2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Loji Chernobyl mula dibuka 2011

GAMBAR fail 2007 menunjukkan keadaan rumah yang kosong di bandar Pripyat berdekatan loji nuklear Chernobyl yang boleh dilawati mulai 2011.
 
Ukraine izin pelancong asing ingati tragedi terburuk nuklear pada April 1986

KIEV (Ukraine): Sesiapa yang mahu memahami dengan lebih mendalam bencana nuklear terburuk dunia boleh mengunjungi loji Chernobyl mulai tahun depan.
 
Mulai 2011, Ukraine merancang membuka zon tertutup atau zon eksklusif sekitar reaktor Chernobyl kepada pelawat yang mahu belajar mengenai tragedi itu lebih suku abad lalu.
 
Keputusan Kerajaan Ukraine mengenai perkara itu disiarkan Kementerian Keadaan Kecemasan, kelmarin. Reaktor Nombor 4 Chernobyl meletup pada 26 April 1986 yang menyebarkan radiasi ke kawasan yang luas di utara Eropah.

Tragedi berkenaan menyebabkan beratus-ratus ribu orang di kawasan dicemari radiasi itu dipindahkan termasuk di Ukraine, Belarus dan Russia.

Sehingga hari ini, masalah kesihatan penduduk rantau itu yang ada kaitan dengan pencemaran radiasi terus dilaporkan.

Zon eksklusif itu meliputi kawasan 48 kilometer dari reaktor yang meletup dan mencatat tahap pencemaran tertinggi. Ia menyebabkan semua penghuni dipindahkan dan kawasan itu menjadi tempat larangan dengan semua bentuk kunjungan adalah diharamkan.
 
Pada hari ini, kira-kira 2,500 petugas masih berada di loji berkenaan untuk mengendalikannya bertujuan mengurangkan pendedahan radiasi.

Beratus-ratus penduduk juga sudah pulang ke kampung mereka berdekatan kawasan berkenaan, walaupun kerajaan melarang.

Malah, ada juga beberapa firma mengadakan pakej lawatan ke kawasan larangan itu, tetapi kerajaan menganggapnya kegiatan haram dan tidak menjamin keselamatan sesiapa yang pergi.

Jurucakap kementerian berkenaan, Yulia Yershova, berkata pakar sudah merangka beberapa laluan yang selamat untuk mereka yang mahu ke sana, tetapi tidak memberitahu tarikh kunjungan bermula.

"Ada tempat yang boleh dilihat jika mengikut laluan berkenaan dan jangan berpecah daripada pelan asal. Memang ia suatu kisah yang menyedihkan," katanya.

Ketua Program Pembangunan PBB (UNDP), Helen Clark mengunjungi loji Chernobyl itu Ahad lalu dan menyokong rancangan kerajaan kerana ia boleh memberi pelajaran penting mengenai keselamatan nuklear, selain memberi hasil kewangan. – AP
Harjan Milosevic , Khamis, Disember 16, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Harjan Milosevic

Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog