
Ibu bapa bimbang penjualan di sekolah
KUALA LUMPUR: Minuman berkarbonat didapati dijual secara berleluasa di kantin atau mesin layan diri sekolah atas jenama minuman bertenaga walaupun penjualannya dilarang kerana kandungan gula dan gas berlebihan boleh menjejaskan kesihatan murid.
Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Chin Yit Siew, berkata pengambilan berlebihan minuman bertenaga boleh menyebabkan pelbagai penyakit antaranya kencing manis dan obesiti.
Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa atau penjaga melarang anak mereka mengambil minuman berkenaan bagi mengelak kesihatan mereka terjejas.
"Setiap jenama minuman berkarbonat atau minuman bertenaga mempunyai kadar gula yang berbeza, dengan ada pada tahap rendah dan tinggi.
"Fakta saintifik mendapati minuman ini memang tidak sesuai diminum pelajar," katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan ibu bapa mengenai penjualan air berkarbonat berstatus minuman bertenaga di kantin dan mesin layan diri di sekolah.
Terdahulu, akhbar ini melaporkan minuman itu dibenarkan penjualannya di kantin dan mesin layan diri di sekolah.
Keadaan itu menimbulkan kebimbangan ibu bapa kerana ia boleh menjejaskan kesihatan anak mereka. Kandungan gula dalam setiap tin minuman bertenaga ialah 6.8 gram bagi setiap 325 mililiter.
Bagaimanapun, jumlah kandungan gula dalam setiap tin minuman berkarbonat 325 mililiter ialah 11 gram.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman mendakwa sehingga kini tidak ada sebarang ketetapan daripada Kementerian Kesihatan mahupun Kementerian Pelajaran mengenai larangan menjual minuman berkarbonat jenama minuman bertenaga.
Beliau berharap perkara ini diberi perhatian serius oleh kerajaan kerana dikhuatiri pengambilan minuman berkenaan secara berterusan boleh menjejaskan kesihatan pelajar.
"Keadaan ini membimbangkan dan kementerian perlu membuat ketetapan mengenai status minuman berkarbonat yang didakwa memberi tenaga tambahan," katanya.
Mengulas mengenainya, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata minuman bertenaga tidak seharusnya dijual di sekolah atau koperasinya jika ia terbukti menjejaskan kesihatan pelajar.
"Kita mengutamakan kesihatan pelajar. Sudah tiba masanya untuk membuat keputusan sama ada minuman itu sesuai atau sebaliknya. Jika fakta mendapati ia menjejaskan kesihatan, penjualannya perlu dihentikan segera," katanya.
Baru-baru ini, Yang Dipertua Majlis Guru Besar Malaysia (MGBM), Roslan Madun, mengakui ada pengusaha kantin menjual menjual makanan tidak berkhasiat dan minuman berkarbonat serta tidak mengikut garis panduan ditetapkan Kementerian Pelajaran.
Muhammad Ttuyup
,
Khamis, Februari 10, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
PENULIS
Muhammad Ttuyup
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang
Minuman bergas jejas kesihatan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "