SHAH ALAM: Sikap pemilik yang gemar mengubahsuai kenderaan dilihat menjadi faktor utama peningkatan kes kenderaan terbakar apabila terbabit dalam kemalangan sehingga meragut nyawa, kebelakangan ini.
Tambah membimbangkan faktor kos yang lebih murah, menyebabkan kebanyakan pemilik kenderaan gemar mendapatkan khidmat mekanik tidak bertauliah setiap kali melakukan pengubahsuaian kenderaan.
Pengurus Besar Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON), Azman Idris berkata, pengubahsuaian tanpa mengikut piawaian pengeluar kenderaan boleh menyebabkan berlaku litar pintas dan kebakaran.
"Setiap kenderaan yang dikeluarkan sesebuah pengeluar perlu menjalani pelbagai ujian, antaranya ujian kemalangan dan sekiranya gagal, lesen tidak akan diperoleh. Kenderaan diuji dalam keadaan yang ekstrem dan menepati spesifikasi antarabangsa.
"Malah, semua komponen kenderaan juga diuji secara maksimum menggunakan suhu tertentu bagi memastikan ia tidak mudah terbakar.
"Oleh itu, setiap pengubahsuaian perlu mendapatkan kelulusan pengeluar, namun masalahnya banyak kenderaan yang diubah suai tidak mengikut piawaian," katanya, semalam.
Menurutnya, bagaimanapun kebanyakan pemilik kenderaan cenderung menyalahkan syarikat pengeluar kenderaan setiap kali berlaku kebakaran kenderaan mereka.
Katanya, kebakaran boleh berlaku apabila terdapat udara, api dan bahan bakar yang mana ia kerap berlaku ketika kemalangan yang mana enjin kenderaan yang panas remuk memungkinkan berlaku kebocoran saluran minyak dan percikan api.
"Pendawaian dilakukan syarikat pengeluar dikawal oleh sistem fius bagi mengawal pengaliran elektrik. Namun, pemilik kenderaan khususnya yang gemar mengubah suai aksesori termasuk sistem bunyi akan menggunakan khidmat mekanik yang tidak bertauliah.
"Mekanik ini akan mengambil bekalan elektrik daripada pendawaian asal dengan membuat penyambungan yang tidak kemas.
"Secara tidak langsung tindakan itu akan menjejaskan sistem pendawaian asal sehingga boleh menyebabkan litar pintas dan akhirnya berlaku kebakaran," katanya.
Menurutnya, penyambungan pendawaian tanpa mengikut piawaian juga boleh mengakibatkan kenderaan terbakar.
Katanya, kealpaan pemilik kenderaan mengenai keselamatan mereka menyebabkan lebih ramai mekanik tidak bertauliah mengambil kesempatan.
Oleh Yusmawati Mhd Yusof

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "