MATANYA dibuka. Cahaya yang agak terang menyilaukan mata. Farisya bagun lalu duduk di atas katil. Tangannya didepangkan. Dipusingkan badannya. Segar rasanya. Dah berapa lama agaknya aku tidur yer. Lama kot. Suara azan yang kedengaran dari masjid berdekatan membolehkannya mengagak waktu sebenar.
Almari kayu tiga pintu itu dibuka. Tuala lebar tebal dikeluarkan. Terasa lekit seluruh badan dibasahi peluh. Tidak selesa untuk ke mana-mana. Langkah kakinya di halakan ke bilik mandi. Air yang menderu bagaikan air hujan itu membawa kesegaran pada badannya.
Tuala itu kini membaluti rambutnya. Farisya turun ke bawah setelah mengenakan t'shirt putih dan kain batik yang diambil dari almari. Dengkuran yang agak kuat bergema memenuhi ruang tamu.
Lena sungguh Syamsul tidur. Farisya tersenyum, dengki best jugak ni.
"Syam... Syam... bangun Syam... dah pukul sembilan dah." Badan yang sedang berbaring di atas sofa digoyangkan. Semakin lama semakin kuat.
Syamsul membuka mata, jam tangannya direnung. Hah, pukul sembilan, dah lambat ni.
"Sya, nape tak kejutkan awal-awal." Kalut, berlari untuk mendaki tangga.
Telatah Syamsul membuatkan Farisya tergelak. Mulutnya ditekup. Syamsul yang mendengar
tawanya menjadi hairan. "Memang la dah pukul sembilan. Bukan sembilan pagi, sembilan malam."Suasana luar jendela dijengah. Memang benar, terlalu gelap untuk menyatakan jam sembilan pagi.
Syamsul menyertai tawa Farisya. "Sya ni... tak abis-abis nak usik Syam."
"Ala, dah dua hari kat rumah sorang-sorang, Syam asyik meeting aje. Bosan tau." Farisya menghampiri Syamsul. Tangannya mengusap perut sambil matanya dikecilkan.
"Syam, lapar la."
"Awat tak masak, kat dalam peti ais tu banyak barang." Tangannya menuding ke arah dapur.
Farisya membuat muka sedih. "Malas la nak masak. Makan kat kedai fasa satu tu la."
"Jee Seafood?" Farisya mengangguk, masih lagi bermuka sedih. Memancing simpati Syamsul.
"Ok la. Cepat siap."
Mukanya terus berubah, ceria. "Sya dah ready dah."
"Ada ke ready nak keluar cam ni? Ni macam ready nak ke bilik aje..." Syamsul mengerling ke arah
Farisya yang masih berkain batik. Matanya menyorot dari bawah ke atas, nakal.Spontan tangan Farisya mengepit hidung Syamsul. "Nakal tau Syam ni. Tak puas-puas lagi ke?"
"Bersama Sya, seumur hidup Syam pun tak puas."
--ooOoo-
TINA bermenung sendirian. Kemunculan ibu bapa Fathiah secara tiba-tiba membuatkan dirinya sedikit terkejut. Dia tidak menyangka kewujudan mereka. Fikri dan Mak Limah tidak pernah memberitakan tentang mereka. Apa yang pernah sampai ke telinga, hanya Fathiah.
Tahulah dia bahawa Fathiah bukan saja memiliki wajah yang cantik serta peribadi yang molek. Malah keluarganya memiliki harta yang bukan sedikit. Dia juga tahu anak tunggal itu sepatutnya mewarisi perniagaan keluarga. Namun takdir menentukan pemergiannya.
Pandangannya dilepaskan ke arah negara pulau di seberang tambak. Bayu yang bertiup dari Selat Tebrau menyapa pipi. Satu pancaran seumpama kilat memancar memeranjatkan Tina. Dipalingkan ke arah punca cahaya tersebut.
Terkedu Tina melihat kemunculan pemuda berkulit sawo matang. Hampir menangis, gembira.
Pemuda itu menghampirinya. Lantaran terlampau rindu, dia tidak berupaya mengawal mindanya. Lantas dia memeluk lelaki yang berada betul-betul di hadapannya. Segalanya berlaku secara spontan.
"Eh, kenapa ni?" Bibir lelaki itu masih lagi mengukir senyuman. Sengaja dia berlakon tidak mengenali Tina. Perlahan lengannya meleraikan pelukan Tina.
Tina agak terkejut dengan perlakuan pemuda itu. Mula wujud perasaan was-was di hatinya. "Shah? Shahrul kan?"
Senyuman kian memekar di bibir pemuda itu. Ternyata dia masih mengenali, tak salah lagi, inilah Tina, pujaan hatiku. "Tina masih kenal Shah lagi?"
"Mana mungkin lupa. Bila orang kata Shah tak dapat dijumpai, Tina terus balik Malaysia." Shahrul
menyeka air mata yang membasahi pipi Tina. Walaupun sedikit, ianya mencacatkan kejelitaan wajah ayu putih bersih itu."Tina ingatkan Shah dah takde. Ataupun Shah dah berpengganti."
"Takpelah, sekarang ni kan Shah masih lagi sihat. Dan... setia pada yang satu."
"Boleh percaya ke ni? Mana ada lelaki yang setia dan jujur kat dunia ni."
"Terpulang. Entah-entah dia yang tak setia, dah ada yang lain. Sampai tak ingat kat kita lagi."
Frasa yang dituturkan Shahrul membuatkan jantung Tina seolah-olah berhenti berdegup. Dia hampir terlupa bahawa dia kini bergelar isteri. Mungkinkah Shahrul sudah tahu segalanya. Atau mungkin Shahrul hanya serkap jarang. Macamana ni? Nak beritahu ke?
"Tina." Shahrul mengayangkan tangan di hadapan Tina. Membuatkan Tina bagaikan terjaga dari lena.
"Kenapa? Ada masalah?"
"Takde apa-apa." Tina menggelengkan kepala. Sebolehnya dia mengharapkan Shahrul yakin dengan jawapannya.
"So, buat apa kat Johor ni?"
"Saje. Jalan-jalan. Cuti panjang, tak tau nak ke mana, tu yang pergi Johor ni."
Shahrul melirik ke arah Tina. Tina membalasnya, manja. Sudahnya mereka berjalan berpimpinan tangan menyusuri pesisir pantai di hadapan Hospital Sultanah Aminah. Shahrul masih lagi yang dulu. Tidak sunyi dengan cerita dan jenaka. Tina tersenyum juga tersengih apabila jenaka yang disampaikan cukup memuaskan.
--ooOoo-
DELL Latitude di atas meja kopi dibuka perlahan. Ditekan suis yang berada di bawah skrin. Sekejap saja sudah terpapar wajah ceria wanita berselendang yang menjadi wallpaper. Farisya tersenyum, gelihati melihat wajahnya terpapar besar di skrin tersebut.
Cursor digerakkan, matanya meniti setiap icon yang berada di desktop. Mencari manalah tahu ada bahan yang boleh dijadikan bukti. Dia tersengih, bukti? Hatinya tergelak. Melampau sungguh minda mencipta ilusi. Icon bernama 'Comelnya' menggamit penglihatan. Pantas saja jarinya mengetik icon tersebut bagi memastikan isi tersimpan.
Wajah comel seorang kanak-kanak perempuan menjadi tamu mata. Mulut kecil petah menyanyikan lagu dendangan Anuar Zain. Segala gerak-gerinya tidak ubah seperti penyanyi bujang di dalam klip video. Terhibur Farisya dibuatnya. Menakjubkan, anak kecil itu menghafal hampir keseluruhan lirik Sesucinya Cintamu.
Syamsul menghampiri lalu duduk disebelah Farisya. Turut serta menonton klip video Sesucinya Cintamu yang terbaru. Walaupun sudah berkali meononton, dia tetap tak jemu. Terasa seolah-olah anak kecil itu hidup disampingnya. Ada bersamanya setiap waktu, seolah anak itu adalah anak sendiri.
Farisya berpaling ke arah Syamsul. Senyuman masih lagi mekar, terhibur. "Comel kan Syam. Anak sape ni?"
"Bukan ke tu anak kita?" Syamsul mula berangan. Berusaha menyeret Farisya turut serta.
"Iye la tu, bila pulak buat? Dah besar cam ni."
"Lupa la tu."
Farisya mengekek kecil. "Iye lah cik abang. Teringin sangat nak anak la tu. Cakap la, anak siapa ni?"
"Entah, dapat pun dari email, member bagi." Syamsul menjeling ke arah Farisya. Memandang dengan makna. Tanpa segan, tangannya mengusap perut Farisya.
"Hai anak papa, sihat ke?"
Tangan yang sedang bermesra dengan perutnya ditepis. Lidahnya dijelirkan. "Takde sape la kat dalam ni."
Farisya mengusap perut, lembut. Matanya diarahkan pada muka Syamsul.
"Tak de ke? Syam dah tak sabar nak jadi papa."
"Papa?" Farisya seolah-olah cuba sedang memuntahkan sesuatu. Geli mendengarnya.
"Hah tu, ada can la tu kan?"
Farisya terus menjelirkan lidah dan berlari mendaki anak tangga. Syamsul hanya memerhatikannya dengan senyuman. Dia bangkit menuju dapur. Mendapatkan susu kacang soya yang tersimpan di dalam peti sejuk. Perlahan dia meneguk minuman tersebut. Tersenyum kembali apabila teringatkan peristiwa tadi. Farisya masih lagi bersifat keanakkan, dan sifat itu menarik hati Syamsul untuk merapati.
--ooOoo-
PINTU pagar dibuka perlahan, bimbang didengari Mak Limah. Dengan manja Tina melambai ke arah Shahrul. Lambaiannya berbalas dan Proton Putra hitam itu meluncur perlahan seterusnya menghilang dari pandangan. Perlahan langkahannya menuju pintu rumah.
Dengan berhati-hati pintu kayu itu dikatup. Terjengket-jengket menuju anak tangga. Dia yakin Mak Limah sedang lena tidur bersama Sofea. jadi dia berusaha untuk menjaga lena orang tua itu supaya tiada siapa yang akan mempersoalkan perbuatannya.
"Dari mana kau Tina?" Terkejut Tina dibuatnya. Sergahan itu mematikan langkah Tina.
"Jumpa kawan tadi mak." Muncul Mak Limah dari dapur.
"Kau asyik keluar malam aje. Tu lelaki mana pulak usung kau?"
"Mak ni ada-ada aje lah. Tina penat ni."
"Ingat Tina, kau ni isteri orang."
"Ala... Mak ni, tau la Tina jaga diri." Tina membentak lalu mendaki anak tangga. Meninggalkan Mak Limah bersama kesal di hati. Perubahan Tina yang mendadak telah meragut semua kebahagiaan dan keceriaan Sofea.
Sofea semakin murung dan menjadi kanak-kanak pendiam. Tiada lagi tawa mesra dan rengekan manja bila bersama Tina. Kadangkala anak kecil itu berusaha untuk tidak bersemuka dengan mama. Baginya mama bukan lagi mama yang dulu. Kini mama semakin bengis dan mudah marah ada saja tingkah lakunya yang tidak kena di mata mama.
--ooOoo-
" SYAM boleh hantar Sya sampai Masai aje tau." Enjin Perodua MyVi mula dihidupkan. Membiarkannya berderum beberapa ketika sebelum memulakan perjalanan.
"Tu pun da cukup bagus. Sya malas nak drive ke Johor sorang-sorang."
"Kenapa ambik cuti sekejap sangat. Tak puas Syam."
"Hai... Seminggu cuti pun sekejap ke? Sya pun tak tau macamana lagi nak puaskan Syam."
"Kahwin dengan Syam, gerenti Syam puas hati."
Muka Farisya berubah. Bibir yang mengukir senyuman kini masam. Tiada lagi raut girang pada wajahnya. Dia mendiamkan diri. Malas untuk bertikam lidah dengan Syamsul.
Syamsul menyedari perubahan itu. Dia tahu tak sepatutnya topik itu diutarakan. Berkali-kali dia menampar mulut sendiri. Jahat mulut ni tau, hish, satu hal pulak, macamana nak memujuk.
"Sorry Sya. Syam tau Sya tak suka. Syam terlalu excited nak bernikah dengan Sya sebab tu terkeluar pasal tu."
Farisya mengukir senyuman. Dia tahu tak seharusnya bertindak sedemikian setiap kali Syam membuka topik berkenaan. Dia tahu Syam mengasihinya dengan jujur. Dia tahu Syam sudah lama menaruh hati padanya. Cuma dia saja yang degil menidakkan semua itu.
"Shhh... Dah, dah. Jangan cerita pasal tu lagi la yer. Please... Sya rayu sangat. Kalau ada jodoh kita adalah..."
Kepalanya dianggukkan. Pandangannya beralih ke hadapan. Syamsul memandu dengan berhati-hati menyusuri jalan raya yang agak lengang. Membiarkan suasana sunyi menyelubungi. Sekali-sekala matanya mengerling ke arah Farisya, sedang enak melayan minda.
--ooOoo-
NGONGOIAN yang tidak berhenti setelah begitu lama membuatkan hatinya tak senang. Dengan kudrat tuanya dia melangkah ke arah punca suara tangisan itu. Mak Limah menggelengkan kepalanya. Dengan senyuman dia merapati anak gadis itu. Badan yang meniarap di atas sofa itu direngkuh. Membiarkan kain batiknya dibasahi air mata.
Sofea bangun dari pangkuan nenek. Memandang wajah tua nenek. Dia tahu orang tua itu tahu apa di hatinya.
"Nek, bila papa nak balik? Takde siapa nak bawak Sofie pergi taman. Mama pun dah mula sibuk sekarang ni."
Mak Limah mengusap lembut rambut Sofea. "Sabarlah sayang. Tak lama lagi papa balik."
Termenung gadis cilik itu. Pandangannya dilepaskan ke luar jendela. Dia memang tidak menyangka sesingkat itu kasih mama terhadapnya. Mungkinkah ada salah yang dilakukan? Sofea tidak dapat menjawab soalan itu. Mungkin juga mama sudah membenci, Sofea bukan anak mama.
Bunyi pintu terkuak membuatkan khayalan mindanya berterabur. Muncul wajah mama bersama senyuman. Sofea cuba untuk melarikan diri, bimbang dirinya akan dikasari. Jari mama kemas menggenggam lengan menghalangnya untuk pergi.
"Sofie, maafkan mama sayang. Mama ade kerja." Sedaya upaya Tina cuba memujuk anak gadis itu.
"Mama janji, mama takkan buat lagi."
Sofea masih lagi menyepi. Membantah tidak seronok pun tidak. Dengan muka bersahaja dia cuba meluahkan rasa tidak puas hati.
"Ok, kita pi shopping. Mama belikan teddy bear untuk Sofie. Mama belikan yang besar-besar." Tina cuba memancing keceriaan Sofea.
Ternyata usahanya berjaya. Sofea kembali tersenyum. Tina memandang ke arah Mak Limah. "Mak, siaplah cepat. Kita pergi sama-sama."
--ooOoo-
BEG plastik dipindahkan ke bonet satu per satu. Zureen dan Rita hanya memerhati. Farisya melarang mereka untuk membantu. Sikit saja, bukannya banyak pun. Kalau ramai yang menyusun nanti berserabut pulak.
Bonet ditutup dengan cermat. Farisya melemparkan senyuman pada kedua gadis yang memerhatikannya dari tadi. Pintu tempat pemandu dibuka. Badannya diloloskan lalu duduk dengan selesa.
Zureen dan Rita menuruti. Zureen mengambil tempat duduk sebelah Farisya. Manakala Rita duduk di belakang.
"Best la akak, baru jer hilang kereta, dah dapat kereta baru."
"Best hapanya. Kereta pinjam ni." Farisya mengekek kecil. Matanya meninjau cermin sisi dan sermin pandang belakang bagi memastikan tiada halangan untuk dia mengundurkan kereta.
Perlahan MyVi berwarna emas bergerak meninggalkan kawasan letak kereta Giant Hypermarket. Beberapa kenderaan bersusun di atas jejambat. Itu sudah cukup menjadi bukti Lebuhraya Pasir Gudang ke arah pelabuhan sedang sesak. Farisya membelok, mengambil Jalan Masai Lama.
Mudah-mudahan tak sesak seperti lebuhraya.
Penglihatannya tertumpu pada perhentian bas. Terdapat dua susuk tubuh yang sedang menunggu bas. Dari samar cahaya lampu Farisya terlihat wajah tua di samping seorang kanak-kanak perempuan. Nalurinya teguh mengatakan bahawa dia mengenali mereka, lantas kereta diberhentikan.
Terperanjat orang tua itu. Entah siapalah yang berhenti. Kalau yang positif takpe, janganla yang negatif. Bukan takut kerana nyawanya, tapi anak kecil itu, baru lima tahun mengenal dunia.
Digenggam tangan anak kecil itu erat-erat. Diperhatikan saja cermin tingkap itu diturunkan.
Sofea tersenyum memandang wajah yang sedang memandu. "Nek, Cik Isya nek."
Terdengar suara itu mengukuhkan lagi telahannya. Memang dia mengenali anak kecil yang sedang memeluk teddy bear.
"Sofie. Cik Isya rindukan Sofie." Tali pinggang keledar dilepaskan. Farisya meluru keluar untuk mendapatkan Sofea.
"Sofie pun rindukan Cik Isya." Sofea tersenyum memandang Farisya yang sedang merangkulnya, erat.
"Mak Limah nak ke mana ni? Tunggu Fikri ke?"
"Bukan, Fikri kat Jepun sekarang ni. Mak tengah tunggu Tina. Tadi pergi dengan dia, lepas tu hilang entah ke mana. Ingat nak naik bas balik rumah aje."
"Takpelah, biar Isya hantarkan Mak Limah dengan Sofie balik."
Mak Limah menurut langkah Farisya. Pintu tempat duduk belakang telahpun dibuka Rita. Mak Limah memboloskan dirinya bersama Sofea. Bingung kepalanya, mungkinkah Tina sengaja meninggalkan mereka? Tak mungkin Tina terlupa akan mereka. Biarlah. Syukur pada Allah, Farisya di saat diperlukan. Wajah tenang Farisya membuatkan hatinya sedikit lega.
--ooOoo-
DUA buah beg besar terdampar. Keadaan rumah gelap gelita. Rexton tiada di porch. Sah Tina tiada di rumah. Mengalir air mata Mak Limah. Dia bagaikan sudah dapat mengagak nasib yang akan menimpa Sofea.
Farisya terkedu, memerhatikan Mak Limah mendapatkan beg pakaian tersebut. Zureen dan Rita yang masih lagi tidak mengenali Mak Limah turut bersimpati. Kasihan melihat orang tua itu mencapai nota yang dilekatkan pada beg itu.
'Berambus!' Tulisan tangan yang ringkas tapi memedihkan hati. Ke mana mahu berteduh. Nak ke kampung sudah gelita, tiada kenderaan yang sanggup ke sana. Tambah lagi esok hari bekerja. Mak Limah mencangkung di sisi beg pakaian. Tidak mampu untuk berfikir lagi.
Dengan cermat Farisya menghampiri Mak Limah. Mengusap lembut bahu orang tua itu. "Macam ni aje lah Mak Limah, angkat beg ni Mak Limah dan Sofie tinggallah dengan kami."
"Takpelah, menyusahkan Isya aje. Takut juga lagi dua orang tu tak selesa nanti."
"Abis tu. Mak nak ke mana lagi mak? Sofie, tinggal dengan Cik Isya yer?"
Sofea hanya mengangguk. Dia bagaikan mengerti apa yang telah terjadi. "Jom la nek. Dah malam ni."
Dengan hati yang berat Mak Limah terpaksa akur. Benar kata Farisya, ke mana lagi harus dituju. Dia membisu sepanjang perjalanan. Takpelah, hilang sikit rindu pada Fathiah nanti. Boleh la Sofea menatap wajah seiras ibunya puas-puas. Moga Allah ringankan segala beban pada kau, Farisya.
--ooOoo-
BEBERAPA kenderaan yang sedang bertali arus di jalan raya. Suasana agak sunyi, mungkin semua penghuni sudah pun masuk tidur. Sudah awal pagi, hanya segelintir manusia sahaja yang sanggup menanti sehingga lewat begitu.
Pandangannya dialihkan pada wanita yang sedang memerhatikannya. Shahrul membalas senyuman. Pemuda seawal tiga puluhan itu memuji kecantikan Tina dalam hati. Pujaan hati pertama yang bertakhta di hati, setia hingga kini.
"Tina tinggal sorang-sorang ke kat sini?" Tina hanya menggangguk. Membiarkan Shahrul memerhatikan panorama sekeliling.
"Tak takut ke?"
"Nak takut apa Shah. Kat sini kan orang ramai."
"Kalau diorang semua takde camne?"
"Ala, nak takut apa, Shah kan ada." Tina meliukkan badan, manja.
Shahrul menghampiri dan merangkul pinggang Tina. Beberapa ketika mereka bertentang mata. Lalu Shahrul merapatkan bibir, mengucup bibir Tina. Tina membalasnya dengan mesra. Kucupan mula beralih ke leher. Membiarkan kesan merah melekat di leher Tina.
Baru saja Shahrul mahu mengucup dada, bibirnya ditahan oleh jari telunjuk Tina. "Kalau iya pun, takkan nak buat kat sini?"
Senyuman menghiasi bibir Shahrul. "Shah boleh dapat ke?" Soalnya nakal.
Tina menggelengkan kepalanya. Sengaja membuatkan Shahrul kecewa. "Kat sini tak boleh la. Jom."
Tina melangkah masuk mendahului Shahrul. Shahrul tersengih. Rezeki jangan ditolak. Lantas membontoti Tina mendaki anak tangga. Bau harum yang keluar dari bilik utama itu bagaikan mempelawanya masuk.
"Tina mandi dulu yer Shah, tak selesalah. Kalau Shah nak mandi, boleh guna bilik mandi bawah."
"Ala, tak best la mandi asing-asing. Kalau mandi sama-sama boleh tolong menolong. Shah gosokkan badan Tina, Tina gosokkan badan Shah."
"Beraninya." Tina mula melangkah ke arah bilik mandi. Hanya tuala yang membaluti badannya.
"Kalau berani masuklah."
Tina berlari masuk sambil cuba merapatkan pintu. Namun lengan Shahrul terlalu kuat untuk dilawan. Tiada daya lagi untuk menahan tubuh yang masih lagi berkemeja dan berseluar itu masuk.
Suara gembira bertingkah antara mereka masih kedengaran walaupun pintu sudah ditutup.
--ooOoo-
DENGAN hadirnya Mak Limah membuatkan hidup mereka kian teratur. Rumah sentiasa kemas dan terjaga. Makan minum pasti tersedia walaupun tiada yang membantu di dapur. Namun Mak Limah tak pernah dianggap sebagai orang gaji, malah di anggap seperti mak sendiri.
Sofea turut gembira. Hidup dikelilingi mereka yang mengasihi. Lebih-lebih lagi Farisya memanjakannya bagaikan anak sendiri. Sofea tidak pernah terasa bagaikan orang asing di samping Farisya. Dia merasakan Farisya seperti ibu kandungnya sendiri.
Suara tawa bergema. Apa lagi kalau tidak keempat-empat gadis bergurau senda. Mak Limah mendapatkan mereka. "Dah, dah malam ni, tak elok anak dara mengilai macam pontianak."
Saban hari ada saja tutur nasihatnya. Tidak pernah jemu mengingatkan isi rumah.
"Tu yang bagus mak, nanti perompak takut. Ada hantu. Hi hi hi hi." Zureen menjengilkan mata dengan kedua tangannya dihulurkan ke depan.
"Sudah. Mulut jaga. Dah la rumah ni semuanya kaum yang lemah. Kalau ada apa-apa camne?"
"Angkat telefon dail 999 la nek." Giliran Sofea pula berseloroh.
"Apa pulak, tak canggih. Ambik handphone dail 112." Farisya menyambung.
"Sudah-sudah la tu." Senyuman masih lagi menghiasi bibir Mak Limah. Tenang saja raut wajahnya, tidak menampakkan raut marah.
"Sofie nak tidur dengan siapa malam ni."
Jari telunjuknya ditalakan ke dahi. Sofea memandang ke arah siling. Berderai tawa mereka melihat tingkahlaku Sofea, saling tak tumpah seperti iklan di tv. Sofea hanya tersenyum.
"Dengan ibu dah, umi pun dah, mak pun dah. Tidur dengan nenek la malam ni."
"Meh la, nenek dah nak masuk tidur ni."
Sofea mendapatkan Zureen. Menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Umi, Sofie mintak maaf dengan apa yang telah Sofie lakukan sepanjang hari ini."
Tangan bersih itu dikucup. Zureen membalas dengan mengucup dahi dan melagakan pipi. Rita pula dirapati. Sofea mengulang perbuatan yang sama pada Rita. Setelah itu giliran Farisya pula. Sofea kembali mendapatkan nenek.
"Selamat malam umi, mak, ibu. Assalammualaikum."
--ooOoo-
" SURPRISE!" Syamsul mendepangkan tangan. Mengejutkan Farisya yang mahu mendapatkan kereta. Lelaki itu masih lagi berdiri berhampiran pintu tempat pemandu.
"Syam ni, kalau nak datang bagitau la awal-awal." Farisya mencebik. Sekadar membuatkan Syamsul terasa bersalah. Kunci diserahkan kepada lelaki itu.
Syamsul menggoyangkan tangan. "Tak yah la, penat ni. Sya drive." Beg pakaian diletakkan pada tempat duduk belakang.
"Nak makan dulu ke?"
"Takpelah, bagi Syam check-in hotel dulu."
"Ok bos." Syamsul tersenyum melihat telatah Farisya yang bersahaja.
MyVi emas meluncur dengan kelajuan yang sederhana. Turut serta membanjiri jalanraya yang masih sesak. Kadangkala bosan rasanya memandu dalam keadaan sebegitu. Jika tidak kerana kerja, tak mungkin Farisya memandu. Ingin rasanya mendapatkan rumah yang berhampiran dengan tempat kerja. Agar tak penat menempuh kesesakan.
Arah pemanduan Farisya dirasakan berbeza dengan tujuannya. Syamsul berkerut. "Sya, ni bukan nak pergi Hotel Selesa."
"Ala, Syam jangan takutla. Ada hotel baru, baik punya." Farisya tersenyum.
"Ha ah, ye. 'd Fisya Hotel. Macamla Syam tak tau." Bertambah lebar senyuman Farisya.
"Iye... Sya tinggal sorang sekarang ni." Farisya mengerling ke arah Syamsul.
"Syam macam tau tau aje eek."
"Ok jugak, dapat la hotel free." Syamsul tersenyum girang. Jimat belanja.
"Free pun bersyarat." Farisya menjongket kening. Membiarkan Syamsul tertanya-tanya. Bingung juga mencari apa syaratnya. Harap tak la berat sangat.
"Apa syaratnya?"
"Syaratnya... Jangan nakal-nakal." Syamsul tergelak. Begitu mudah syaratnya. Minda sudah terfikir yang bukan-bukan. Bimbang juga jika syarat yang ditetapkan sukar dipatuhi. Nakal sangat ke aku ni?
Syamsul tersenyum sendiri.
........ bersambung lagi......

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "