/

Putera Jefri belanja RM192 juta kes saman

Peguam defendan tuduh kerabat diraja Brunei guna taktik kotor

NEW YORK: Adik Sultan Brunei, Putera Jefri, menghabiskan AS$60 juta (RM192 juta) untuk menyaman dua bekas penasihat guamannya meskipun kos kes itu dianggarkan hanya AS$7 juta (RM22.4 juta), menurut dokumen mahkamah.
 
Peguam bela defendan warga Britain dalam kes berkenaan menuduh Jefri menggunakan taktik kotor dan sanggup berbelanja besar bagi mengehadkan butir sensasi peribadinya didedahkan kepada umum, lapor akhbar di sini, semalam.
 
"Plaintif menghabiskan lebih AS$60 juta untuk kes yang sebenarnya tidak memerlukan kos besar," kata peguam bela itu, Mark Cymrot dalam dokumen untuk Mahkamah Agung Manhattan.

Defendan kes ialah peguam Britain, Thomas Derbyshire dan isterinya, Faith Zaman. Pasangan itu menuduh Jefri menghina proses keadilan dalam usaha menghalang pendedahan gaya hidupnya yang disifatkan luar biasa.

"Juri perlu tahu bahawa tertuduh menggelar plaintif sebagai seorang penipu meskipun seorang anggota keluarga diraja," kata Cymrot yang mewakili Zaman, lapor New York Daily News.

Minggu lalu, peguam pendakwa mengkritik Cymrot selepas akhbar itu menyiarkan gambar patung seks yang pernah diletak di kediaman Jefri di Long Island. Jefri menuduh Zaman menyuruh seorang kakitangan kediaman berkenaan mengambil gambar berkenaan bagi memalukan adik Sultan Brunei itu.

Tetapi, defendan membalas dengan berkata, gambar itu diambil atas arahan tunang Jefri, Micha Raines yang menjadi sumber inspirasi ciptaan patung berkenaan.

"Gambar itu diambil kerana Raines dan Jefri menimbang untuk menjual patung itu," menurut Cymrot. Patung itu berharga AS$1 juta (RM3.2 juta) dan dirancang untuk diletak di setiap penjuru kolam mandi kediaman terbabit.

Mahkamah mengarahkan butir-butir kes saman mengenai jualan hartanah berkenaan tidak disiarkan mana-mana pihak.

Jefri menuduh defendan menjual kediaman itu pada harga di bawah paras pasaran. Pemilihan juri kes bermula awal semalam, lapor akhbar. – Agensi
Adam Merah , Khamis, November 11, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog