Pengasas Facebook tokoh Time 2010
Zuckerberg, kini hanya berusia 26 tahun, adalah tokoh kedua paling muda untuk mendapat gelaran tahunan majalah Time.
Editor Pengurusan, Richard Stengel berkata, khidmat rangkaian sosial Zuckerberg "mengubah cara hidup kita setiap hari".
Tempat kedua dan ketiga pilihan Time adalah pergerakan konservatif Amerika Syarikat, Tea Party, yang memberi kesan besar dalam pilihan raya pertengahan penggal di AS, diikuti oleh Assange.
Assange, yang kini dalam tahanan di London atas tuduhan seksual di Sweden, berada di tengah kegemparan global berhubung kabel diplomatik rahsia AS yang didedahkan.
Pembaca majalah Time memberi banyak sokongan kepadanya untuk dinamakan sebagai 'tokoh tahun ini, diikuti Lady Gaga, penyanyi AS yang dikenali kerana pakaian keterlaluannya.
Namun Stengel berkata Facebook berjaya menjadi pengaruh global pada tahap yang tidak dijangkakan.
"Bagi menghubungkan lebih setengah bilion orang dan melakar perhubungan sosial di kalangan mereka, yang tidak pernah dilakukan sebelum ini; kerana mewujudkan satu sistem baru pertukaran maklumat yang tidak dapat ditandingi dan kadangkala menakutkan; dan akhirnya kerana mengubah bagaimana kita hidup dengan cara inovatif , malah optimistik, Mark Elliot Zuckerberg adalah Tokoh Time 2010," kata Stengel dalam satu kenyataan.
Dalam temuramah dengan stesen televisyen NBC, Stengel berkata, Zuckerberg "berasa rendah diri" dan "amat terharu" dengan anugerah itu.
Tidak seperti gambaran mengenai Zuckerberg dalam filem Hollywood, 'The Social Network', tokoh Facebook itu "adalah orang yang baik", kata Stengel.
"Beliau begitu cekap dan pantas." Namun, "apa yang ditunjukkan dalam filem, dia tidak suka ke depan dan malu."
Presiden Hamid Karzai dari Afghanistan dan sekumpulan pelombong Chile yang terselamat dalam timbunan runtuhan di bawah tanah adalah pemenang lain yang dipilih oleh Time.
Pada 1927, seorang juruterbang Amerika, Charles Lindbergh adalah tokoh majalah Time yang pertama terpilih, pada usia termuda iaitu 25 tahun.
Sementara itu di San Francisco, Zuckerberg diterima sebagai tokoh paling muda ke 'Hall of Fame' di California di mana muzium negeri berkenaan juga memberi penghormatan sama kepada penyanyi Barbra Streisand, pengeluar filem 'Titanic', James Cameron dan lain-lain.
Gabenor California yang akan menamatkan tempohnya, Arnold Schwarzenegger dan isterinya, Maria Shriver mewujudkan Hall of Fame itu, bagi tahun kelima sekarang dan memenuhinya dengan bintang Hollywood dan Lembah Silicon di samping tokoh lain yang berjaya di negeri berkenaan. – AFP/Reuters
+
Nenek 103 tahun pengguna paling tua Facebook
TENBY - Seorang nenek, Lillian Lowe yang berusia 103 tahun dipercayai menjadi pengguna Facebook tertua di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Lillian dari selatan Wales, Britain, Lowe membuka akaun di laman jaringan sosial berkenaan untuk berhubung dengan tujuh cucu dan 13 cicitnya.
Dia melayari Facebook dengan menggunakan komputer iPad milik seorang cucu lelakinya, Steve.
"Saya menyukainya, Facebook amat menarik. Ia cara yang menarik untuk berhubungan dan mendapat maklumat," kata nenek itu.
Menurut Steve, neneknya masih memiliki daya ingatan yang baik dan dia gemar mengambil tahu keadaan cucu dan cicitnya.
Dilahirkan pada tahun 1917, Lowe merampas gelaran pengguna Facebook tertua daripada Ivy Bean yang meninggal dunia semasa tidur pada usia 104 tahun, Julai lepas. - Agensi
+
Pengguna Facebook kini lebih kreatif
PARIS - Profil bercorak artistik mula muncul di laman jaringan sosial Facebook selepas sejumlah pengguna mendapati reka bentuk baru itu boleh digunakan untuk menghasilkan imej yang bergaya, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang artis Perancis, Alexandre Oudin dipercayai merupakan pengguna pertama Facebook yang memuat naik gambar mukanya supaya ia kelihatan berpecah-pecah dan bertampal-tampal di laman berkenaan.
Facebook menambah baik profilnya pada awal bulan ini dengan menawarkan paparan visual lebih menarik kepada pengguna dengan tumpuan diberikan pada gambar penggunanya dan rakan masing-masing serta imej muzik selain filem kegemaran mereka.
Hasil kerja kreatif Oudin itu seiring dengan peraturan Facebook yang tidak membenarkan laman web berkenaan digodam.
Pengguna yang mahu menggunakan reka bentuk kreatif itu cuma perlu mengubah susun atur gambar mereka di dinding Facebook. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "