DERETAN lori hantu memenuhi puncak bukit yang ditarah menjadi tamu mata. Mulutnya tidak bersuara untuk menyertai perbualan gadis-gadis yang duduk semeja dengannya. Bukan kerana tidak berminat untuk menyertai perbualan yang berkisarkan kuliah dan sekitar kampus.
Tumpuannya kini pada seseorang. Seseorang yang amat dirindui.
Pada fikiran Farisya kini teringatkan saat-saat indah tatkala mereka bersama. Kenangan manis yang mana mungkin dapat dibeli dengan wang ringgit. Bibirnya mengukir senyum. Mindanya menayangkan kembali barisan kenangan indah tersebut. Di mana kau kini Sofea. Kehadiran anak kecil itu ke taman tasik sememangnya dinanti setiap petang.
Perbuatan Farisya membuatkan Zureen sedikit terasa. Dia merasakan wanita yang lebih tua enam tahun darinya itu cuba menimbulkan rasa tidak puas hati. Semenjak balik bersama bunyi dentuman pintu Farisya berkelakuan aneh. Tidak lagi seceria semasa pertemuan kali pertama mereka. Zureen risau kalau-kalau tingkah laku dia dan Hanarita membuatkan Farisya berasa bosan.
"Kak, boleh saya tanya sesuatu?"
Farisya beralih pandangan. Menatap wajah bersih Zureen yang sedikit sugul itu. "Ada apa?"
"Kami ada buat salah kat akak ke? Kalau ada yang akak terasa bagitau kami."
Senyuman mekar di bibir Farisya. Terasa lucu pula. Ada juga orang nak ambil berat pasal aku.
"Takde la. Korang ok la. Akak tak marah pun dengan korang."
"Abis tu, akak dah berubah sikit. Takde lagi senyuman ceria. Akak ada masalah ke?"
"Sebenarnya akak rindu pada seseorang."
Rita tersenyum. Hebat juga penangan cinta. Kadang-kadang terasa kelakar juga. Dah bergaduh merajuk lama-lama lepas tu mula terbit rasa rindu. Mungkin marah-marah sayang tempohari.
Sebab tu baru beberapa hari dah rindu. "Aik, masa tu sikit punya marah, lepas tu rindu pulak?"
Frasa dari Rita membuatkan dia berasa pelik. Bila masa pulak aku marah Sofea? Tak pernah rasanya, peluk cium sayang adala.
"Tak pernah pun akak marah dengan dia."
"Masa tu yang sampai hempas pintu bukan marah dia ke?"
Tergelak Farisya dibuatnya. Dia tidak menyangka gadis-gadis tersebut meneka sehingga begitu sekali. Diorang ingat aku rindukan Syam? Please lah, tapi ada la juga. Mana boleh tak rindu langsung.
"Bukan dengan dia la. Ingat tak budak kecik, Sofea yang akak ceritakan."
Zureen dan Rita yang ternganga kehairanan melihat kelakuan Farisya tadi turut tertawa. Tekaan mereka tersasar.
"Oh. Ingatkan akak rindukan dia tu."
Farisya faham dengan apa yang dimaksudkan Zureen. Dia hanya tersenyum ceria. Gembira kerana dapat bertemu dengan Syamsul sebelum pemuda itu mula bergerak ke KL. Cincin belah rotan yang terukir nama 'd Fisyam direnung. Dia menghargai pemberian Syamsul tersebut. Yang paling tidak boleh dilupakan, dia tertidur semasa menjawab panggilan Syamsul tempohari. Dan itu membuatkan senyuman di bibirnya semakin mekar.
--ooOoo
LEKA anak gadis itu menonton saluran 50. Kisah berkisarkan keutuhan bangunan pencakar langit dan bagaimana ia dibina menarik minatnya. Dokumentari seperti itu sememangnya digemari. Dia belajar dari papa yang turut menggemari rancangan bercorak sedemikian. Pernah juga dia meyertai papa menonton bagaimana dua pasukan bertarung membina sesuatu dari longokkan sampah.
Baginya meluangkan masa bersama papa menonton rancangan tersebut memang menyeronokkan.
Bunyi deringan telefon yang membingitkan terhenti apabila Sofea mengangkat gagang.
"Hello... Assalammualaikum."
"Waalaikumussalam. Anak papa, Sofie sihat?"
"Sofie sihat, mama dengan nenek pun sihat. Papa kat sana macamane?"
"Papa tengah selesema ni. Maklumlah perubahan cuaca."
Tina menjengah dari atas tangga. Terfikir Sofea bercakap sendirian kerana dia tidak mendengar deringan telefon sebentar tadi. Tersenyum apabila melihat Sofea sedang berbual dengan ceria.
"Siapa Sofie?"
Sofea berpaling bila mendengar suara itu. "Papa, ma..."
"Mama nak cakap dengan papa sekejap." Tangan dihulurkan, menanti gagang telefon diserahkan kepadanya.
"Papa. Mama nak cakap dengan papa." Tangan kecil itu menghulurkan gagang kepada tangan yang sedang menanti.
"Macamana abang kat sana? Lama lagi ke abang kat sana?"
"Abang tengah selesema ni, biasala perubahan cuaca. Tapi ayang jangan risau pulak. Lama lagi kot, ingatkan sebulan aje, rupanya basic knowlegde sebulan, ada lagi part yang abg kena masuk course. Bulan depan, tak pun lagi dua bulan. Dah rindu ke?"
Panjang lebar Fikri menerangkan pada isterinya, bimbang isterinya terfikir yang bukan-bukan.
"Hah selesema tu dah makan ubat belum?" Jelas terpapar wajah kerisauan terbentang dimukanya.
"Rindu la juga, lama la abang kat sana. Balik la cepat, Sofiea asyik tanya abang aje tau."
"Tu la, abang akan balik secepat mungkin. insyaAllah dah abis semua course nanti abang terus balik. Abang pun rindukan Sofie."
Dia menarik muka, walaupun dia tahu Fikri tidak dapat melihat. "Pada mama dia tak rindu ke?"
"Rindu la juga, dah lama tak ehem ehem."
"Ooo da pandai nak menggatal la yer."
"Nanti abang call lagi, ada masa nanti abang online YM. Kat rumah kan ada webcam, baru best nampak muka."
Gagang diletakkan. Walaupun hanya sekejap, ia dapat mengubat rindu. Tina tahu bukan murah kadar panggilan antarabangsa, kerana itulah dia tidak menghalang Fikri meletakkan panggilan walaupun belum puas dia melepaskan segalanya.
--ooOoo-
PUCUK pohon ru yang ditumbuhi daun hijau direnung dari jauh. Memikirkan apakah yang sedang dilakukan oleh papa di nun sana. Hilang sedikit rindu pada papa bila mendengar suaranya semalam.
Mujur ada mama, kehadiran mama membuatkannya sedikit terlepa akan papa. Keprihatinan mama menjaga keceriaan dan kegembiraannya membuatkannya turut terlupa pada seseorang. Seseorang yang selalu menanti kehadirannya di taman tasik tempat dia bertandang sebelum ini.
Sofea masih lagi membatu. Memerhatikan saja mama yang sedang menghampiri bersama dua tin minuman. Wanita itu kini lebih prihatin berbanding sebelum bernikah dengan papa. Mungkin mahu menunaikan janjinya untuk menebus kesalahan terhadapnya. Kasih sayang yang ditumpahkan kepadanya membuatkan Sofea semakin menyayangi Tina.
Tangannya menggoyangkan sedikit tin minuman. Bibirnya mengukir senyum. Hatinya gembira Sofea tidak lagi bertanyakan mengenai taman sebelum ini. Jika tidak, jenuh menjawab kepetahan bicara anak gadis itu, seperti beberapa minggu sebelum ini. Tina menghulurkan tin minuman pada Sofea. Hulurannya disambut dengan senyuman di bibir kecil yang dihiasi dengan lesung pipit.
Rambut lurus separas bahu dibelai lembut. Dia tahu anak itu sangat rindukan papa. Belum pernah ditinggalkan sebegitu lama. Kasihan melihat anak kecil itu bermuram. Dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk menggirangkan hatinya. Tina memandang jauh ke arah tasik. Membiarkan anak kecil itu merapatinya.
Sofea melentukkan kepala ke bahu mama. Dia ingin dibelai lantaran papa yang selalu membelai manja, jauh dari pandangan. Ah, rindunya pada papa, tak tertanggung lagi rasanya.
"Mama, papa dah tak nak balik ke?"
Pandangan Tina beralih, merenung tenang wajah sugul Sofea. "Papa ada kerja sayang. Jangan risau. Tak lama lagi papa balik la."
Keluhan terbebas dari mulut kecil itu. "Papa tak tau ke Sofie rindukan papa."
Kepala anak gadis itu diusap. "Papa tau, papa pun rindukan Sofie. Tapi, papa ada kerja. Lagi beberapa minggu aje lagi papa balik."
"Mama sayangkan Sofie?"
"Sayanglah."
"Sama macam papa sayangkan Sofie?"
"Iye sayang."
"Walaupun Sofie bukan anak mama?"
"Siapa kata Sofie bukan anak mama? Sofie anak kesayangan mama la."
"Sofie pun sayang mama sangat-sangat." Sofea memeluk tubuh Tina, erat.
--ooOoo-
PANDANGAN lesu diarah pada monitor komputer. Beberapa akaun sudah dikemaskini. Letih mata merenungnya. Tinggal dua tiga akaun yang pelu dikemaskini sebelum penutupan akaun pada hujung bulan. Farisya meraup muka, lembut. Nafas dalam ditarik lalu dihembuskan perlahan.
Ingatan terhadap Sofea masih lagi membelengu fikiran. Farisya terasa sedikit terganggu dengan memori indah bersama yang seringkali bertandang. Rasa sayang terhadap Sofea tidak luntur walaupun anak kecil itu tidak lagi ditemui.
Jam tangan menunjukkan waktu untuk pulang. Perlahan Farisya bangun dan mula melangkah menuju ke kereta. Alat kawalan jauh ditekan. tiada bunyi yang kedengaran menyebabkan hatinya mula berdebar.
Ya Allah! Farisya meraup muka. Hampir menangis melihat serpihan kaca yang bertaburan.
Ditenangkan hatinya, Perodua Kelisa yang diletakkan di situ pagi tadi hilang. Lesap entah ke mana. Tanpa apa-apa amaran, padahal dia sentiasa mengaktifkan penggera kereta. Bangsat! Memang tak selamat la hidup kau.
Telefon bimbitnya dikeluarkan. Mendail nombor yang sudah terpahat di minda. Dengan sabar
Farisya menanti panggilannya dijawab. "Hello, Reen."
"Ya kak." Suara ceria Zureen berkumandang di telinga, meredakan sedikit gelora hati.
"Tolong akak, jemput akak kat Rinting ni." Lembut bicaranya, bukan mahu mengambil hati.
"Kenapa kak?"
"Kereta kena curi. Datang yer, bawak helmet spare."
"OK" panggilan ditamatkan serta-merta.
Farisya masih lagi menanti Zureen. Perhentian bas menjadi pilihan untuknya melabuhkan punggung. Biar senang dirinya kelihatan. Lagipun tidak sukar bagi Zureen berpatah balik.
Telefonnya berbunyi, menyanyikan lagu Mungkin Nanti. Dengan lemah dia menjawab panggilan itu.
"Hello."
"Hello Sya, nape? Macam takde mood aje."
"Takde pape, kereta hilang, kena curi."
"Bila hilangnya?"
"Baru tadi ni."
"Nak balik camne?"
"Zureen jemput naik skuter."
"Abis tu, nanti nak ulang alik kerja macamana?"
"Tu la pasal. Nak naik skuter diorang bawak pegi kelas."
"Sya datang sini, amik kereta Syam."
"Pi KL? Malas la."
"Datang ajelah, lagipun dah lama Sya tak datang sini."
"Urm. Tengok la nanti. Hati belum senang la."
--ooOoo-
"MINUM Dato', datin." Mak Limah mengaturkan gelas di atas meja. Pasangan suami isteri yang agak berumur memerhatikan dengan senyuman.
"Air bujang aje, biskut dah abis."
"Takpe la Limah, aku datang nak tengok cucu aje. Nak harapkan si Fikri tu bawak Sofie ke rumah kami entah bila sempatnya." Tutur sopan berakhir dengan seyuman yang menyerikan lagi wajah tua wanita bertudung.
"Mana Sofie?"
"Keluar ke taman. Biasala masa-masa macam ni."
"Hendak pulak si Fikri tu temankan Sofie." Suara garau mula berkumandang. Dato' Kamal memandang ke arah Datin Salmah.
"Sofie pergi dengan mak tiri dia, Tina. Fikri pergi Jepun." Tutur Mak Limah lambat-lambat. Dia tahu kata-katanya itu akan menimbulkan kejutan. Mungkin bukan itu saja, membuatkan pasangan itu terasa.
"Bila Fikri nikah lagi? Tak pernah bagitau kami pun." Mereka berpandangan sesama sendiri, mengingat kembali. Mana la tau kalau-kalau ada kad jemputan yang terlepas pandang.
"Mentang-mentang la Fathiah dah meninggal, langsung tak ingat kami lagi."
"Bukan macam tu, dia takut dato' dengan datin larang dia nikah lagi, tu yang dia rahsiakan."
"Kami tak larang dia nak nikah lagi. Kami cuma nak Sofie dapat ibu yang baik dan penyayang."
Pintu kayu terbuka. Tina masih lagi tercengang. Di luar ada Nissan Serena yang tidak dapat dikenalpasti. Di dalam duduk pasangan yang tidak pernah ditemui. Berbual mesra bersama Mak Limah. Nampaknya Mak Limah mengenali pasangan tersebut.
"Assalammualaikum."
"Waalaikumussalam." Hampir serentak mereka menjawab salam.
Sofie muncul memasuki rumah melalui celahan di antara bingkai pintu dan Tina. Berlari mendapatkan Datin Salmah. Memeluk erat orang tua itu.
Datin Salmah tidak putus-putus mencium cucu kesayangan.
"Mana Sofie pergi, tak rindu atuk ngan nenek?" Sofie mengangguk dengan senyuman menghiasi bibir.
Atuk dan nenek? Siapa mereka ni? Tina tidak dapat memastikan siapakah pasangan itu. Perlahan menghampiri mereka dan bersalaman. Mak Limah memerhatikan saja gerak-geri itu. Dia tahu Tina berada di dalam kekusutan.
"Dato' datin, ni Tina, isteri Fikri. Tina, Ni Dato' Kamal dan Datin Salmah, mertua Fikri."
"Owh. Parent Fathiah yer?" Terlerai segala kekusutan di kepala Tina. Dia mengenali serba sedikit wanita pertama dalam hidup suaminya. Walaupun Fathiah tidak pernah wujud di hadapan mata,
Fikri pernah menceritakan butir-butir wanita itu kepadanya. Fathiah adalah wanita sempurna pada pandangannya dari apa yang telah disampaikan. Cemburu juga bila suami sendiri tidak boleh melupai wanita yang bagaikan tiada cacat cela itu. Perasaan itu menaikkan semangatnya untuk memenangi hati Fikri juga Sofea.
--ooOoo-
TIKET Keretapi Ekspress Senandung Malam itu dikeluarkan dari sampul surat Pos Ekspress. Entah kali yang ke berapa tiket itu direnung. Jelas terpampang perjalanan dari Johor Bahru ke Sentral Kuala Lumpur padanya.
Farisya keberatan untuk pergi, bukan kerana kali pertama. Tapi kes curi keretanya belum dapat diselesaikan. Dia bagaikan patah kaki pada ketika itu. Bukannya apa, kasihan melihat Zureen yang terpaksa menghantar dan menjemput. Bila masa budak tu nak tumpu pada study.
Telefon bimbitnya dikeluarkan, pada kebiasaannya dia akan menghubungi Zureen memohon bantuan gadis itu supaya datang menjemput. "Hello Zureen." Panggilannya berjawab setelah agak lama menanti.
"Ya kak, sekejap, baru nak keluar."
"Tak... Takpelah, Zureen tak yah datang. Akak nak pegi KL. Jaga rumah baik-baik."
"Naik ape? Kalau nak ke Larkin, Zureen boleh hantarkan."
"Keretapi, takpelah, akak naik cab ke JB."
"Betul tak nak Zureen hantar?"
"Takpe. Yang penting jaga rumah baik-baik."
"OK. Baik bos!"
Dari jauh matanya menangkap satu imej merah kuning. Dia pasti itulah objek yang dinantikan. Farisya melambaikan tangan. Teksi tersebut memberikan isyarat ke kiri lalu berhenti di hadapannya. Dengan lembut dia memberitahu destinasi. Pemandu itu mengangguk tanda akur.
Farisya yang berada di tempat duduk belakang masih lagi memegang telefon bimbit. Bagaikan tersedar dari lamunan, dia menghubungi seseorang.
"Hello. Balai Bomba Jalan Hang Tuah."
Farisya megekek kecil. Ditekup mulutnya apabila pemandu menjengah melalui cermin pandang belakang.
"Sejak bila Syam jadi bomba?"
"Aiseh. Dia tahu la. Tak boleh nak menyamar." Syamsul menyambung tawa Farisya.
"Ye tuan puteri, ada apa yang patik boleh tolong?"
"Thanks for that ticket." Senyuman menghiasi bibinya bagi menamatkan gelak tawa.
"My pleasure. So... are you coming?"
"On the way."
"But, I'm sorry. I'm busy tomorow. Drive to my home, can you?"
Nak suruh drive ape? Putra ke? Gila agaknya Syam ni. "Drive? Drive what? A cab?"
"Your car is waiting at KL Sentral."
Keretanya ada, nak bukak macamana, kunci takde. Memang sah gila si Syam ni.
"Iye... Kuncinya mana? Cucuk pakai jari ke cik abang?"
"Esok dah sampai, inform. Nanti Syam bagitau kat mana kuncinya."
Farisya menjongket kening. Panggilan sudahpun ditamatkan. Belum sempat dia bertanya lanjut. Takpelah. Apa-apa hal nanti telefon ajelah. Letih juga berjalan jauh ni, naik kertapi lagi lama. Nasib baik Syam pandai, dia goda aku dengan tiket first class, privacy cabin pulak tu.
--ooOoo-
ALARM yang berbunyi dimatikan. Telefom bimbitnya dicampakkan ke atas katil. Dah sampai mana yer. Farisya meninjau luar tingkap cermin. Pandangannya terbatas kerana hari masih lagi gelap.
Ada lagi satu jam. Boleh mandi ni.
Tangan mulusnya mencapai tuala berwarna biru. Perkakas mandian yang lengkap dari sabun, ubat gigi hinggalah ke syampu dikeluarkan dari beg plastik. Kepalanya dipusingkan ke kiri dan ke kanan.
Lena tidurnya tadi, tidak pernah dia tidur lena. Mungkin kerana hanya dia seorang di dalam kabin itu. Langkah malasnya menuju kabin mandi.
Terasa segar badan setelah disirami air hangat. Bau wangi dari sabun melekat segenap anggota. Ditambah dengan haruman dari syampu rambut. Memang segar. Pintu kabin diketuk. Dengan malas Farisya bangun bagi membuka pintu.
"Selamat pagi cik, ni sandwich tuna dan teh 'o' yang cik pesan semalam." Suara lembut itu diakhiri dengan senyuman mesra.
"Terima kasih." Farisya membalas senyuman steward yang menghantar makanan. Biar aku tanya dia kat mana ni.
"Encik."
"Ya, ada apa lagi yang boleh saya bantu?"
"Takde, saya cuma nak tahu. Kat mane sekarang ni?"
"Dah lepas Seremban cik. Lagi lebih kurang lima belas minit kita sampai KL Sentral. Saya rasa elok cik bersiap sekarang."
Steward tampan itu masih lagi berdiri di hadapannya. "Tadi saya ketuk tak berjawab. Ingatkan dah takde orang."
Boleh pulak dia busy body. "Saya mandi tadi." Jawab Farisya ringkas.
"Bagaimana dengan suasana tandas dan bilik mandi cik?"
"Ok... Saya puas hati." Farisya masih lagi tersenyum.
"Kalau takde apa-apa lagi saya pergi dulu..." Steward itu menghadiahkan senyuman paling mesra kepadanya.
Farisya membalas senyuman itu. Gatal, ada hati nak mengorat.
"Takde... Terima kasih."
Pintu kabin ditutup. Tangannya mendapatkan telefon bimbit yang masih terdampar di atas katil. Terus menghubungi Syamsul bagi memberitakan lokasinya.
Panggilannya tidak berjawab sehingga suara operator peti pesanan suara kedengaran. Ah sudah, ke mana pulak Syam ni. Dia juga suruh inform. Tak angkat pulak. Farisya mencuba sekali lagi. Bosan menanti panggilan tidak berjawab begitu lama.
"Hello Sya." Suara garau itu kedengaran sebaik sahaja dia mahu memutuskan talian.
"Syam, Sya dah nak sampai."
"Iye ker, Syam masih kat hotel, pagi-pagi ni ade meeting. Sya drive balik rumah Syam aje la yer."
"Kunci?"
"Nanti Syam hantar SMS, Sya pegi locker automatik bawah tangga dekat Seven Eleven. Bukak locker guna nombor yang Syam bagi nanti. Kat dalam tu ade kunci kereta siap dengan pelan tempat letak kereta lagi."
"Oh, tempat biasa tu ke? Tau la."
"Ok, apa-apa hal call."
--ooOoo-
JARINYA menekan butang berpandukan kombinasi nombor yang diterima melalui SMS. Pintu locker terbuka secara automatik. Benar kata Syam, kunci kereta lengkap bersama pelan tempat kereta itu berada. Tanpa berlengah, Farisya bergerak menuju ke kereta. Mudah baginya menjejak kereta tersebut dengan adanya panduan pelan yang disediakan.
Mulut Farisya terlongo. Apa tidaknya, Perodua baru saja dilancarkan, kini MyVi di hadapannya dan bakal dipandu. Hatinya tak putus mengucapkan terima kasih pada Syam. Alat kawalan jauh ditekan. Pintu dibuka. Badannya diloloskan. Farisya tergamam. Bagaikan bermimpi. Memang dia meminati kereta itu semenjak dipamerkan.
Enjin kereta dihidupkan, membiarkan beberapa ketika. Ternyata masih lagi baru. Dengan tempat duduk masih lagi bersampul plastik. Matanya melirik ke tempat duduk sebelah. Sampul surat yang tertera namanya diambil lalu dibuka.
'Sumbangan ikhlas untuk 'd Fisya.
Terimalah kereta ini dan jagalah bagai nyawa sendiri.
Baju kat belakang tu untuk Sya. Duit ni pun untuk Sya (Syam dah bank in dan slip ni sebagai bukti).
Syam harap Sya menerimanya sebagai tanda menghargai Syam.'
Terharu hatinya membaca butir kata dari Syamsul. Slip bank menunjukkan bukan angka yang sedikit. RM 3000. Banyak tu. Bila pulak dia bank in? Takpelah. Terima ajelah. Aku buat untuk apa bukannya dia tahu.
Perodua MyVi berwarna emas itu dipandu perlahan. Mujur baru pukul enam pagi. Jalan raya tidaklah begitu sesak. Kalau tak, mati la. Kereta orang, calar kang kena ganti. Dah ler kereta baru.
Spare part mana nak cari. Kalau lah accident.
Astaghfirullahal'azim. Selisih malaikat empat puluh empat.
--ooOoo--
TERKEDEK-kedek Mak Uda mendapatkan pintu pagar setelah terdengar suara Farisya memberi salam. Wanita berumur akhir tiga puluhan itu membuka pintu pagar dengan cermat. Disambutnya Farisya dengan penuh kasih.
Senyuman masih lagi menghiasi bibir tua itu. "Dah lama Sya tak ke mari. Rindu Mak Uda."
Meluncur kata itu sebaik sahaja Farisya membuka pintu kereta setelah meletakkan MyVi di bawah porch.
"Banyak kerja Mak Uda."
"Takpelah. Dah lama tak ke mari, sampai juga Sya hari ni."
"Dah lama ke? Baru berapa bulan."
Mak Uda menggelengkan kepala. "Dekat setengah tahun hilang tanpa berita, tak lama? Ah takpelah, cerita lama. Sya nak minum apa?"
"Takpelah Mak Uda. Sya nak rehat. Penat, sampai hati Syam tak jemput Sya." Farisya memuncungkan bibir.
Mak Uda hanya tersengih. Dari dulu sampai sekarang, lawak lucu Farisya tak pernah kontang
"Kalau gitu, Mak Uda balik dulu la yer."
"Nak Sya hantar ke?"
"Hantar ler, buat abis minyak aje. Minyak dah naik harga ni. Setakat selang dua tiga buah rumah nak hantar, baik tak payah."
Farisya tersengih. Menyoroti langkah Mak Uda dengan hujung mata. Matanya memerhati sekeliling. Tersusun kemas, pandai Syam jaga rumah. Dengan lemah dia berjalan menuju bilik tidur. Dia mahu beradu dengan tenang. Biarlah tiada siapa yang mengganggu.
....... bersambung lak......

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "