TUARAN, 9 Feb. - Badak Sumatra, yang merupakan badak terkecil dalam kalangan spesis badak, masih wujud tetapi menghadapi ancaman kepupusan dan masa depan gelap, kata Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Dr Laurentius Nayan Ambu.
Memaklumkan perkembangan terkini hidupan liar itu pada hari pertama mesyuarat Pengurusan dan Pembiakan Global Badak Sumatra (GMPB) di sini pada Rabu, beliau berkata badak Sumatra masih wujud di kawasan perlindungan yang menjadi habitat haiwan itu di Bukit Barisan Selatan, Way Kambas dan Gunung Leuser yang terletak di Sumatera, Indonesia, serta Lembah Danum dan kawasan Hidupan Liar Tabin kedua-duanya di Sabah.
"Satu lagi berita baik yang boleh disahkan adalah spesis badak Sumatra dan Borneo secara genetik mempunyai kesamaan. Kami yakin bahawa pencampuran kedua-duanya untuk pembiakan mempunyai sokong saintifik.
"Dalam apa jua kes, kami tahu penghamilan badak Sumatra adalah kaedah terbaik bagi mencegah patologi saluran pembiakan yang dihidapi spesis ini.
"Kini tinggal hanya persetujuan di peringkat membuat dasar bagi membenarkan kami meneruskannya," katanya.
Mesyuarat selama dua hari yang bermula semalam merupakan mesyuarat GMPB yang julung kali diadakan di Malaysia dan disertai pakar-pakar antarabangsa badak Sumatra, kata Dr Laurentius.
Beliau berkata masa depan hidupan liar itu bagaimanapun kekal gelap dengan populasi haiwan itu semakin berkurangan meskipun pelbagai usaha dilakukan bagi melindungi habitat dan spesis badak itu.
Dr Laurentius berkata daripada 40 badak Sumatra yang ditangkap hidup untuk program pembiakan global antara 1984 dan 1995, hanya terdapat empat yang masih hidup.
Katanya hanya Zoo Cincinnati di Amerika Syarikat berjaya membiakkan badak Sumatra dalam kurungan iaitu pada tahun 2001, 2004 dan 2007.
Spesis badak Sumatra ini yang boleh didapati kawasan hutan hujan dan berpaya di India, Bhutan, Bangladesh, Myanmar, Laos, Thailand, Malaysia, Indonesia dan China, semakin terancam dengan hanya enam populasi utama hidupan liar itu iaitu empat kawasan di Sumatera, satu di Borneo, dan satu lagi di Semenanjung Malaysia.
Walaupun taburannya meluas, jumlah sebenar haiwan itu tidak diketahui, katanya. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "