

Harga minyak masak tidak naik
PETALING JAYA 3 Jan. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menasihati orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin mengatakan harga minyak masak akan naik dalam tempoh terdekat.
Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe berkata, malah bekalan minyak masak di seluruh negara adalah mencukupi dan kekurangan di beberapa tempat baru-baru ini adalah disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin tersebut.
''Ekoran khabar angin itu, pengguna panik dan membeli dengan kuantiti yang banyak, maka menyebabkan kekurangan minyak masak di sesetengah kawasan. Selain itu, mungkin juga kerana cuti panjang, bekalan masih belum sampai kepada peruncit.
''Lagipun untuk menaikkan harga minyak masak memerlukan kelulusan Kabinet dan pada masa ini tidak ada sebarang perbincangan mengenai hal itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penutupan Program SME Cuti Sekolah Tesco, di sini hari ini.
Dalam program tersebut, lebih 70 produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari 23 pengusaha tempatan mendapat sambutan positif pembeli.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Stores (M) Sdn. Bhd. (Tesco Malaysia), Tjeerd Jegen dan Pengarah Hubungan Undang-undang dan Kerajaan Tesco, Azlam Shah Alias. - Utusan
+
Harga RON 97 naik 10 sen lagi
KUALA LUMPUR 4 Jan. - Harga minyak petrol RON 97 sekali lagi diselaraskan kepada harga baru melibatkan kenaikan 10 sen menjadi RM2.40 seliter berkuat kuasa esok (5 Jan.).
Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal RM1.90 seliter.
Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman, kenaikan harga minyak petrol RON 97 sebanyak 10 sen adalah kerana mengikut harga pasaran minyak mentah dunia.
Menurutnya, ketika ini harga pasaran minyak mentah dunia mencecah AS$100 setong.
"Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran semasa.
"Ketika ini, kerajaan tidak lagi menanggung subsidi untuk minyak petrol RON 97 dan kenaikan ini memang tidak dapat dielakkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, kenaikan itu mengikut perkiraan yang ditentukan oleh Kementerian Kewangan.
Pada 1 November lepas, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter dan pada hujung bulan itu juga ia sekali lagi mengalami kenaikan sebanyak 15 sen menjadi RM2.30 sen seliter. - Utusan
+
Harga Petrol RON97 Dan Minyak Tanah Naik 10 Sen Seliter Mulai Tengah Malam Selasa
KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam Selasa, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.
Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.
Hashim yang dihubungi berkata beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini.
Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Dis lalu, menjadikan RM2.30 seliter.
Kenaikan esok tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.
Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini. - BERNAMA
reD10 :: 2 petikan berita diatas diambil dari Utusan Meloya & petikan berita yang ke-3 diambil dari Bernama, Mengapa petikan ke-2 tidak menyebut kenaikan harga minyak Masak?. [Niat mereka ingin terus memperbodohkan rakyat]
Harjan Milosevic
,
Khamis, Januari 06, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
PENULIS
Harjan Milosevic
Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang
Permainan Kerajaan BN pada Awal Tahun 2011 silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "