusan mengenai memilih teman hidup oleh hampir 4,000 lelaki dan wanita di 84 majlis 'sesi berkenalan secara pantas' di seluruh Britain baru-baru ini.

Dalam sesi berkenaan, lelaki dan wanita bujang diberi masa tiga minit untuk berbual dengan berpuluh-puluh orang yang berpotensi menjadi jodoh mereka.

Mereka mendapati, orang yang ada ramai kenalan selain memiliki banyak hobi, berbeza pekerjaan dan penampilan, lebih berkemungkinan untuk tidak memilih sesiapa untuk menjadi kekasih sejati.
 
Selain itu, seseorang yang mencari pasangan hidup mempunyai peluang lebih besar jika kenalan berkenaan ada persamaan dengan mereka.

Dalam satu kajian, 50 lelaki dan wanita yang ada persamaan terbabit dalam sesi berkenaan, penganjur mendapati, mereka menerima 123 pelawaan untuk bertemu lagi pada masa depan.

Tetapi, apabila peserta membabitkan latar belakang berbeza, pelawaan untuk meneruskan perkenalan hanya 88.

Penyelidik Universiti Edinburgh, Alison Lenton, yang mengetuai kajian berkata peserta memutuskan untuk tidak memilih sesiapa kerana ada terlalu ramai untuk dipilih atau disebabkan kekeliruan hingga sukar membuat pilihan.

"Model mengenai sifat rasional manusia kerap menekankan bahawa kepelbagaian adalah sesuatu yang bagus. Tetapi, hasil kajian kami menunjukkan kepelbagaian menyebabkan kekeliruan. Seseorang akhirnya tidak akan membuat pilihan atas sebab itu," kata Lenton. – Agensi  
Muhammad Ttuyup , Ahad, Mac 13, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog