Assange bidas syarikat kad kredit
SYDNEY 14 Dis. – Pengasas WikiLeaks, Julian Assange membidas syarikat-syarikat kad kredit terkemuka kerana menyekat sumbangan derma ke laman webnya, dan berikrar akan terus mendedahkan rahsia-rahsia kerajaan.
Assange menyelar tiga syarikat kad kredit global Visa dan MasterCard serta firma pembayaran Internet, PayPal yang menyekat sumbangan kewangan kepada WikiLeaks.
Beliau melemparkan kritikan itu dalam satu kenyataan yang dihantar kepada televisyen Australia hari ini dari bilik penjaranya di Britain.
"Kita baru mengetahui Visa, MasterCard dan PayPal adalah instrumen dasar luar Amerika Syarikat.
"Saya menggesa seluruh dunia supaya melindungi kerja saya dan kakitangan saya daripada perbuatan salah dan tidak bermoral itu," kata Assange, 39, dalam kenyataan kepada Channel 7.
Sementara itu, pasukan peguam Assange hari ini akan cuba sekali lagi untuk mendapatkan kebenaran ikat jamin bagi Assange yang ditahan di Britain berhubung dakwaan melakukan jenayah seksual di Sweden. – AFP
+
Singapura Berkata Laporan WikiLeaks Tidak Menyamai Rekodnya
SINGAPURA, 14 Dis - Singapura berkata aduan yang dibangkitkan oleh Malaysia tentang apa yang WikiLekas dakwa telah disebut oleh pegawai-pegawai kanannya tidak menyamai rekodnya sendiri.
Menteri Luar Singapura, George Yeo berkata "satu perjumpaan yang dimaksudkan" itu tidak pun mengambil tempat."
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan malam Selasa sebagai respons kepada pertanyaan media mengenai notis bantahan Malaysia yang dikemukakan kepada Singapura hari ini, mengenai laporan media berhubung laporan kabel kedutaan Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh WikiLeaks.
Kementerian Luar Singapura turut mengesahkan bahawa Pesuruhjaya Tingginya di Kuala Lumpur, T. Jasudasen telah dipanggil bertemu Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman pagi tadi.
Namun menurut kementerian tersebut, Yeoh telah menghubungi Anifah kemudiannya "untuk menjelaskan polisi Singapura yang tidak mengulas mengenai kebocoran."
Ia menambah bahawa Yeo dan Anifah bersetuju tentang kepentingan hubungan dua hala yang baik dan mengukuhkan lagi kerjasama.
WikiLeaks pada Ahad mengeluarkan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008 yang memuat kenyataan yang menyinggung kepimpinan Malaysia dan keadaan di Malaysia.
Ia turut melaporkan kenyataan yang dibuat oleh pegawai-pegawai kanan Singapura yang merendah-rendahkan Thailand, Jepun dan India semasa perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan Jabatan Negara Amerika Syarikat. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "