2+4 hrs...Twogether Fourever

/

WikiLeaks : 17/12/2010

Pengasas WikiLeaks bebas, mahu bersihkan nama.

LONDON: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange yang dibebaskan dengan ikat jamin, awal hari ini mahu membersihkan namanya daripada dakwaan kesalahan seksual yang dihadapinya serta meneruskan operasi laman pembocor maklumat itu.

"Saya berharap untuk meneruskan kerja saya dan mempertahankan diri saya (daripada tuduhan). Saya akan dedahkan apa yang kami ada dan apa yang belum kami dapat," katanya sebaik keluar dari Mahkamah Tinggi London dengan wartawan dan jurugambar memenuhi geleri mahkamah.

Assange dan peguamnya mengulangi bahawa tindakan untuk mengekstradisi dari Britain ke Sweden terhadapnya berhubung dakwaan seksual terhadap dua wanita itu adalah lebih bermotif politik.

Pembebasannya dari mahkamah ditangguh beberapa jam bagi membolehkannya diikat jamin sebanyak 240,000 pound (AS$374,000) yang dibayar oleh kumpulan penyokongnya. - AFP

+

Pegawai bimbang Putera Mahkota Thai jadi Raja.


Putera Maha Vajiralongkorn bersama bondanya, Permaisuri Sikirit semasa menyambut Raja Bhumibol Adulyadej yang keluar dari Hospital Siriraj di Istana Besar di Bangkok pada 5 Disember, 2010.

LONDON 16 Dis. - Pegawai tertinggi istana menyuarakan kebimbangan Putera Mahkota Thai, Putera Maha Vajiralongkorn diangkat sebagai Raja, lapor dokumen diplomatik Amerika Syarikat (AS) yang didedahkan laman web WikiLeaks, hari ini.

Dokumen sulit yang dilaporkan akhbar harian Britain The Guardian itu mendedahkan bahawa tiga individu berpengaruh di Thailand termasuk dua penasihat kanan Raja Bhumibol Adulyadej, memberi komen negatif tentang Putera Maha.

Dua penasihat itu yang menyatakan bahawa Putera Mahkota tersebut bakal diangkat sebagai Raja secara tersirat berkata, keadaan akan menjadi lebih baik sekiranya penyusunan lain dibuat.

Memo bertarikh Januari tahun ini dari Kedutaan AS di Bangkok itu turut memetik kebimbangan tentang cara hidup Putera Maha, selain hubungannya dengan bekas Perdana Menteri dalam buangan, Thaksin Shinawatra, yang masih popular di kalangan penduduk miskin dan luar bandar di negara itu. - AFP

Adam Merah , Sabtu, Disember 18, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog