2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 5 April 2025   
@ 7 Syawal 1446H / 2:58 PM

19Sabtu,Februari

Glee pecah rekod Elvis Presley

LOS ANGELES 17 Feb. - Barisan pelakon drama muzikal komedi, Glee berjaya memecahkan rekod yang dipegang Elvis Presley untuk lagu single paling banyak dalam carta Billboard Hot 100, kata Billboard, semalam.

Dengan enam lagu baru muncul dalam carta lagu single minggu ini, barisan pelakon muda drama itu mempunyai 113 lagu dalam carta Hot 100, dalam tempoh kurang dua tahun, selepas Glee mula disiarkan pada 2009.

Billboard berkata, Presley mempunyai 108 lagu single dalam carta tersebut sejak Billboard diperkenalkan pada 1958.

Kerjaya Raja Rock & Roll itu bermula dua tahun sebelum carta Hot 100 dilancarkan.

Glee, rancangan yang memenangi anugerah Emmy mengisahkan sekumpulan pelajar sekolah tinggi yang menyertai kumpulan koir telah menghasilkan lima atau enam lagu versi cover setiap episod termasuk pop, broadway, rap dan jazz.

Ia juga menampilkan bintang undangan seperti Britney Spears, penyanyi Broadway, Idina Menzel dan Kristin Chenowth dan pernah menggunakan muzik daripada Madonna dan Lady Gaga untuk satu episod.

Lagu-lagu mereka diterbitkan secara digital setiap minggu dan album mereka dijual kira-kira 2.8 juta salinan di Amerika Syarikat.

Pada Oktober lalu, Glee mengatasi rekod 71 lagu single dalam Billboard Hot 100 yang dipegang oleh kumpulan Beatles.

Ia juga telah mengatasi rekod dipegang James Brown (91), Ray Charles (74) dan Aretha Franklin (73), semuanya yang diterbitkan sebelum kaedah muat turun digital dan tanpa pendedahan televisyen setiap minggu.

Glee mempunyai perjanjian rakaman dengan Columbia Record, satu unit syarikat dibawah Sony Music Entertainment. - Reuters

Harjan Milosevic , Sabtu, Februari 19, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Harjan Milosevic

Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog