HONG KONG 7 Jan. Kekayaan 40 jutawan Hong Kong meningkat kepada AS$163 bilion (RM511 bilion) daripada AS$135 bilion (RM424 bilion) tahun lalu, berikutan perkembangan ekonomi China yang memperkukuh pelaburan mereka, lapor majalah Forbes.
Pengerusi konglomerat Cheung Kong Holdings dan Hutchison Whampoa, Li Ka-shing mengekalkan kedudukan di tangga teratas senarai 40 jutawan Hong Kong dengan nilai kekayaan AS$24 bilion (RM75.36 bilion), berbanding AS$21.3 bilion (RM67 bilion) tahun lalu.
Menurut Forbes, di tempat kedua ialah keluarga Thomas dan Raymond Kwok, pemaju hartanah terbesar dunia berdasarkan nilai pasaran dengan kekayaan sebanyak AS$20 bilion (RM62.8 bilion).
"Banyak yang telah berubah di China dalam tempoh beberapa dekad ini tetapi peranan Hong Kong sebagai penghubung dalam perdagangan dan ekonomi antara negara asing dengan tanah besar tidak pernah berubah.
"Ia jelas kelihatan menerusi senarai jutawan Hong Kong ini," kata penyunting kanan Forbes, Russell Flannery.
Pengerusi Henderson Land Development Co, Lee Shau-kee, 82, berada di kedudukan ketiga dengan kekayaan AS$19.5 bilion (RM61 bilion) dengan nilai syarikat gergasinya dilapor semakin susut, tetapi ia masih menghasilkan keuntungan sebanyak AS$500 juta (RM1.57 bilion) setahun daripada pelaburan.
Dengan jumlah kekayaan AS$9 bilion (RM28.3 bilion), pemaju Cheng Yu-tung berada di tempat keempat, mendahului pasangan adik beradik Victor dan William Fung yang mengumpul nilai kekayaan AS$8.6 bilion (RM27 bilion).
Hartawan kasino Macau, Stanley Ho, 89, berada di tempat ke-13 dengan kekayaan bernilai AS$3.1 bilion (RM9.7 bilion).
Menurut Forbes, nilai hartanah Hong Kong naik mendadak sejak beberapa tahun lalu dengan lebih satu pertiga daripada 40 jutawan dalam senarai mengumpul kekayaan dalam bidang hartanah.
Kata Forbes, kemunculan jutawan di Hong Kong berpunca daripada hubungan komersialnya dengan tanah besar China, yang menyaksikan 40 jutawan kaya negara komunis itu mengumpul jumlah kekayaan AS$137 bilion (RM430 bilion). AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "