2+4 hrs...Twogether Fourever

Selasa : 22 April 2025   
@ 24 Syawal 1446H / 12:39 PM

19Sabtu,Februari

Menopaus tabii alam

MENOPAUS sering dikatakan sebagai alam yang penuh tanda tanya. Alam yang menakutkan dan menyedihkan bagi seorang wanita.

Ada pula gurauan mengatakan menopaus membuatkan 'saham' seorang wanita itu jatuh merudum.

Hakikatnya ilmu mengenai menopaus harus diketahui bukan hanya di kalangan wanita saja, tetapi lelaki.

Ini kerana baik lelaki mahu pun wanita memahami fakta dan kebenarannya bukan sekadar mendengar atau me­ngikut kata orang semata-mata.

Menopaus akan menyebab­kan berlakunya perubahan dalam diri wanita.

Namun seperti mana pe­nyakit yang ada ubatnya begitu juga menopaus yang ada cara penyelesaiannya.

Walaupun terdapat pelbagai mitos mengenainya, namun semuanya tidaklah benar dan boleh dipercayai.

Menurut Presiden Akademi Penyelidikan Sains Homeopati UniMedic, Profesor Dr Azmi Zainonabidin, menopaus adalah istilah perubatan yang digunakan untuk wanita yang tidak datang haid pada usia antara 45 tahun hingga 55 tahun.

Keadaan ini berlaku disebab­kan perubahan kehidupan daripada segi fizikal dan psikologi menyebabkan kekurangan pengeluaran hormon estrogen dari ovari.

"Apabila ovari berhenti mengeluarkan telur (ovum) dan estrogen kurang dihasilkan atau berhenti, ini yang dikatakan menopaus.

"Ia kemudian menyebabkan hormon ganadotropin yang dikeluarkan oleh kelenjar pitutari (terdapat di otak) dikeluarkan secara berlebihan dan menyebabkan simptom psikologi
," katanya.

Tambahnya lagi menopaus berlaku pada semua wanita di dunia ini justeru wanita tidak perlu risau atau takut menghadapinya.

"Ia tabii alam seperti proses bayi menjadi kanak-kanak, kemudian remaja, dewasa dan tua, akhirnya kematian.

"Cuma, persediaan perlu untuk wanita menempuhnya
," katanya.

Menurut Dr Azmi, wanita harus berjumpa pakar perubatan bagi mendapat khidmat nasihat kaedah menghadapi proses menopaus supaya simptom secara fizikal dan psikologi dapat diatasi.

"Kurangnya ilmu pengetahuan mengenai menopaus membuatkan salah sangka dan ini menjadikan wanita tidak dapat menerima kenyataan.

"Apabila proses menopaus berlaku memang wanita akan mengalami beberapa situasi perubahan tubuh badan seperti kulit mulai kendur dan kering, keguguran rambut, tulang mudah rapuh dan bongkok, hilang nafsu seks serta keadaan tubuh menjadi kendur.

"Perubahan pada simptom psikologi pula termasuk kerisauan, meruap serta perubahan perasaan seperti mudah marah, sayu, sedih dan berpeluh pada waktu malam.

"Jika mereka tidak mendapat khidmat nasihat doktor, perkara ini akan mudah membawa kepada penyakit lain seperti darah tinggi, jantung dan kencing manis
," katanya.

Ramai juga yang lebih risau pada apa yang bakal berlaku ke atas diri mereka semasa, sebelum dan selepas menopaus.

Dr Azmi menjelaskan, keadaan pramenopaus ialah proses yang berlaku sebelum menopaus, contoh simptom termasuk gangguan kitaran haid yang mungkin akan berlaku lapan tahun sebelum menopaus berlaku.

"Simptom seperti datang haid yang sedikit dalam jangka waktu yang pendek, ada juga haid datang terlalu banyak dalam tempoh yang berpanjangan.

"Jarang sekali menopaus berlaku dengan tiba-tiba, kecuali ada faktor lain seperti pembedahan dan kemoterapi
," katanya.

Semasa pramenopaus, menurut Dr Azmi, pengeluaran hormon estrogen akan berkurangan dan ini yang menyebabkan haid yang datang itu berkurangan dan tidak seperti hari biasa.

"Simptom lain pramenopaus termasuk sakit kepala, susah tidur malam, sakit badan, keletihan, perubahan jiwa, berat badan bertambah terutama pada bahagian perut dan paha, nafsu seks menurun serta payudara berasa sengal," katanya.
Keadaan selepas menopaus pula adalah haid yang tidak datang untuk proses setahun.

"Wanita yang menjalani pembedahan membuang rahim juga dikatakan mengalami keadaan selepas menopaus kerana selepas pembedahan itu tiada lagi berlaku pusingan haid untuk mereka," katanya.

Untuk membantu mengatasi masalah ini, antara langkah pertama adalah rawatan penggantian hormon (HRT) iaitu hormon gantian seperti Premarin (estrogen).

Harus diingatkan ia mesti diambil atas nasihat doktor yang bertauliah saja. Namun tambah Dr Azmi, HRT juga mempunyai kesan sampingan lain.

Ia tidak boleh diambil (atau perlu dengan nasihat doktor yang bertauliah) jika wanita itu menghidap sawan, migrain, kegagalan jantung, darah tinggi, penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang dan kencing manis.

Penawar bagi rawatan kaedah alternatif homeopati pula, Dr Azmi mencadangkan belladona untuk kepanasan badan yang meruap, Calcarea ­Carbonica untuk badan berpeluh di waktu malam dan berat badan bertambah, golonoie untuk sakit kepala dan meruap; Ignatia untuk perubahan pada emosi dan simptom psikologi serta Lachesis, Pulsatilla, Lilim Tig dan Sepia.

Bagi perubatan secara botani dan terapi semula jadi, Dr Azmi mencadangkan minyak Evening Primrose, black cohosh, chasteberry, dong quai, akar velerian, ginseng dan kacang soya.

"Menerusi pengalaman merawat pesakit, wanita menopaus selalunya lebih banyak melalui masalah psikologi terutama kerisauan mereka, pada sesuatu yang selama ini ada pada mereka tetapi kini tiada lagi.

"Sebab itu, kekuatan mental perlu untuk membantu wanita menerima kenyataan
," katanya.

Paling penting, nasihatnya, wanita menopaus seharusnya bijak mengisi masa lapang mereka kepada keagamaan dan melakukan aktiviti sosial dan kebajikan.

"Jumpa pakar perubatan untuk khidmat nasihat dan membuat pemeriksaan berkala supaya tahap kesihatan dapat dipantau dan gejala penyakit lain tidak datang semasa berlaku proses menopaus," ­katanya yang mempu­nyai klinik perubatan homeopati di Kamunting, Perak.

Muhammad Ttuyup , Sabtu, Februari 19, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog