/

Tentera Lebanon temui sistem risikan Israel

PERALATAN perisikan Israel yang ditemui di pergunungan Sannine oleh Pasukan Tentera Lebanon disorok di bawah batu.
 
BEIRUT 16 Dis. - Tentera Lebanon semalam mengumumkan penemuan dua alat risikan canggih milik Israel di kawasan pergunungan Beirut yang dipercayai digunakan oleh rejim Zionis itu untuk memantau dan merancang serangan ke atas negara ini.

Peralatan itu ditemui hasil maklumat yang diberikan oleh pergerakan Hezbollah kepada perisikan Lebanon, menurut kenyataan tentera Lebanon, semalam.

Pasukan tentera berkata, Israel menanam peralatan itu di gunung Sannine dan Barouk, daerah pergunungan yang terletak di bahagian utara dan selatan Beirut.

Gambar yang disiarkan oleh laman web tentera menunjukkan peralatan itu tersorok di balik batu-batu di lereng gunung berbatu.

Israel boleh menggunakan peralatan itu untuk membuat koordinasi sasaran. Peralatan itu mempunyai laser yang berupaya mencapai jarak 12 kilometer dan mampu mendapatkan bekalan tenaga sendiri dan menghantar gambar.

Menurut sumber tentera, peralatan itu turut memantau wilayah di sempadan Lebanon dengan Syria.

Sejurus selepas pengumuman itu, pesawat pejuang Israel dilaporkan terbang rendah di atas pekan-pekan di selatan Lebanon, menurut penduduk tempatan.

Pasukan tentera Israel bagaimanapun mengeluarkan kenyataan: tidak ada aktiviti luar biasa tentera di kawasan itu. - Reuters

Mohd. Adam B. Firdaus , Sabtu, Disember 18, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Mohd. Adam B. Firdaus

Berkerjasama dengan Adam Merah (end 2009)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog