NEW YORK 2 Dis. - Pengasas WikiLeaks, Julian Assange mahu mendedahkan rahsia China dan Rusia pula, seperti mana yang dilakukannya terhadap Amerika Syarikat (AS), menurut satu temubual dengan majalah Time selepas pendedahan rahsia diplomatik AS dalam WikiLeaks baru-baru ini, yang menimbulkan kekecohan di seluruh dunia.
Dalam temubual melalui Skype dari lokasi rahsia berikutan waran tangkap Interpol yang dikeluarkan terhadapnya atas dakwaan rogol di Sweden, Assange berkata, negara yang tidak begitu telus seperti Rusia dan China adalah yang paling berpotensi untuk menjalani pembaharuan melalui pendedahan maklumat rahsia.
"Kami percaya masyarakat yang paling tertutup adalah yang paling berpotensi," katanya.
Assange berkata, sebahagian daripada kerajaan dan pasukan keselamatan China menyekat kebebasan bersuara, namun beliau percaya ia adalah isyarat optimistik kerana pendedahan akan membawa pembaharuan.
Tambahnya, kewartawanan dan penulisan mampu mencapai perubahan dan kerana itulah pihak berkuasa China bimbang mengenainya.
Kata Assange, negara seperti China adalah lebih mudah menjalani pembaharuan berbanding AS dan Britain yang 'terlalu tertakluk kepada kewajipan berkontrak yang mana perubahan politik tidak membawa kepada perubahan ekonomi'. - AGENSI
+
Assange kini di Britain
Polis tahu lokasi dia berada
LONDON: Pengasas laman web WikiLeaks, Julian Assange kini berada di Britain dan polis mengetahui di mana dia berada, namun setakat ini belum bertindak mengikut satu waran tangkap antarabangsa untuk menahannya, kata sebuah akhbar tempatan semalam.
Warga Australia berusia 39 tahun itu, yang mengasaskan laman web terbabit yang mendedahkan kelompok kabel diplomatik Amerika Syarikat, membekalkan polis Britain dengan maklumat untuk dihubungi setibanya di sini Oktober lalu, kata akhbar The Independent.
Akhbar berkenaan memetik sumber polis yang berkata, mereka tahu di mana Assange tinggal dan mempunyai nombor telefonnya. Ia menambah bahawa dia dipercayai berada di tenggara England.
Agensi polis antarabangsa Interpol minggu ini mengeluarkan satu notis merah untuk membantu dalam penahanan Assange, yang dikehendaki di Sweden kerana disyaki melakukan jenayah seksual, namun Agensi Jenayah Serius Terancang Britain (Soca) setakat ini enggan mengesahkannya, kata akhbar.
Memetik sumber tidak dinamakan, The Independent berkata, Soca memerlukan pengesahan mengenai Waran Tangkap Eropah yang dikeluarkan pendakwa raya Sweden, namun ia menggambarkan kelewatan sebagai teknikal.
Polis Metropolitan dan Soca enggan mengulas lanjut apabila dihubungi Reuters.
Assange, seorang bekas penggodam komputer, sering berpindah randah. Dia meninggalkan Sweden bulan lalu selepas pihak berkuasa di sana berkata, mereka mahu menyoalnya mengenai dakwaan merogol dan kesalahan seksual lain.
Pihak berkuasa Amerika Syarikat yang tercemar dengan pendedahan antarabangsa disebabkan ribuan dokumen sulit negara itu dibocorkan kepada media, berjanji untuk melakukan tindakan menutup aktiviti seperti itu.
Isnin lalu, Peguam Negara Amerika, Eric Holder, berkata Jabatan Kehakiman mempunyai satu siasatan aktif, berterusan berkaitan perkara itu dan menegaskan pentadbiran Obama berjanji tindakan berkenaan bukan berbentuk ketenteraan. - Reuters
+
Polis Britain enggan tangkap pengasas WikiLeaks
LONDON - Pengasas WikiLeaks, Julian Assange tidak ditangkap di Britain kerana pihak berkuasa Sweden melakukan kesilapan dalam mengisi waran tangkapnya, lapor akhbar The Times semalam.
Akhbar berkenaan menyebut, polis Britain telah mengenal pasti Assange bersembunyi di satu lokasi di tenggara England tetapi mereka tidak dapat menahannya kerana waran tangkap Eropah itu tidak lengkap.
"Ia (waran tangkap) mengandungi beberapa kelemahan menyebablan kami tidak dapat menguatkuasakannya," kata seorang jurucakap polis.
Difahamkan, pihak berkuasa Sweden mengeluarkan waran tangkap berhubung dakwaan jenayah seks terhadap Assange pada 19 November lalu, sehari sebelum polis Interpol meletakkan namanya ke dalam senarai orang buruan mereka.
Sementara itu, peguam Assange yang beribu pejabat di Britain, Mark Stephens berkata, pihak berkuasa Britain mengetahui tempat persembunyian anak guamnya.
"Polis tahu bagaimana untuk menangkapnya, begitu juga pihak pendakwa raya Sweden. Namun, sehingga kini tiada siapa yang tampil memberitahu apa yang sebenarnya berlaku (mengapa Assange masih belum ditahan)," kata Stephens.
Assange tidak dilihat sejak laman webnya WikiLeaks mendedahkan sejumlah 250,000 dokumen rasmi Amerika Syarikat (AS) pada Ahad lepas. - Agensi
+
WikiLeaks dakwa tidak tahu siapa sumbernya
LONDON - Seorang kakitangan laman web WikiLeaks mendakwa dia tidak tahu bahawa seorang bekas penganalisis perisikan tentera Amerika Syarikat (AS) ditahan pihak berkuasa AS kerana menyalurkan lebih 250,000 maklumat mengenai hubungan diplomatik AS yang didedahkan laman itu pada Ahad lalu.
Menurut kakitangan itu, Kristinn Hrafnsson, WikiLeaks telah memberi sumbangan untuk membiayai kos guaman bekas penganalisis perisikan tentera itu, Bradley Manning, 23 yang kini ditahan di sebuah pusat marin dekat Washington.
Namun, para pegawai AS enggan mengesahkan sama ada maklumat yang didedahkan oleh Manning adalah sama dengan maklumat yang dibocorkan WikiLeaks.
"Saya tidak tahu dia (Manning) adalah sumbernya. Jika benar, saya fikir dia ialah seorang hero," kata Hrafnsson yang merupakan bekas wartawan televisyen di Iceland.
Pendedahan lebih 250,000 maklumat oleh WikiLeaks menerusi kerjasama dengan lima buah akhbar di Barat seperti The New York Times dan The Guardian di Britain telah menggugat dunia diplomatik AS dengan negara luar. - Reuters

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "