Bilik itu menempatkan pelayan komputer mengandungi ratusan ribu e-mel dan dokumen rahsia yang menggemparkan seluruh dunia.
Sebelum ini, laman WikiLeaks mendedahkan lebih 250,000 kabel diplomatik melibatkan Amerika Syarikat (AS) yang mengandungi maklumat sulit.
Bilik bawah tanah itu merupakan bekas bilik bawah tanah nuklear sewaktu Perang Dingin. Ia yang dibuka semula pada tahun 2008 menampilkan rekaan futuristik oleh seorang arkitek Sweden, Albert France-Lanord yang mendapat ilham daripada set filem James Bond ciptaan Sir Kenneth Adams.
Ruang yang luas itu digali di bahagian bawah Taman Vita Berg di Stockholm. Bilik itu dilengkapi dengan sebuah bilik persidangan, koridor kaca dan perabot-perabot mahal.
Pokok-pokok juga dapat hidup kerana terdapat cahaya matahari selain wujudnya air tejun buatan. Enjin kapal selam Jerman, U-Boat, digunakan sebagai janakuasa kecemasan.
Assange memilih Sweden kerana undang-undang negara itu melindungi kumpulan yang memperjuangkan kebebasan bersuara. Di bawah undang-undang Sweden, WikiLeaks dan pihak yang membocorkan maklumat sulit tidak boleh didakwa.
Laman WikLeaks dibiaya menerusi sumbangan orang awam.
Assange kini ditahan di Britain selepas polis menangkapnya dengan menggunakan waran tangkap polis Sweden atas dakwaan merogol dan mencabul dua wanita. Agensi
+
Perang penggodam WikiLeaks
LONDON - Perang penggodam antara kumpulan pro-WikiLeaks dengan anti-WikiLeaks semakin meluas dengan mangsa terbaru melibatkan sebuah akhbar di Lebanon semalam.
Sebelum ini, laman MasterCard dan Visa digodam oleh kumpulan pro-WikiLeaks.
Kumpulan itu menyokong pengasas laman WikiLeaks yang membocorkan lebih 250,000 kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS) di Internet. Julian Assange kini ditahan di Britain atas dakwaan merogol dan mencabul dua wanita di Sweden.
"Kami berasa gembira untuk memberitahu anda bahawa http://www.mastercard.com/ kini tidak berfungsi dan ia disahkan," kata satu mesej di laman Twitter yang dihantar sebuh kumpulan dikenali sebagai AnonOps.
Kumpulan itu menentang sekatan dan tapisan maklumat.
Laman Visa tidak berfungsi pada Isnin lalu di AS dan kumpulan yang sama bertanggungjawan melakukan penggodaman itu.
Bagaimanapun, urusan penggunaan kedua-dua kad itu tidak terjejas.
Sumber-sumber memberitahu agensi berita Reuters bahawa WikiLeaks akan mendedahkan laporan mengenai suspek militan yang ditahan di penjara Teluk Guantanamo.
Sementara itu, pihak berkuasa pendakwa raya Sweden yang mengeluarkan waran tangkap Assange menyatakan pihaknya telah membuat aduan kepada polis berhubung serangan siber.
Sementara itu, laman web akhbar Al-Akhbar semalam turut digodam selepas ia menyiarkan maklumat rahsia kabel diplomatik AS yang dibocorkan WikiLeaks.
Akhbar itu mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan Hezbollah.
Seorang editor akhbar itu, Omar Nashabe berkata, serangan itu adalah yang paling serius sejak akhbar tersebut diwujudkan pada 2006. - Agensi
+
Penyokong WikiLeaks serang MasterCard
LONDON - Penggodam melancarkan serangan besar-besaran ke atas MasterCard, Visa, pendakwa raya Sweeden, Bank Swiss, ahli politik Amerika Syarikat (AS), Sarah Palin dan lain-lain yang menentang WikiLeaks dan pengasasnya, Julian Assange, kelmarin.
Penggodam Internet yang beroperasi di bawah nama 'Operasi Balas Dendam', mengaku bertanggungjawab menyebabkan masalah teknologi teruk pada laman sesawang MasterCard, selepas syarikat itu memutuskan hubungan mereka dengan WikiLeaks, Selasa lalu.
Serangan laman sesawang itu adalah sebahagian daripada gelombang untuk menyokong WikiLeaks yang semakin berleluasa dalam ruangan Internet.
'Operasi Balas Dendam' turut mengalami beberapa masalah dalaman apabila kebanyakan laman sesawangnya tidak berfungsi dan dalang di sebalik kejadian itu masih belum dikenal pasti, kelmarin.
MasterCard adalah rangkaian di bawah syarikat Internet AS, termasuk Visa, Amazon.com, PayPal Inc. dan EveryDNS memutuskan hubungan dengan WikiLeaks, beberapa hari lalu.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Berkerjasama dengan Adam Merah (end 2009)

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "