A380 Qantas mendarat cemas
SINGAPURA 4 Nov. Sebuah pesawat Airbus A380, milik Qantas Airways melakukan pendaratan cemas di republik ini hari ini selepas mengalami kerosakan enjin semasa berada di ruang udara Indonesia, dalam insiden kecemasan pertama penerbangan melibatkan pesawat superjumbo itu.
Pesawat dua tingkat yang berlepas dari Singapura menuju ke Sydney dengan membawa 433 penumpang itu terpaksa membuang bahan bakar di ruang udara Indonesia, sebelum berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di sini dan badannya mengeluarkan asap.
Enam kereta bomba menyemburkan cecair pada pesawat A380 itu sebaik-baik sahaja ia mendarat pada pukul 11.45 pagi.
Pesawat itu kelihatan kehilangan penutup sebuah enjin di sayap kiri dan bahagian tersebut nampak hitam, menurut seorang wartawan.
Serpihan pesawat, termasuk apa yang kelihatan seperti sebahagian ekor jet Qantas ditemui di pekan Batam, Indonesia selepas bunyi letupan di udara dilaporkan kedengaran di bumi.
"Saya tidak melihat pesawat terhempas tetapi mendengar satu bunyi letupan kuat di udara. Serpihan-serpihan logam berguguran dari udara di sebuah kawasan perindustrian di Batam," kata seorang saksi, Noor Kanwa.
Seorang jurucakap Qantas Airways di Australia berkata, pesawat itu membawa 433 penumpang dan 26 krew dan semuanya selamat tanpa sebarang kecederaan.
Qantas yang tidak pernah mengalami nahas maut dalam sejarahnya selama 90 tahun berkata, tidak ada pesawatnya terhempas di Indonesia tetapi semua penerbangan Airbus A380 miliknya digantung buat sementara waktu berikutan insiden tersebut.
Penerbangan komersial pertama Airbus A380, milik Singapore Airlines adalah mengikut laluan Singapura-Sydney yang sama pada Oktober 2007.
Sejak itu, masalah bahan bakar dan komputer menyebabkan perkhidmatan beberapa Airbus A380 iaitu pesawat penumpang terbesar di dunia, digantung. AFP
+
Enjin pesawat Qantas bocor
SYDNEY: Beberapa ujian mendapati beberapa enjin buatan Rolls-Royce pesawat Airbus A380 Qantas bocor ketika juruteranya sedang mencari punca kegagalan enjin pada sebuah jet superjumbo itu, minggu lalu, kata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Alan Joyce.
Pesawat penerbangan rasmi Australia itu memberhentikan operasi pesawat terbaru dan terbesar dunia itu selepas satu enjin pesawatnya meletup beberapa minit selepas berlepas dalam penerbangan dari Singapura ke Sydney dan serpihannya jatuh ke Pulau Batam, Indonesia.
Pesawat itu selamat mendarat di Singapura. Jurutera Qantas melakukan pemeriksaan lapan jam terhadap setiap enjin jet berkenaan hujung minggu lalu. Berikutan itu, mereka menemui kebocoran minyak di ruang turbin tiga enjin pesawat berkenaan.
"Kebocoran itu melepasi tahap normal. Jadi, Roll-Royce dan jurutera kami meneliti keadaan bagi menentukan tahap keselamatan dicapai.
"Semua enjin itu adalah baru, termasuk pesawat. Enjin itu tidak berfungsi mengikut jangkaan biasa," katanya lagi. AP
+
Minyak enjin pesawat gergasi bocor
SYDNEY - Syarikat penerbangan Qantas Airways melanjutkan tempoh penggantungan pesawat gergasi dua tingkat Airbus A380 selama tiga hari lagi bermula semalam.
Penggantungan itu dibuat selepas minyak didapati bocor pada beberapa enjin pesawat itu sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai tahap keselamatan pesawat berkenaan.
Pada minggu lalu, pesawat itu melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura selepas salah satu daripada empat enjinnya meletup di udara.
Serpihan-serpihan bingkai sebuah enjin pada sayap pesawat itu bertaburan di bandar Batam dekat dengan Singapura sebelum pesawat itu mendarat cemas.
Namun dalam kejadian itu, tiada seorang pun daripada 459 orang yang menaiki pesawat tersebut mengalami kecederaan.
Walaupun Qantas mengumumkan penggantungan itu, syarikat penerbangan Singapore Airlines menyatakan, ia telah melakukan pemeriksaan terhadap semua 11 pesawat A380 dan mendapati tidak ada sebarang masalah ditemui.
Pesawat itu menggunakan enjin Rolls-Royce Trent 900.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Qantas Airways, Alan Joyce berkata, ujian yang dilakukan terhadap enjin itu mendapati terdapat sesuatu tidak kena pada enjin tersebut di tiga buah pesawatnya.
Sebelum ini syarikat itu mempunyai rekod yang cemerlang dalam penerbangan kerana ia tidak pernah terhempas dalam tempoh 90 tahun.
Syarikat Qantas mempunyai enam buah pesawat Airbus A380.
Menurut Joyce, syarikat Qantas tidak akan terbang selagi pihak pengurusan syarikat penerbangan itu yakin 100 peratus bahawa ia selamat digunakan. - AFP
+
Roll Royce akui enjinnya punca A380 Qantas mendarat cemas
LONDON 9 Nov. - Insiden pesawat Airbus A380 milik Qantas Airways yang melakukan pendaratan cemas penuh dramatik di Singapura minggu lalu secara "spesifik" disebabkan oleh enjin Trent 900 Rolls Royce, kata pengeluar enjin pesawat udara British itu, semalam.
Rolls Royce dalam satu kenyataan di sini berkata, keputusan siasatan, semakan bersiri dan pemeriksaan telah bersetuju dengan Airbus, pembuat kapal terbang gergasi dan dengan pihak berkuasa penerbangan.
"Rolls Royce telah memahami punca kerosakan enjin pada Trent 900 yang digunakan oleh pesawat A380 Qantas penerbangan Q32 pada 4 November. Kini jelas insiden itu spesifik kepada enjin Trent 900," kata kenyataan itu.
Syarikat itu juga menegaskan bahawa ini adalah kegagalan pertama bagi satu enjin sivil terbesarnya sejak 1994.
"Kami bekerjasama secara erat dengan Airbus, para pelanggan kami dan pihak berkuasa serta sentiasa menitikberatkan keselamatan sebagai prioriti utama kami," kata kenyataan itu. - DPA
Rabu, November 10, 2010
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
,
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5
Anda sedang membaca artikel tentang Pendaratan Kecemasan Airbus A380 :: 8 g@F silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "