2+4 hrs...Twogether Fourever

Rabu : 23 April 2025   
@ 25 Syawal 1446H / 5:49 AM

10Jumaat,Disember

Cucu pemimpin junta desak beli MU

Than Shwe tak setuju, takut rakyat marah

BANGKOK: Cucu kepada pemimpin junta Myanmar Jeneral Than Shwe, mahu ketua rejim tentera itu membuat bidaan AS$1 bilion (RM3.14 bilion) bagi membeli kelab bola sepak gergasi Britain, Manchester United (MU), kata satu kabel diplomat Amerika yang didedahkan laman web pembocor maklumat, WikiLeaks.
 
"Than Shwe yang juga peminat Red Devils yang tidak setuju sebaliknya menubuhkan liga bola sepak kebangsaan kerana takutkan langkah membeli kelab Inggeris itu akan menimbulkan kemarahan rakyat," lapor satu kabel dari Yangon ke Washington bertarikh Jun 2009.
 
"Satu sumber dipercayai menyatakan, cucu Than Shwe mahu pemimpin itu menawarkan AS$1 bilion untuk membeli MU," kata kabel yang didedahkan WikiLeaks.

"Than Shwe berpendapat, perbelanjaan sebesar itu boleh mendapat reaksi buruk, berikutan itu beliau memilih untuk menubuhkan liga bola sepak Burma sendiri," kata WikiLeaks yang menggunakan nama lama Myanmar.

Laporan menyatakan pada Januari 2009, rejim Than Shwe mengarahkan kroni dan ahli perniagaan negara itu menjadi pemilik pasukan profesional bola sepak tempatan dengan beberapa insentif termasuk pemberian konsesi lombong permata dan jed.

"Tidak dapat dipastikan sama ada wujud motif politik di belakang Liga Bola Sepak Kebangsaan Myanmar (MNL) walaupun ramai ahli perniagaan Burma membuat spekulasi bahawa rejim itu berbuat demikian untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah politik dan ekonomi," kata kabel itu.

Cucu Than Shwe sendiri adalah pemain bola sepak dengan pasukan Delta United kepunyaan ahli perniagaan Myanmar, Zaw Zaw, yang termasuk dalam senarai dikenakan sekatan oleh Amerika.

Zaw Zaw yang juga pengerusi Persekutuan Bola Sepak Myanmar disifatkan sebagai 'satu daripada kroni kelas pertengahan yang berusaha mendapatkan kelebihan hubungan dengan kerajaan bertujuan meluaskan perniagaannya'. – AFP
Adam Merah , Jumaat, Disember 10, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog