Google memperkenalkan sistem operasi Android versi Hobeycomb itu, yang digunakan dalam komputer tablet terbaru Motorola Xoom yang menerima pujian di Pemeran Elektronik Pengguna di Las Vegas pada bulan lepas.
Honeycomb, sistem operasi sumber terbuka dan percuma itu dijangka digunakan dalam pelbagai komputer tablet dengan skrin sentuh di pasaran yang kini didominasi oleh iPad, sejak dilancarkan oleh Apple pada tahun lepas.
Google yang berhasrat menarik perhatian pembangun aplikasi yang menjadi punca kepada populariti sesuatu telefon pintar dan komputer tablet, menekankan bahawa Honeycomb dibina sebagai platform untuk inovasi program perisian.
Google berhasrat menangani aduan yang diterima sejak sekian lama dengan membenarkan pembangun aplikasi membuat keuntungan daripada traksaksi permohonan seperti pembelian maya barangan, muzik atau tawaran digital lain.
''Kami menerima sejumlah maklum balas daripada pembangun aplikasi bahawa mereka mahu pelbagai cara untuk mendapat keuntungan daripada aplikasi mereka.
''Hari ini, kami mengeluarkan kod untuk aplikasi kewangan bagi keseluruhan komuniti pembangun aplikasi Android,'' kata Pengarah Kejuruteraan Android, Chris Yerga.
Jumlah aplikasi yang banyak untuk Honeycomb yang dipamerkan selepas pelancaran itu termasuklah perisian interaktif yang menyambungkan pengguna komputer tablet dengan berita-berita, imej dan video CNN,
Salah satu daripada tiga permainan video di telefon bimbit Disney untuk Android, Tap Tap Revenge turut diumumkan pada majlis itu.
Tap Tap Revenge merupakan permainan paling berjaya dengan lebih 50 juta kali dimuat turun. - AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "