/

Gigi manusia berusia 400,000 tahun ditemui

Gamber 1 & 2 :: GOPHER (kiri) dan Ran Barkai memeriksa tapak penemuan gigi manusia di sebuah gua di tengah Israel, kelmarin.
GIGI manusia yang didakwa berusia 400,000 tahun yang ditemui di sebuah gua di tengah Israel.
 
Penemuan pakar arkeologi Israel ubah teori evolusi

BAITULMAQDIS
: Pakar arkeologi Israel semalam berkata, pihaknya menemui bukti bahawa manusia moden wujud lebih lama daripada yang dijangkakan sebelum ini, sekali gus mengucar kacirkan teori asal usul manusia.
 
Satu pasukan penyelidik dari Universiti Tel Aviv yang membuat kajian di dalam sebuah gua di tengah Israel menemui gigi berusia 4000,000 tahun yang menyerupai gigi manusia moden yang digelar oleh saintis Homo Sapien.
 
Bukti kewujudan terawal Homo Sapien sebelum ini berusia separuh daripada usia itu.

"Ia adalah penemuan yang menarik," kata pakar arkeologi Avi Gopher. Pasukannya memeriksa gigi itu dengan sinaran X dan pengimbas CT, seterusnya menganggar usianya berdasarkan lapisan tanah di mana gigi itu ditemui.

Beliau menjelaskan kajian seterusnya perlu dilaksanakan untuk mengukuhkan kesimpulan yang dibuat. Jika usia itu terbukti betul, beliau berkata: "Ia mengubah teori evolusi sekarang."

Teori sains yang diterima sekarang ialah manusia moden menetap di Afrika 700,000 tahun lalu. Sekumpulan manusia moden itu berpindah ke Eropah dan berkembang menjadi Neanderthal yang kemudian pupus, manakala sekumpulan lagi kekal di Afrika dan berkembang menjadi Homo Sapien.
Gopher berkata, jika gigi ditemui itu dibuktikan adalah daripada Homo Sapien ini bermakna manusia moden berasal dari Israel.

Sir Paul Mellars, seorang pakar kajian purba dari Universiti Cambridge, berkata kajian Israel itu boleh diyakini, tetapi gigi yang ditemui masih belum dibuktikan daripada seorang manusia moden.

"Ia mungkin dari Neanderthal," katanya.

Gopher berkata, pihaknya yakin dapat menemui tengkorak dan tulang manusia di dalam gua purba itu.

Gua Qesem itu ditemui pada 2000 dan kerja menggali bermula pada 2004. Gopher bersama rakan penyelidiknya, Ran Barkai dan Israel Hershkowitz menerbitkan kajian mereka itu di dalam American Journal of Physical Anthropology. – AP
Muhammad Ttuyup , Khamis, Disember 30, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog