"Kami mempuntyai Pelan A, Pelan B dan Pelan C. Pelan A ialah menetap dan mati di Libya. Pelan B ialah menetap dan mati di Libya. Pelan C ialah menetap dan mati di Libya," katanya sambil menunjukkan ke arah peta negara itu.
Wawancara itu dikendalikan oleh peneraju rancangan berita CNN Turkey, Cuneyt Ozdemir.
Cuneyt tiba di Tripoli dengan jet peribadi milik seorang ahli perniagaan Turki yang mempunyai banyak konrak binaan di Libya.
Saif berkata, keadaan di Libya berbeza dengan di Mesir dan Tunisia.
Menurutnya, dalam kes yang membabitkan Libya, kekacauan diketuai oleh kumpulan pengganas.
Beliau menyangkal dakwaan kononnya berlaku serangan tembak curi atau serangan udara terhadap penunjuk perasaan di negaranya dan menegaskan, kawasan yang dibedil pesawat tentera udara Libya ialah 'depoh peluru pengganas.'
"Laporan itu tidak benar. Kami tidak memerangi rakyat kami sendiri. Kami memerangi kumpulan pengganas," katanya.
Beliau juga menafikan laporan kononnya bapanya akan membakar lapangan minyak Libya.
"Tidak!" katanya.
Menurutnya, seramai 242 orang terbunuh sejak kekacauan bermula dan ia membabitkan orang awam dan juga anggota tentera.
Bagaimanapun, Menteri Luar Itali, Franco Frattini berkata sebelum ini, laporan bahawa kira-kira 1,000 orang terbunuh boleh dipercayai.
Saif turut berkata, kebanyakan kawasan di negara itu kini tenang dan ia di bawah penguasaan kerajaan kecuali bandar Zawiya dan Misrata yang dikuasai kumpulan 'pengganas.'
Beliau mendakwa kumpulan berkenaan mengisytiharkan bandar seperti Beyda dan Derne sebagai 'Emiriah Islam.' - AFP
+
Anak Gaddafi tak lari ke Malta
Aisha nafi laporan Al Jazeera, dunia kaji sekatan lebih meluas ke atas Libya
TRIPOLI: Anak perempuan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menafikan laporan media Arab bahawa beliau sudah lari ke Malta berikutan keadaan yang semakin meruncing di negara Afrika Utara berkenaan.
Bercakap kepada televisyen tempatan, Aisha Gaddafi, berkata: "Saya katakan kepada penduduk Libya yang saya sayang dan yang sayangkan saya bahawa saya masih di sini, di sebuah rumah yang rosak ini," kata peguam berusia 33 tahun berkenaan.
Dengan mengenakan tudung, beliau tampil di hadapan kediaman beliau di kawasan tentera Gaddafi, Bab al-Aziziya di Tripoli yang dibom oleh tentera udara Amerika Syarikat pada 1986.
"Rakyat Libya yang mengenali saya amat mengetahui bahawa saya akan terus berada di sini sebagai seorang duta muhibbah bagi penduduk Libya," katanya.
Beliau juga mendakwa tidak mengetahui pengumuman oleh PBB, Rabu lalu, bahawa beliau sudah digugurkan sebagai duta berkenaan berikutan keganasan yang membunuh sekurang-kurangnya 2,000 penduduk yang menentang pemerintahan bapanya.
Beliau memilih kawasan Bab al-Aziziya sebagai latar belakang untuk menyampaikan ucapan beliau pada Selasa lalu.
Rangkaian televisyen Al Jazeera melaporkan Aisha menaiki sebuah pesawat penumpang 14 tempat duduk yang memasuki ruang udara Malta tanpa mendapat kebenaran dan tidak dibenarkan untuk mendarat di lapangan terbang Valletta.
Di NEW YORK, pemimpin dunia mendesak tindakan lebih tegas diambil ke atas Gaddafi kerana mengarahkan serangan lebih ganas dilakukan terhadap penentang ketika penentangan ke atasnya meningkat.
Perancis dan Britain mencadangkan resolusi sekatan dan senjata diluluskan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata diplomat kanan Paris.
Menteri Luar Perancis, Michele Alliot-Marie juga berkata, negaranya mencadangkan semua anggota rejim pemerintahan Libya dihadap-kan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas tuduhan melakukan jenayah kemanusiaan.
"Tiada siapa boleh bertindak sesuka hati," katanya yang menambah sekatan itu termasuk larangan ke luar negara selain tindakan kewangan.
"Saya mahu resolusi kuat sebagai jawapan kepada tindakan bunuh Gaddafi," katanya lagi.
Diplomat Kesatuan Eropah (EU) kemudian berkata, negara Eropah bersedia menyertai usaha melaksanakan zon larangan terbang di Libya bagi melindungi penunjuk perasaan anti Gaddafi daripada serangan udara, selepas PBB meluluskannya. - Agensi
+
Gaddafi sedia guna senjata biologi
TRIPOLI 25 Feb. - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi tidak akan teragak-agak untuk menggunakan senjata biologi dan kimia apabila semakin banyak kawasan di negara ini jatuh ke tangan penunjuk perasaan antikerajaan.
Bekas Menteri Kehakiman, Mustafa Abdel Galil memberitahu stesen televisyen Al-Jazeera, Gaddafi memiliki senjata tersebut dan tidak akan keberatan untuk menggunakannya ke atas penduduk awam.
"Jika dia benar-benar berasa tertekan, dia sanggup melakukan apa sahaja. Saya percaya Gaddafi akan membakar apa sahaja yang ditinggalkannya," kata Galil, malam tadi.
Rejim Gaddafi diketahui masih memiliki cukup banyak gas mustard.
Gaddafi bersetuju pada 2003 untuk membubarkan program senjata nuklear dan kimia Libya dan telah memusnahkan kira-kira 50 peratus daripada senjata kimianya, tetapi dipercayai masih menyimpan sebanyak 9.5 tan gas mustard.
Sementara itu, pertubuhan antarabangsa dan diplomat menganggarkan bilangan penunjuk perasaan yang dibunuh oleh pasukan keselamatan Gaddafi ialah antara 600 hingga 2000 orang.
Askar Gaddafi menembak mati sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan di bandar Zawiya malam tadi, lapor Al-Jazeera.
Sementara itu, sekurang-kurangnya lima orang maut apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan antikerajaan di daerah Janzour di barat Libya, hari ini.
"Tentera yang setia dengan Gaddafi melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan anti-Gaddafi di Janzour menyebabkan antara lima hingga tujuh penunjuk perasaan dipercayai terbunuh," kata seorang penduduk. - dpa/Reuters
+
Tentera tembak jemaah keluar masjid
BENGHAZI: Pasukan keselamatan yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, dilapor menembak penunjuk perasaan di beberapa kawasan di Tripoli, membunuh beberapa orang.
Seorang saksi yang dihubungi menerusi telefon oleh AFP berkata: "Pasukan Keselamatan melepaskan tembakan membabi-buta terhadap penunjuk perasaan" kata seorang penduduk di daerah timur Tripoli, yang menyaksikan pertempuran antara penentang dan penyokong Gaddafi beberapa hari lalu.
"Ada yang terbunuh," kata saksi itu.
Beberapa penduduk di kawasan lain juga mengesahkan tembakan dilepaskan terhadap sesiapa saja di jalan raya.
"Mereka menembak orang awam yang tidak bersenjata yang meninggalkan masjid selepas solat Jumaat," kata seorang penduduk di Ben Ashur.
Tentera yang setia kepada Gaddafi mengawal masjid di seluruh Tripoli bagi menghalang tunjuk perasaan diadakan selepas solat.
Sementara itu, khatib juga diarah membaca khutbah yang disediakan oleh pihak berkuasa yang menggesa supaya kestabilan diwujudkan semula dan 'tindakan sabotaj' dihentikan,' kata beberapa jemaah. - AP
+
AS, Eropah rancang beku aset Gaddafi
WASHINGTON: Amerika Syarikat dan Eropah akan menimbang kemungkinan membekukan aset pemerintah Libya, Muammar Gaddafi ketika rejimnya bertindak kejam mematahkan tunjuk perasaan di Tripoli.
Jurucakap Jabatan Negara, PJ Crowley berkata sebelum ini, tindakan itu mungkin antara langkah yang akan diambil terhadap Gaddafi dan pegawai kanannya.
Sementara itu, kerajaan Switzerland mengeluarkan kenyataan dengan berkata, ia sudah membekukan semua aset Gaddafi.
"Merujuk kepada perkembangan di Libya, Majlis Persekutuan memutuskan untuk membekukan serta-merta aset Gaddafi di Switzerland," menurut kenyataan Kementerian Luar Switzerland.
Kementerian Luar Libya mengecam tindakan itu dengan berkata, Gaddafi tidak mempunyai sebarang akaun bank atau dana di negara Eropah berkenaan dan berikrar untuk menyaman kerajaan Switzerland. - Agensi
+
Switzerland beku aset Gaddafi
GENEVA 25 Feb. - Switzerland semalam mengarahkan pembekuan segera ke atas sebarang aset milik pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan penyokong kuatnya, kata Kementerian Luar negara ini.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, Majlis Persekutuan mengutuk tindakan keras yang digunakan oleh pemimpin Libya itu ke atas rakyat Libya.
''Dengan melihat perkembangan tersebut, Majlis Persekutuan mengambil keputusan untuk membeku sebarang aset Gaddafi dan penyokongnya di Switzerland berkuat kuasa serta-merta,'' kata kementerian itu.
Kerajaan negara ini berkata, ia mahu mengelak sebarang penyalahgunaan harta negara Libya yang masih berada di Switzerland.
Dalam pada itu, Britian juga akan mengambil tindakan merampas aset Gaddafi bernilai berbilion pound yang disimpan di Eropah, lapor akhbar Telegraph, hari ini.
Jabatan Kewangan Britain menubuhkan satu unit untuk menjejaki aset Gaddafi di Britain yang dipercayai termasuk di akaun bank, harta komersial dan rumah di London bernilai 10 juta pound (RM49.4 juta), kata akhbar itu.
''Perkara utama adalah mengeluarkan rakyat Britain dari Libya. Kemudian kami bersedia untuk mengambil tindakan untuk merampas aset Gaddafi, ia sedang dilaksanakan," kata sumber kerajaan.
Britain difahamkan Gaddafi memiliki aset mudah tunai kira-kira 20 bilion pound (RM98.8 bilion) di London.
Menurut akhbar itu, tindakan pembekuan itu akan dilaksanakan dalam tempoh beberapa hari ini. - AFP
+
Penentang guna web atur protes
TRIPOLI: Kumpulan anti- pemerintah Libya menggunakan laman web berpacaran untuk merancang bantahan mereka terhadap Muammar Gaddafi selain bagi mengelak mudah dikesan oleh polis rahsia negara itu, dakwa bekas pemimpin pembangkang, Omar Shibliy Mahmoudi.
Beliau menggunakan laman web 'Mawada' untuk menghimpunkan rakyat bersama bagi mengelakkan ia dikesan polis rahsia Libya yang turut memantau halaman sosial seperti Facebook dan Twitter.
"Ia adalah untuk tujuan pembebasan, bukan untuk perkahwinan," kata Mahmoudi kepada ABC News.
Omar juga memberitahu tidak pernah bergiat aktif dalam politik sebelum ini tetapi sebaik menyaksikan kebangkitan yang menumbangkan kerajaan di negara jiran, beliau tahu bahawa dia perlu bertindak.
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "