Jumaat : 18 April 2025   
@ 20 Syawal 1446H / 4:39 AM

9Selasa,November

Semua Projek Pembangunan Di Tempat Suci Berjaya - Gabenor Mekah

MEKAH, 7 Nov - Gabenor Mekah, Putera Khaled Al-Faisal, berkata semua projek besar yang dilaksanakan tahun ini di tanah suci itu telah mencapai kejayaan besar bagi memberi manfaat kepada rakyat dan golongan ekspatriat.

Katanya antara projek penting adalah pengenalan perkhidmatan tren baru, pembinaan Jambatan Jamarat, projek saliran air hujan dan banjir serta projek perkhidmatan ambulans udara oleh Pihak Berkuasa Bulan Sabit Merah.

Akhbar 'The Saudi Gazette' hari ini memetik beliau sebagai berkata demikian selepas melakukan tinjauan terhadap semua projek tersebut.

Putera Khalid berkata banyak projek telah dilaksanakan di Mekah bagi menangani masalah hujan dan banjir serta persediaan telah dibuat bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

Menurutnya terdapat sistem penyelarasan antara perkhidmatan tren dan pengangkutan ulang-alik bagi memudahkan pergerakan jemaah haji antara tempat-tempat suci pada musim haji tahun ini.

Walaupun perkhidmatan tren baru itu beroperasi pada kapasiti 30 peratus sahaja namum ia memberi kesan besar kepada sistem pengangkutan bagi jemaah haji, katanya, yang juga pengerusi Suruhanjaya Tinggi Bagi Pemantauan Pengangkutan Jemaah Haji.

Semasa tinjauan itu, Putera Khaled menaiki tren di Stesen No.1 di Arafat sehingga ke Stesen Jamarat di Mina.

Sejumlah 780,000 jemaah dijangka menggunakan sistem tren tersebut.

Kira-kira 44,000 jemaah haji akan menaiki bas setiap jam dan masa perjalanan antara Arafat dan Muzdalifa akan dipendekkan dari lima jam kepada 20 minit sahaja, katanya.

Dalam pada itu, jemaah haji akan menikmati akses internet tanpa wayar secara percuma di kawasan tempat suci apabila syarikat Mobily menyediakan perkhidmatan WiFi percuma kepada semua pelanggan telekom. - Bernama
 
+
 

Metro Makkah mula beroperasi 15 November

RIYADH: Al Mashaaer Al Muqadassah atau Metro Makkah diiktiraf sebagai satu daripada projek pengangkutan hebat dan paling berjaya dalam pemerintahan Raja Abdullah bin Abdul Aziz.

Setiausaha Rendah Kementerian Bandar dan Luar Bandar, Dr Habin Bin Mustafa Zain Al Abdeen berkata, pengangkutan Metro Makkah akan mengurangkan 30,000 kenderaan di jalan raya yang digunakan jemaah untuk berulang-alik dari Makkah ke tempat suci yang lain.

Jurucakap kementerian terbabit berkata, Metro Makkah akan beroperasi pada 15 hingga 19 November tetapi hanya 35 peratus daripada sistem pengangkutan itu akan digunakan. Projek itu dijangka dapat beroperasi sepenuhnya tahun hadapan.

Metro Makkah mempunyai 20 tren tetapi hanya 10 saja yang akan beroperasi pada musim haji ini. Setiap tren mampu membawa 3,000 penumpang dalam 12 gerabak. Setiap gerabak pula memuatkan 250 penumpang.

Pengangkutan itu yang beroperasi dari Arafah ke Muzdalifah dan Mina mampu membawa 72,000 jemaah dalam setiap perjalanan. Sebelum ini, jemaah terpaksa menempuh perjalanan menaiki kenderaan selama berjam-jam ataupun berjalan kaki untuk ke tempat suci. - Agensi

'Api' Harjan Milosevic , Selasa, November 09, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog