Sabtu : 5 April 2025   
@ 7 Syawal 1446H / 4:27 PM

10Khamis,Februari

Penyelidik USM Temui Kaedah Penjimatan Kos Penghasilan Petroleum

GEORGE TOWN, 9 Feb. - Penemuan baru hasil penyelidikan yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berupaya menjimatkan tenaga dalam proses penyulingan dan penulenan petroleum, sekaligus membantu menjimatkan kos penghasilan bahan bakar itu.

Ketua Penyelidik Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM, Dr Ahmad Ramli Mohd Yahya berkata inovasi yang dikenali sebagai USM-AR2 itu berpotensi digunakan dengan meluas oleh negara-negara pengeluar minyak termasuk Malaysia.

"Produk biosintetik semulajadi itu dihasilkan oleh mikrob tempatan yang ditambah kepada petroleum sebelum proses penyulingan, USM-AR2 akan ditambah dalam minyak mentah untuk membantu proses pengemulsian.

"Ia membantu mengurangkan ketegangan permukaan dan kelikatan minyak, membantu mempercepatkan proses penyulingan,
" katanya dalam sidang media memperkenalkan penemuan baru itu di sini Rabu.

Beliau berkata, kaedah konvensional sedia ada dalam proses penyulingan minyak mentah kepada minyak boleh guna seperti petrol, diesel, kerosin dan sebagainya mengambil masa yang panjang dan menggunakan tenaga haba yang tinggi.

Katanya dengan adanya USM-AR2, tempoh masa dan penggunaaan tenaga boleh dijimatkan sehingga 50 peratus tanpa menjejaskan kualiti dan kuantiti minyak yang dihasilkan, proses penyulingan dengan kaedah konvensional memakan masa sehingga 103 minit dengan suhu antara 160 dan 200 darjah Celcius.

Ahmad Ramli berkata dengan tambahan USM-AR2 yang dibangunkan menggunakan geran jangka pendek USM berjumlah RM20,000 itu, hanya 38 minit diperlukan untuk menyiapkan proses penyulingan dengan suhu yang kurang iaitu antara 110 dan 160 darjah Celsius.

Katanya produk yang telah dipatenkan di peringkat tempatan dan juga antarabangsa ini boleh memberi kesan terus kepada kos penghasilan produk petroleum yang sekaligus berupaya menentukan kos petroleum tempatan.

Turut hadir pada sidang media itu adalah tiga penyelidik bersama termasuk Prof Madya Mohamad Nasir Mohamad Ibrahim dari Pusat Pengajian Sains Kimia, Nur Asshifa Md Noh dan Salwa Mohd Salleh. - Bernama

Muhammad Ttuyup , Khamis, Februari 10, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog