SINGAPURA, 15 Feb - Singapura buat julung kali akan menganjurkan Pameran Kapal Layar yang akan menyaksikan flotila kapal termewah berlabuh di ONEº15 Marina Club, Sentosa Cove, pada 7 dan 8 April ini.
Penganjur, Informa Yacht Group, hari ini berkata pembina kapal mewah antarabangsa, broker, pereka dan arkitek tentera laut merupakan antara peserta pada pameran yang digelar acara kapal termewah perdana di rantau Asia.
Selain pameran itu, Persidangan Kapal Termewah Asia, siri ketiga, akan turut diadakan semasa pameran itu yang menghimpunkan pakar utama industri bagi membincangkan selidikan pasaran dan cabaran-cabaran utama.
Semasa taklimat kepada media di sini, penganjur itu berkata pemain industri kapal termewah akan mempamerkan kaedah pembangunan terbaru dalam pembinaan kapal layar mewah, baik pulih, pasang pulih serta aksesori terbaru untuk pemilik kapal, menyediakan pusat sehenti untuk pertukaran peluang perniagaan dan mengemaskini maklumat pasaran.
Buat julung kali, pameran itu bertujuan menghimpunkan individu terkaya Asia dan pemain industri kapal termewah dalam satu lokasi, kata penganjur.
Menurut Persatuan Kapal Layar Mewah Singapura (SSA), negara republik itu mahu meneroka segmen kapal layar termewah dalam tahun-tahun akan datang.
"Tahun lepas, 81 kapal termewah berkunjung ke Singapura berbanding 59 pada tahun 2009. Ini walaupun, kelembapapan kewangan global dan kebimbangan mengenai kegiatan lanun di Teluk Aden," kata Pengarah Eksekutif SSA, Jean-Jacques Lavigne.
Katanya beliau menjangka kunjungan 200 kapal termewah yang unik ke rantau itu menjelang 2015 dan wujud peluang untuk Singapura mengembangkan perniagaan dalam sektor sampingan dalam industri kapal layar besar seperti perkhidmatan membaik pulih dan memasang pulih kapal-kapal mewah yang berkunjung ke republik itu.
SSA menganggarkan pasaran untuk kapal termewah di rantau Asia Pasifik bernilai sekitar US$350 hingga US$500 juta (RM1.06-1.52 bilion) setahun. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "