LOS ANGELES: Facebook menarik pelaburan sebanyak AS$500 juta (RM1.5 bilion) dalam perjanjian yang meningkatkan nilai syarikat berkenaan menjadi AS$50 bilion (RM155 bilion), sekali gus menjadikan pengasasnya, Mark Zuckerber kini bernilai hampir AS$14 bilion (RM43.4 bilion).
Goldman Sachs semalam melabur AS$450 juta (RM1.4 bilion) sementara syarikat pelaburan Russia, Digital Sky Technologies melabur AS$50 juta (RM155 juta), lapor akhbar New York Times.
Pengaliran tunai baru itu akan membolehkan Facebook menarik dan mengekalkan kakitangan dan membangunkan lebih banyak produk.
Menurut akhbar itu, Goldman merancang mewujudkan syarikat khas untuk membolehkan pelanggannya melabur dalam Facebook.
Dengan bernilai AS$50 bilion (RM155 bilion), ia akan meningkatkan nilai Facebook lebih tinggi berbanding Yahoo, eBay dan Time Warner. - Agensi
+
Pengasas Facebook makin kaya
NEW YORK - Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg yang berusia 26 tahun semakin kaya ekoran pelaburan baru yang dibuat oleh dua pelabur baru, lapor sebuah akhbar semalam.
Ekoran pelaburan baru itu, nilai kekayaan Zuckerberg kini hampir AS$14 bilion (RM42.92 bilion).
Firma Goldman Sachs membuat pelaburan sebanyak AS$450 juta (RM1.37 bilion) dan syarikat Digital Sky Technologies membuat pelaburan AS$50 juta (RM153.30 juta).
Pelaburan dalam bentuk wang tunai itu membolehkan Facebook mengupah pekerja baru selain mengekalkan pekerja sedia ada.
Ia juga menyebabkan nilai Facebook meningkat kepada AS$50 bilion (RM153 bilion).
Zuckerberg yang memiliki suku saham dalam laman itu dan bilionair termuda di dunia akan meningkatkan kekayaannya kerana sebelum ini majalah Forbes membuat anggaran kekayaannya berjumlah AS$6.9 bilion (RM21.15 bilion) semasa Facebook bernilai AS23 bilion (RM70.51 bilion). - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "