TOKYO 15 Dis. Jika Jepun adalah seorang manusia, ia kini telah berusia kira-kira 50 tahun, berbanding China baru berusia 30 tahun muda sedikit dari India dan lebih sedekad jauh lebih muda dari Itali, menurut satu tinjauan rambang yang dijalankan di negara ini.
Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Institut Pengajian dan Kehidupan Hakuhodoitu, Jepun purata berusia 51.7 tahun, dan merupakan negara tertua di kalangan sembilan negara di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.
Jawapan itu diterima daripada 1,700 rakyat Jepun yang memberi maklum balas kepada satu tinjauan dalam talian yang dijalankan oleh institut itu, yang merupakan sebuah pusat penyelidikan bersekutu dengan syarikat pengiklanan gergasi Hakuhodo DY Holdings.
Lebih separuh daripada maklum balas itu berkata, Jepun kini berusia antara 50 tahun atau 60 tahun.
Negara jirannya, China pula paling muda iaitu berusia 31.5 tahun manakala Singapura berusia 32.5 tahun dan India berusia 32.7 tahun.
"Kenyataan bahawa China merupakan negara muda mungkin kerana rakyat Jepun menggambarkan negara itu mempunyai banyak tenaga," kata seorang penyelidik.
"Kami mengharapkan Jepun mempunyai imej sebagai negara tua tetapi tidaklah setua itu."
Usia Jepun sebagai negara tua diikuti oleh Amerika Syarikat yang dianggarkan berusia 47.3 tahun dan Sweden berusia 45.8 tahun, manakala Itali berusia 44.6 tahun, kata tinjauan tersebut.
Ketika ditanya mengapa mereka menganggap usia Jepun begitu tua, kebanyakan responden berkata, mereka merasakan negara mereka telah hilang arah dan semangat dengan kejayaan kini hanya tinggal kenangan. REUTERS

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "