2+4 hrs...Twogether Fourever

Rabu : 9 April 2025   
@ 11 Syawal 1446H / 2:38 AM

14Selasa,Disember

WikiLeaks :: 12 Dicember 2010

Singapura kutuk negara Asia.

SINGAPURA 12 Dis. - Diplomat Singapura berpendapat pemimpin-pemimpin dari beberapa negara sekutunya di Asia sebagai korup, tidak cekap atau bodoh, demikian menurut pendedahan terbaru WikiLeaks hari ini.

Nota diplomatik sulit yang dikeluarkan laman web tersebut kepada kumpulan media Australia, Fairfax, mengandungi penilaian tidak elok melibatkan beberapa tokoh pemimpin di Malaysia, Thailand, India dan Jepun.

"Kepimpinan yang kurang cekap adalah satu masalah besar di Malaysia," kata setiausaha kekal di Kementerian Hal Ehwal Asing Singapura, Bilahari Kausikan kepada Timbalan Setiausaha Pertahanan Asia Timur, David Sedney, dalam satu kabel diplomatik bertarikh September 2008.

Bilahari dipetik sebagai berkata, situasi di Malaysia itu adalah mengelirukan dan berbahaya disebabkan kemungkinan yang jelas dalam konflik perkauman yang menyaksikan kaum Cina 'meninggalkan' Malaysia dan 'berpusu-pusu' ke Singapura.

Seorang lagi pegawai, Peter Ho dilapor sebagai menyifatkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang oportunis yang tidak teragak-agak mengkritik Singapura jika keadaan wajar untuk beliau berbuat demikian.

Katanya, dakwaan mengaitkan Najib dengan pembunuhan seorang wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu pada 2006 juga akan terus menghantui karier politik Perdana Menteri itu walaupun beliau menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut.

Bilahari turut mengkritik kerajaan Thailand pada 2008 apabila melabel Perdana Menteri ketika itu, Thaksin Shinawatra sebagai korup bersama-sama pemimpin lain termasuk pihak pembangkang.

Beliau turut menyifatkan Putera Mahkota Thai, Maha Vajiralongkorn sebagai 'tidak menentu dan mudah dipengaruhi' sambil memberi amaran tentang ketidakstabilan politik yang akan berterusan di negara itu.

Dalam satu dokumen bertarikh 2009, duta Singapura Tommy Koh yang terkenal dengan perwatakan lembut dan pandai berpidato, menyifatkan Jepun sebagai 'pihak yang kalah besar' dalam konteks merapatkan hubungan antara China dan ASEAN.

India pula disifatkan sebagai bodoh dan 'separuh masuk, separuh keluar' dari ASEAN.

Setakat ini, Singapura masih belum memberikan reaksi berhubung pendedahan WikiLeaks itu, tetapi akhbar pro republik ini, Straits Times telah menyiarkan dokumen-dokumen tersebut di laman webnya. - AFP

+

Reaksi Singapura terhadap WikiLeaks

SINGAPURA - Singapura semalam menyatakan laporan terbaru yang didedahkan WikiLeaks membabitkan pegawai kanan Kementerian Luar republik itu tidak harus diambil di luar konteks.

"Setiap komunikasi tidak harus diambil di luar konteks," kata Menterinya, George Yeo yang dipetik media tempatan di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan peribadi yang dibuat pegawai atasan kementeriannya berkenaan para pemimpin di rantau ini.

Satu daripada laporan berkenaan yang didedahkan WikiLeaks semalam adalah mengenai kenyataan pemimpin Singapura yang percaya Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan pembantu lelakinya dalam satu perangkap yang diatur oleh musuhnya.

Laporan itu terkandung dalam kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, dan diberi oleh pemberi maklumat kepada kumpulan media Fairfax yang berpangkalan di Australia.

Laporan itu memperincikan maklumat perisikan yang dikongsi oleh Australia dan Singapura mengenai kes Anwar.

Yeo turut dipetik berkata, sebaiknya kerahsiaan maklumat diplomatik itu dihormati dan tidak perlu dipanjangkan. - Bernama

+

Obama marah WikiLeaks

WASHINGTON 12 Dis. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengutuk sekeras-kerasnya pendedahan dokumen WikiLeaks sebagai 'amat dikesali', ketika penyokong pengasas laman web itu mengecam tindakan segera undang-undang yang dijalankan terhadapnya.

Menurut White House, Obama menyuarakan kritikannya menerusi satu panggilan telefon kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam.

White House berkata, Obama menyatakan kekesalannya berhubung tindakan pendedahan WikiLeaks dan kedua-dua pemimpin juga bersetuju ia tidak akan mempengaruhi atau menjejaskan kerjasama rapat antara AS dengan Turki.

Kenyataan Obama itu, sama seperti yang dinyatakan dalam telefon semasa menghubungi Presiden Mexico, Felipe Calderon, merupakan yang paling kuat mengecam WikiLeaks, selepas pendedahan dokumen sulit diplomatik AS menimbulkan perselisihan.

Sementara itu, penyokong pengasas WikiLeaks, Julian Assange di Sepanyol semalam menyeru satu demonstrasi dijalankan di seluruh dunia bagi mendesak pembebasannya dari sebuah lokap di London, di mana dia berusaha menolak ekstradisi ke Sweden bagi berhadapan dakwaan rogol.

Dalam satu manifesto bertajuk 'Untuk kebebasan, katakan tidak kepada keganasan', ia menuntut Assange dibebaskan segera selain 'pengembalian domain WikiLeaks'.

Namun, demonstrasi serupa di Madrid dan Barcelona hanya berjaya menarik kira-kira 400 penunjuk perasaan, manakala bantahan di Amsterdam dan beberapa bandar Amerika Latin lain tidak mendapat mendapat memberangsangkan. - AFP

Adam Merah , Selasa, Disember 14, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog