LONDON 17 Feb. - Pengeluaran gas rumah hijau buatan manusia dipercayai menjadi penyebab hujan lebat yang kerap, memberi gambaran bahawa manusia bertanggungjawab ke atas kejadian banjir di seluruh dunia, menurut dua kajian yang diterbitkan, semalam.
Para saintis bersetuju bahawa pengeluaran gas rumah hijau meningkatkan kepanasan dunia dan menjangka meningkatkan penyerapan air pada masa depan, menjadikan udara lebih lembap dan berlaku hujan lebat.
Bagimanapun, dua kajian itu merupakan yang pertama meletakkan peningkatan hujan lebat di separuh abad kedua ke atas perubahan cuaca dan juga kejadian banjir teruk di Britain.
''Dua kajian itu menunjukkan impak manusia ke atas peningkatan hujan dan hubungannya kepada banjir, kejadian yang kini boleh dikesan,'' kata jurucakap Jabatan Kaji Cuaca, Universiti of Reading, Britain, Richard Allan.
Satu kajian di Kanada yang diterbitkan dalam jurnal Nature menganalisis peningkatan umum hujan lebat secara global dari 1951-1999 dan buat pertama kali menyelaraskannya dengan rangsangan cuaca, di mana turut dimasukkan kesan pengeluaran gas rumah hijau.
''Kami berjaya mewujudkan satu rantaian antara pengaruh antropogen dan perubahan pemendakan,'' kata penulis bersama, Xuebin Zhang dari Environment, sebuah agensi kerajaan Kanada.
Satu lagi kajian, yang juga diterbitkan dalam Nature, pula mengukuhkan kaitan antara perubahan cuaca dan kejadian banjir teruk di Britain pada 2000.
Penyelidik itu mendapati banjir itu berlaku apabila gas rumah hijau dimasukkan sebagai rangsangan.
''Dalam dua daripada tiga kes, kami mendapati risikonya berganda,'' kata penulis bersama kajian itu, Myles Allen dari Universiti Oxford.
Cuaca buruk menyebabkan banjir buruk di Pakistan dan China pada 2010, dikaitkan dengan cuaca paling panas sejak rekod mula dicatatkan dan hujan lebat di Australia pada lewat tahun lepas serta awal tahun ini. - Reuters
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "