2+4 hrs...Twogether Fourever

/

WikiLeaks : 15/12/2010

AS mahu dakwa Assange

Pengasas WikiLeaks tuduh Washington punca Sweden bertindak

STOCKHOLM: Pengasas web pembocor maklumat rasmi WikiLeaks, Julian Assange, 39, percaya dia bakal menghadapi pendakwaan Amerika Syarikat selepas menimbulkan kemarahan Washington dengan mendedahkan kabel diplomatik rahsia negara itu.
 
Seorang daripada peguam Assange di Britain, Jennifer Robinson, memberitahu ABC News di London Jumaat lalu bahawa satu pendakwaan terhadap pengasas WikiLeaks itu akan dibuat di mahkamah Amerika.
 
Namun, laporan itu tidak mendedahkan butir lanjut atau ulasan oleh Robinson mengapa beliau percaya dakwaan itu akan difailkan.

Jabatan Kehakiman Amerika sedang meneliti pelbagai dakwaan jenayah terhadap Assange termasuk pelanggaran Akta Perisikan 1917 yang mungkin difailkan dalam kes WikiLeaks membabitkan penyiaran ratusan kabel diplomatik sulit dan rahsia Amerika.

Penyokong Assange menggesa demonstrasi diadakan supaya beliau dibebaskan dari penjara London.

Penyokong WikiLeaks di Sepanyol menyiarkan manifesto For freedom, Say No to State Terrorism, mendesak Assange dibebaskan dengan protes diadakan di Madrid, Barcelona, Amsterdam, London, Brisbane, Sydney, Melbourne, Sao Paulo, Hong Kong, Mexico City dan beberapa ibu kota Amerika Latin pada Sabtu lalu.
 
Assange juga menyuarakan rasa kecewa mengenai cara perundangan diseleweng apabila dituduh mencabul kehormatan dua wanita.

Beliau ditahan reman di Britain selepas waran tangkap Eropah dikeluarkan Sweden atas alasan mahu menyoal Assange mengenai dakwaan dibuat dua wanita berhubung jenayah seksual. – Reuters/AFP
 
+
 

Pengasas WikiLeaks dinobat sebagai bintang rock

ROM - Pengasas laman web WikiLeaks, Julian Assange semalam dipilih menjadi bintang rock sepanjang tahun oleh sebuah majalah muzik Amerika Syarikat (AS) edisi Itali, Rolling Stone.

Majalah itu tidak menyatakan kenapa Assange dipilih menjadi bintang rock sepanjang tahun itu.

Namun, ia menggambarkan bahawa Assange yang dilahirkan di Australia mempunyai persamaan dengan bintang pop Britain, David Bowie yang berlakon dalam filem The Man Who Fell To Earth pada 1976.

Menurut majalah itu, Assange akan berasa gembira bersama majalah itu sepanjang tahun depan.

Asange kini dipenjarakan di Britain berhubung dakwaan dia mencabul dan merogol dua wanita di Sweden.

"Assange merupakan seorang ikon seperti Che Guevera pada baju T. Dia (Assange merupakan seorang pemimpin pop pada era penamat diplomasi dan keselamatan empayar," menurut majalah itu.

Laman web WikiLeaks telah membocorkan lebih 250,000 kabel diplomatik yang melibatkan maklumat AS dengan banyak negara di dunia. - dpa

+

Hubungan diplomatik tidak terjejas

SINGAPURA 13 Dis. - Singapura yakin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain tidak akan terjejas disebabkan kenyataan menghina yang dilaporkan dibuat oleh sesetengah diplomat kanannya terhadap beberapa pemimpin Asia.

Kementerian Luar (MFA) Singapura dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua negara menjalinkan perhubungan berdasarkan kepentingan mereka sendiri dan bukan berdasarkan khabar angin atau gosip.

"Singapura sudah lama menjalinkan perhubungan yang kukuh dan positif dengan semua negara di rantau ini.

"Perhubungan itu dibina dengan asas yang kukuh iaitu kepentingan bersama dan kerjasama saling berfaedah dalam banyak bidang," menurut kenyataan itu.

Menteri Luar, George Yeo sebelum itu berkata, dunia diplomatik akan terus berfungsi dan isu-isu serius akan tetap dibincangkan.

Reaksi kerajaan itu dikeluarkan selepas akhbar Australia, Sydney Morning Herald semalam menyiarkan mesej diplomatik yang dibocorkan daripada laman web WikiLeaks, menunjukkan beberapa pemimpin kanan Singapura dilapor menyuarakan pandangan negatif terhadap para pemimpin di negara lain termasuk Malaysia dan Thailand.

Kata Yeo lagi, kenyataan tersebut tidak sepatutnya disiarkan dan 'sebaik-baiknya kita menghormati kerahsiaan komunikasi diplomatik'.

"Seseorang itu mengatakan sesuatu secara terus-terang dan saya tidak fikir kita harus memisahkan apa yang diperkatakan daripada konteksnya, sekalipun kenyataan itu benar," ujar beliau.

Dalam satu kabel, yang tidak dapat diakses untuk pengesahan, Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura, Bilahari Kausikan pada September 2008 dikatakan memberitahu seorang diplomat AS bahawa 'kekurangan pemimpin cekap menimbulkan masalah besar bagi Malaysia'.

Kausikan juga dilaporkan melabel bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sebagai 'korup' sama seperti 'semua pemimpin lain termasuk pembangkang' di negara itu. - dpa

Adam Merah , Rabu, Disember 15, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog