2+4 hrs...Twogether Fourever

Selasa : 15 April 2025   
@ 17 Syawal 1446H / 5:03 PM

17Khamis,Februari

Larang jual minuman bergas

Usaha kementerian galak pemakanan berkhasiat kepada pelajar

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran akan menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Kantin Sekolah Sihat meliputi larangan menjual minuman berkarbonat berjenama minuman bertenaga di kantin atau mesin layan diri di sekolah.
 
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata garis panduan itu turut menetapkan minuman berkenaan tidak digalakkan penjualannya di kantin atau koperasi sekolah.
 
Beliau berkata, penyediaan garis panduan itu akan dimuktamadkan bersama antara kedua-dua kementerian bagi memastikan hanya makanan dan minuman berkhasiat dijual di sekolah.

Ketetapan itu katanya, berdasarkan kajian pakar mendapati kandungan utama minuman berkarbonat dan bertenaga mengandungi kadar gula yang dikategorikan tidak ada khasiat.

"Penyediaan garis panduan itu menyatakan sokongan gesaan melarang penjualan minuman berkarbonat dan bertenaga di kantin dan koperasi sekolah serta mesin layan diri seperti didedahkan Berita Harian, baru-baru ini," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Rosnah berkata, bagi mengelak isu penjualan minuman itu berpanjangan, pihaknya mengharapkan hanya sajian disenaraikan pada garis panduan berkenaan dibenarkan dijual di kantin dan koperasi sekolah.
 
Beliau berkata, berdasarkan panel maklumat pemakanan pada label minuman ringan berkarbonat dan bertenaga, kandungan gula dalamnya tinggi iaitu 20 hingga 40 gram.

Jumlah itu bersamaan empat hingga lapan sudu teh bagi setiap 325 mililiter bungkusan atau tin.

Katanya, kementerian menyarankan rakyat mengambil minuman tanpa gula atau hanya menambah satu sudu teh gula bagi setiap cawan minuman jika perlu.

"Pengambilan gula berlebihan boleh menjejaskan kesihatan untuk jangka panjang termasuk meningkatkan berat badan sehingga menyebabkan kegemukan," katanya.

Akhbar ini dalam laporannya menyatakan minuman berkarbonat dengan jenama minuman bertenaga dijual secara berleluasa di kantin atau mesin layan diri.

Senario itu menimbulkan kerisauan dalam kalangan ibu bapa kerana khuatir anak mereka disajikan dengan makanan dan minuman tidak berkhasiat di sekolah.

Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Chin Yit Siew, berkata pengambilan berlebihan minuman bertenaga menyebabkan pelbagai penyakit antaranya kencing manis dan kegemukan
Harjan Milosevic , Khamis, Februari 17, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Harjan Milosevic

Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog