Jumaat : 25 April 2025   
@ 27 Syawal 1446H / 4:22 AM

11Khamis,November

Pendapatan pengamal perubatan am merosot

MMA bimbang profesion pupus akibat saingan

KUALA LUMPUR:
Pengamal perubatan am yang pernah dianggap golongan profesional berpendapatan tinggi di negara ini kini merosot pendapatan berikutan jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik mereka semakin berkurangan, demikian menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
 
Rencana pengarang terbaru buletin terbitan persatuan itu berkata, aliran itu membimbangkan kerana profesion berkenaan mungkin pupus pada satu masa nanti hingga pesakit sukar mendapat rawatan.
 
Rencana pengarang itu berkata, pengamal perubatan am di Malaysia adalah amalan pilihan yang laris dan banyak doktor meninggalkan perkhidmatan kerajaan untuk menyertai sektor swasta sebaik saja perkhidmatan wajib mereka selesai.

"Seorang pengamal perubatan am terkenal di Lembah Klang boleh melihat lebih daripada 150 pesakit sehari ketika waktu yang baik tetapi sekarang ia menurun kepada 20 orang.

"Walaupun kerajaan berusaha menyelamatkan keadaan dengan menyediakan banyak rancangan rawatan utama melalui klinik 1Malaysia dan 1Jagaan, kita bimbang amalan pengamal perubatan am ini tidak mendapat peluang dalam sistem baru ini
," kata rencana pengarang itu.

Oleh itu, katanya pesakit yang mampu membayar rawatan kesihatan perlu mempunyai akses ke pusat rawatan kesihatan swasta pada kos berpatutan.

Satu lagi aliran membimbangkan yang dikesan MMA ialah hospital swasta juga mengalami nasib sama dalam soal mendapatkan pembayaran balik berikutan kos rawatan kesihatan semakin meningkat ketika ini.

"Premium insurans mungkin dinaikkan pada masa depan menjadikan pesakit tidak berkemampuan dan dengan ini hospital kekurangan pelanggan.

"Keadaan ini memberi tekanan ke atas hospital kerajaan yang sudahpun mencapai hadnya
," katanya.

Sehubungan itu, MMA meminta kerajaan menyelesaikan isu kewangan penjagaan kesihatan dengan segera agar orang ramai mendapat akses dengan sistem jagaan kesihatan tanpa mengira ia adalah swasta atau awam. – BERNAMA
Muhammad Ttuyup , Khamis, November 11, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog