2+4 hrs...Twogether Fourever

Selasa : 22 April 2025   
@ 24 Syawal 1446H / 12:08 AM

19Ahad,Disember

WikiLeaks : 18/12/2010

5 lagi web bocor rahsia diwujud.


ASSANGE menunjukkan kertas mahkamah mengizinkannya dibebaskan atas ikat jamin di Mahkamah Tinggi, London.


OpenLeaks, Brussels Leaks, TradeLeaks, Balkan Leaks, IndoLeaks beroperasi

LONDON
: Web pembocor maklumat, WikiLeaks, kini menjadi inspirasi kepada orang lain untuk turut mewujudkan portal yang menjalankan fungsi sama seperti Julian Assange.

Amerika Syarikat dan pihak berkuasa lain sudah bertindak bagi menghukum WikiLeaks dan Assange atas penyiaran beribu-ribu kabel diplomatik yang memalukan Washington kerana mencetuskan pelbagai perbahasan mengenainya di seluruh dunia.

Assange yang mengasaskan WikiLeaks pada 2006 baru dibebaskan daripada tahanan di London selepas dibenarkan ikat jamin berhubung kes pencabulan wanita di Sweden.

Ketika diwawancara majalah Forbes, beliau berkata: "Memang benar, bukan mudah untuk melakukannya tetapi kami akan rasa dibantu jika lebih ramai orang terbabit dalam industri ini."

Hasilnya, sejak beberapa minggu lalu, lima lagi web berteraskan misi membocor maklumat wujud iaitu OpenLeaks, Brussel Leaks, TradeLeaks, Balkan Leaks dan IndoLeaks.

OpenLeaks diwujudkan oleh bekas pembantu Assange, Daniel Domscheit-Berg. Web itu masih belum ada apa-apa kandungan kecuali logo berbunyi 'Coming Soon.'

Domscheit-Berg enggan membincangkan sebab membuka portal baru tetapi menuduh WikiLeaks keluar daripada misi asal.

Domscheit-Berg berkata, OpenLeaks sudah ada di Twitter dan memulakan tugas awal 2011.

Brussels Leaks pula sudah ada laman web dan Twitter bertujuan mendedahkan perkara tersembunyi dalam sistem Kesatuan Eropah (EU).

"Ianya bertujuan mendedahkan maklumat penting kepada umum. Itulah sebabnya kami akan 'senyap' untuk beberapa minggu," kata laman web itu.

Web TradeLeaks sudah ditonton 60,000 kali beberapa jam selepas dilancarkan bertujuan membocorkan maklumat perniagaan. Ia diasaskan oleh Ruslan Kogan, pemilik perniagaan elektronik Australia, Kogan Technologies.

Balkan Leaks pula dibentuk oleh Atanas Chobanov, seorang ekspatriat Bulgaria di Paris, bertujuan mempromosi ketelusan dan memerangi rasuah di rantau Balkan.

Pengguna boleh menghantar dokumen ke laman itu menerusi sistem rahsia yang hanya disiarkan kepada umum selepas disahkan. Moto organisasi itu ialah 'Rantau Balkan tiada lagi rahsia.'

Laman IndoLeaks sudah menyiarkan laporan bedah siasat tragedi negara pada 1965 yang dianggap dokumen kontroversi, lapor akhbar Jakarta Post.

Ia juga menyiarkan dokumen sensitif mengenai perbincangan Timor Leste pada 1975 antara bekas Presiden Indonesia, dengan bekas Presiden Amerika, Gerald Ford. – Agensi

+

Assange bimbang diekstradisi ke AS

LONDON - Pengasas laman web WikiLeaks, Julian Assange kelmarin menyatakan dia pernah mendengar khabar angin bahawa dirinya dituduh sebagai seorang pengintip oleh Amerika Syarikat (AS).

Kenyataan itu dikeluarkan selepas dia dibebaskan dengan ikat jamin oleh seorang hakim Mahkamah Tinggi di sini selepas ditahan pada 7 Disember lalu atas dakwaan merogol dan mencabul dua wanita.

Assange kini menjadi amat popular selepas laman webnya itu menimbulkan kemarahan AS kerana ia mendedahkan lebih 250,000 kabel diplomatik AS yang mengandungi maklumat sulit.

Ia mendedahkan pandangan-pandangan diplomat AS mengenai isu-isu global dan pemimpin-pemimpin dunia.

Dia yang ditemui di sebuah rumah agam rakannya di Suffolk juga menyatakan kebimbangannya bahawa prosiding ekstradisinya ke Sweden merupakan satu helah untuk membawanya ke AS.

Assange membuat dakwaan itu kerana prosiding perbicaraan itu berlaku dalam cara yang pelik.

Peguam pengasas WikiLeaks itu, Mark Stephens sebelum ini pernah mendakwa satu jemaah juri rahsia telah dibentuk di Virginia untuk mengemukakan tuduhan-tuduhan yang boleh dikenakan terhadap Assange.

"Saya tidak takut untuk diekstradisi ke Sweden. Saya lebih bimbang jika diekstradisi ke AS," kata Assange.

Para peguam berpendapat, tindakan mengekstradisi Assange ke Sweden adalah bermotifkan politik.

Namun, para pendakwa raya Sweden menyatakan permintaan ekstradisi itu tiada kena mengena dengan WikiLeaks.

Assange yang bercakap kepada para penyokongnya di luar mahkamah berikrar akan terus mendedahkan maklumat rahsia.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 200,000 pound (RM978,477) dengan syarat yang ketat.

"Adalah sesuatu yang hebat untuk menghidu udara bersih di London semula," kata Assange yang dikerumuni sekumpulan jurugambar yang mahu merakamkan gambarnya. - Agensi


+

Assange janji dedah lebih banyak maklumat

LONDON 17 Dis. - Pengasas WikiLeaks, Julian Assange (gambar) berikrar untuk membersihkan namanya daripada segala tuduhan jenayah dan akan terus bekerja kuat untuk mendedahkan lebih banyak maklumat rahsia selepas dibebaskan dengan ikat jamin, semalam.

Assange dan peguamnya berkata, usaha untuk mengekstradisinya dari Britain ke Sweden untuk disiasat atas kesalahan jenayah seksual, sebagai satu tindakan jahat dan bermotif politik.

"Saya mahu meneruskan kerja saya dan pada masa yang sama akan membuktikan bahawa saya tidak bersalah, selain terus membongkarkan semua rahsia sulit di seluruh dunia.

"Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang masih menyokong saya dan pasukan saya, walaupun ketika saya berada di dalam tahanan pihak berkuasa," kata Assange.

Tambah Assange, beliau ada mendengar khabar angin yang mendakwa Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mendakwanya atas kesalahan melakukan aktiviti perisikan.

Tindakan Assange mendedahkan beribu-ribu dokumen kabel diplomatik AS dalam laman webnya telah menimbulkan kemarahan Washington, malah, ramai pihak mendakwa beliau ditangkap kerana tindakannya tersebut.

"Kami menerima maklumat daripada seorang peguam AS yang mendakwa, saya akan didakwa oleh AS kerana melakukan risikan," katanya kepada Sky News, hari ini.

Pembebasan Assenge tertangguh selama beberapa jam sebelum wang ikat jamin berjumlah AS$374,000 (RM1.17 juta) berjaya dikumpulkan daripada penyokongnya termasuk pengarah filem terkenal, Michael Moore.

Seorang hakim kanan mahkamah Britain sebelum itu menolak rayuan peguam yang mewakili Sweden supaya Assenge terus ditahan dipenjara sementera menunggu untuk diekstradisi.

Assange turut diarahkan oleh mahkamah untuk melapor diri kepada polis, dikenakan perintah berkurung serta diwajibkan mengenakan penanda keselamatan. - AFP

+

Permainan video WikiLeaks popular

WASHINGTON - Satu permainan video dalam talian mengenai isu laman sesawang WikiLeaks mula menjadi pilihan popular pengguna komputer.

Dalam permainan itu, pemain memegang watak pengasas WikiLeaks, Julian Assange dan cuba memindah dokumen rahsia daripada komputer Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke dalam penyimpan data mudah alih semasa Presiden sedang tidur.

Menurut penciptanya, Sebastiaan Moeys, 21, lebih sejuta pengguna komputer telah melawat laman sesawang 'WikiLeaks: The Game' sejak permainan itu dinaik turun, lima hari lalu.

Beberapa pengguna berkata, seperti juga percubaan untuk memusnahkan WikiLeaks, permainan itu lebih sukar daripada dijangka.

Amalan menghasilkan permainan video berdasarkan berita utama dunia meningkat beberapa tahun ini, termasuk membabitkan skandal pemain golf Tiger Woods dan operasi menyelamat pelombong di Chile.

Adam Merah , Ahad, Disember 19, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog