/

..:: Mungkinkah... (Episod 11 - final) ::..

SUASANA pagi di rumah Fikri agak meriah. Kededaran suara bertingkah di meja makan.

Pertiingkahan suara yang agak mesra bertambah ceria diselang-selikan dengan gelak ketawa. Tahu sajalah kalau Dato' Kamal, suami isteri bertemu dengan Mak Limah, panjang perkara yang dibincangkan.

"Betul Limah, mula-mula aku ingatkan Fathiah hidup balik." Dato' Kamal berseloroh, dia sudah menganggap Mak Limah sebahagian dari keluarganya. Pernah juga dia meminta agar mak Limah tidak memanggil gelarannya. Mak Limah tetap memanggil gelaran, biarlah ada jarak di antara tuan dengan orang gaji.

Mak Limah hanya tersenyum. Dia sudah dapat membayangkan siapa yang menjadi topik perbualan kini.

"Mirip, tersirat wajah ibu penyayang pada muka bercahaya dia tu. Bertudung pulak tu. Memang sesuai kalau jadi calon ibu Sofea." Giliran Datin Salmah pula bersuara.

Jarinya mengelus lembut rambut. Fikri terasa teruja dengan kemeriahan di ruang dapur. Sehinggakan dia berasa rugi jika tidak menyertai. Senyuman dilemparkan pada semua yang sedang menjamu sarapan di pagi Ahad.

"Pagi mak, ayah, mama. Apa aje yang dibualkan? Rancak berborak."

"Takde apa-apa. Borak kosong aje." Dato' Kamal menghirup teh o panas sesudah menamatkan kata.

"Ni... Mama nak cerita. Mama dah ada calon untuk ganti Tina."

Hampir tersembur Fikri mendengarnya. Cawan berisi teh-o diletakkan kembali pada piring.

"Apa dia? Come on mama, Fikri tengah tunggu jawapan dari seseorang ni."

"No no no, kali ni biar mama dengan ayah aje yang uruskan." Datin Salmah begitu tegas, dia terlupa bahawa dia bukannya ibu kandung Fikri.

"Nonsense. Tak perlu la mama dengan ayah susah-payah nak tentukan jodoh saya." Fikri seolah hilang selera untuk menjamu cekodok pisang hasil tangan Datin Salmah.

"Saya dah punya calon yang lebih sesuai dengan saya."

Datin Salmah mendengus, membuka mulut untuk mula bersuara. Dato' Kamal dengan pantas memangkah.

"Ok Fikri, maafkan kami. Kami tau kami tak layak untuk tentukan masa depan kau, kami cuma mertua kau saja. Tapi kali ni mama dan ayah nak tengok dulu calon kau, ini bukan saje pasal masa depan kau, Sofea turut terheret sama." Fikri tertuntuk.

Kata ayah ada benarnya. Dia pernah gagal sekali, rekod buruk dah tercatit. Dia tahu harapan orang tua itu cuma mahu melihat Sofea hidup dalam kasih sayang yang mencukupi.

"petang ni dia akan datang, nak jemput Sofea dengan mak. Masa tu mama dengan ayah boleh menilai." Teh-o dihabiskan, terus berjalan meninggalkan semua mereka.

Mak Limah menghiaskan bibirnya dengan senyuman. "Dato' datin jangan risau. Kali ni saya pasti Fikri tak tersalah pilih."

 

--ooOoo-

FARISYA menyanyi kecil, mengiku rentak lagu Seroja nyanyian Mawi yang berkumandang diradio. Sesekali menoleh ke arah Zureen yang tekun memandu. Sepenuh perhatiaannya ditumpukan ke jalan raya.

Kereta di perhentikan di persimpangan. Lampu isyarat bertukar merah pada ketika mahu melepasi garisan putih. Zureen menoleh ke arah Farisya, menghadiahkan senyuman manisnya. "Seronok nampak."

Senyumannya berbalas. Farisya yang sedang mengikut lirik lagu berhenti menyanyi. "mana tak seronok, dapat jumpa anak."

"Seronok dapat jumpa anak ke, bapaknya?" Zureen mengusik.

Farisya tersipu, malu. "Mana ada. Reen ni kan suka usik akak tau."

"Ala kak, Reen pun perempuan juga. Reen boleh agak apa yang tersisip di sebalik jantung akak."

"Jantung?" Zureen tersengih, dia sendiri tak tahu macamana dia boleh tersalah sebut. Farisya tersenyum, kepalanya digelengkan. Nafasnya ditarik dalam-dalam, rasa sedih tiba-tiba menyerbu hati.

"Sebenarnya akak tak nak mencari yang baru. Bagi akak Abang Hir sudah sukup sempurna sebagai suami. Tapi, akak tak sampai hati nak biarkan Sofie, dia perlukan ibu."

Zureen melepaskan brek tangan dan meneruskan perjalanan. Hanya membisu, bimbang kata-kata yang akan dituturkan membuatkan ibu muda di sebelahnya menitiskan air mata.

"Akak pun tak tau nak cakap macamana, Reen. Akak terasa yang akak ni macam ibu dia. Setiap kali bersama dengan Sofie, akak merasakan dia tu anak akak sendiri."

"Saya pasti Sofie pun macam tu." Senyuman di bibir mengumkan keceriaan untuk bertandang di wajah Farisya. Dia menyedari Sofea lebih rapat dengan Farisya berbanding dirinya juga Rita sepanjang mereka tinggal bersama.

Diperbetulkan tudung biru muda, sesuai benar dengan baju kurung besar berwarna bimu muda. Farisya sengaja memakai baju jahitan Mak Limah, biar orang tua tu terperanjat nanti.

"Biarlah. Pandailah Sofie pilih mak baru dia nanti." Dekahan kecil mengakhiri kata, Farisya meneruskan senyuman. Lekukan lesung pipit di pipi tidak begitu nyata, masih lagi nampak dan menyerikan wajahnya.

"Ala, dah tentu Sofie pilih akak."

"Ish, tak tau juga, kot-kot dia berkenan dengan Reen."

"Tak nak lah, secondhand husband. Kalau masuk Reen dan thirdhand. Tak nak la... tak gemar."

"Barang secondhand memang kurang kualiti, tapi bab husband yang secondhand la tinggi kualitinya."

"Merepeklah akak ni. orang usik dia, dia usik orang balik pulak." Zureen memberhentikan kereta berhampiran dengan pintu pagar, bimbang menghalang laluan.

 

--ooOoo-

LANGSIR diselak perlahan. Mak Limah mengengah di sebalik langsir. Harap tak tersalah dengar. Lantas bibirnya mngukir senyuman. Tetamu yang sememangnya dinanti.

Pintu kayu dibuka perlahan. Dengan rambut yang hampir terkeluar dia bergegas mendapatkan pintu pagar. Mungkin berasa kurang selesa, jarinya menyelitkan rambut kembali ke dalam skaf.

Farisya menyambut salam yang dihulur. Tangan tua itu dikucup. Baginya Mak Limah sudah cukup ideal untuk menjadi ibu. Segala kasih sayang yang dicurahkan Mak Limah sudah cukup untuk menawar kerinduan pada ibu sendiri. Zureen turut bersalaman dengan Mak Limah. Sememangnya mereka sudah mesra bersama.

"Marilah masuk. Ada orang nak jumpa kamu." Farisya tergamam, ada orang? Siapa? Dibiarkan saja soalan itu bermain di minda. Tidak terfikir itu adalah masa yang sesuai untuk mengajukan soalan itu pada Mak Limah. Langkah Mak Limah dituruti dengan sopan.

"Duduklah dulu, Reen, Isya." Tutur Mak Limah sebaik saja kaki mereka menjejak lantai rumah.

"Reen, Isya nak minum apa? Mak buatkan."

"Takpelah mak, kami dah minum dah kat rumah tadi." Reen segera menjawab. Tidak suka menyusahkan orang tua itu. Entah sudah berapa tahun bekerja di dapur, namun kudrat tua itu masih lagi kuat.

"Ala, kat rumah tadi lain. Duduk aje dulu, mak ke dapur sekejap." Mak Limah meneruskan langkah menuju dapur.

Suara bising dari ruang tamu membuat dirinya terjaga. Tambah pula suara yang dikenali, bertambahlah semangat untuk bangun. Sofea mengenyeh mata. Memulas tombol pintu. Berjalan perlahan menuju sofa. Tangannya memanggut bahu tubuh yang tidak menyedari kehadirannya.

Tubuh itu berpaling ke arahnya.

Farisya mencubit pipi Sofea, mesra. "Tak baik tau buat ibu macam ni. Terperanjat ibu."

Sofea hanya tersengih. "Bila umi dengan ibu sampai?"

"Baru sekejap tadi." Farisya mengusap rambut Sofea.

"Sofie dah mandi ke belum ni sayang?"

"Belum. Ni baru bangun. Malam tadi tidur lambat, layan atuk dengan nenek." Senyuman manis menghiasi bibir anak kecil itu. Menandakan dia cukup mesra bersama kedua insan itu.

"Atuk sampai malam tadi. Seronok, dah lama tak jumpa atuk, nenek."

Mak Limah menatang dulang berisi gelas. Berjalan dengan berhati-hati.

"Sofie ni kalau jumpa dengan atuk, neneknya, gelak sampai tak ingat dunia."

Kehairanan Farisya dibuatnya. Tidak menyangka orang tua Fikri masih lagi hidup.

"Fikri tak pernah cerita pun orang tua dia masih hidup."

"Minum airnya tu." Mak Limah tersenyum. Melabuhkan punggung di sebelah Zureen.

"Bukan orang tua Fikri, orang tua Fathiah. Orang tua Fikri dah takde."

Serentak Farisya dan Zureen mengangguk. Memahami keadaan sebenar.

"Siapa tu Limah?" Suara garau yang pastinya bukan dari Fikri membuatkan mereka berpaling serentak.

Dato' Kamal merenung wajah Farisya dalam-dalam, Fathiah? Lantas kembali ke bilik tidur. Perkara ini perlu diberitakan kepada isterinya segera. Orang yang dirasakan jauh, sukar untuk dicari, kini berada di hadapan mata.

Terkocoh-kocoh Datin Salmah menuruni tangga. Ingin memastikan apakah benar berita yang diterima. Wajah Farisya membuatkannya terpana. Benar. Orangnya di hadapan mata. Langkahnya di susun dengan tertib, menuju sofa yang dihuni empat insan itu. "Fathiah?"

Terpinga Farisya dan Zureen melihat wanita berusia itu tiba-tiba berdiri di hadapan mata. Datin Salmah tidak berpuas hati.

"Daniya Fathiah binti Kamaludin?"

"Bukan. Saya Daniya Farisya." Farisya seakan mengerti pertanyaan itu ditujukan padanya.

"Daniya Farisya binti Kamaludin? Anak Ilyana Assila?" Giliran Dato' Kamal pula bersuara.

"Ya saya memang Daniya Farisya Kamaludin. Tapi saya tak tahu siapa Ilyana Assila."

Farisya merenung gelang tangan yang dipakai. "Apa yang saya tahu nama tu terukir pada gelang ni bersama nama saya."

Dato' Kamal hampir menitiskan air mata. Pencariannya suami isteri sudah berakhir.

"Ilyana Assila tu nama ibu kamu nak dan Daniya Fathiah tu kakak kembar kamu."

"Saya tak faham semua ni. Apa yang saya tau, saya ni anak yatim piatu yang tinggal di rumah anak yatim sejak berusia setahun lebih." Berkerut dahi Farisya yang cuba memahami jalan cerita sebenar.

"Siapa makcik dan pakcik ni?"

Mak Limah yang membisu sebentar tadi mula bersuara. "Ni Datin Salmah dan yang ni Dato' Kamal"

"Oh... Maaf dato', datin. Saya tak tahu." Farisya terasa bersalah kerana bersuara agak kasar sebentar tadi.

"Takpelah. Hal kecik aje." Memang inilah calon yang paling sesuai untuk Fikri. Tapi, dah bersuami pulak. Datin Salmah merenung lembut wajah Farisya yang masih lagi terpinga-pinga.

 

--ooOoo-

ANGIN segar yang bertiup lembut mengusap nyaman pipinya. Berhadapan dengan Farisya tidak banyak berbeza, sama saja seperti berhadapan dengan Fathiah. Masing-masing mewarisi sifat ibu mereka, Ilyana Assila yang meninggal dunia semasa Fathiah berumur lima tahun.

Terimbas kembali wajah ketakutan Ilyana Assila yang sedang meriba Daniya Fathiah, anak kecil berusia setahun lebih. Mata wanita itu kemerahan. Mungkin sudah puas menangis. Kebetulan pada saat itu Datin Salmah baru saja tiba di KL Sentral setelah dua puluh lapan minit berada di dalam tren. Terasa sayu melihat wanita itu, cuba menghampiri dan duduk bersama dengannya.

Pada mulanya wanita itu takut-takut untuk menceritakan kejadian yang menimpa dirinya. Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib Ilyana Assila. Tertinggal anaknya di Seremban, keadaan orang yang bersesak untuk masuk menyebabkan dia tidak sempat untuk mencari adik kembar Fathiah. Sesampai sahaja di KL Sentral, beg tangannya diragut. Segala maklumat untuk dia mencari adiknya turut hilang.

Tiada apa lagi upaya. Selain menangis. Lantaran terlalu kasihan, Datin Salmah memujuk Ilyana untuk pulang dan tinggal bersama. Sebagai balasan, Ilyana setuju untuk berkhidmat sebagai orang gaji. Fathiah pula dibesarkan seperti anak sendiri. Oleh kerana Datin Salmah tidak mempunyai anak, Fathiah sudah seperti anak tunggalnya.

Farisya mengangguk. Dia memahami segalanya. Mak Limah juga tidak menyangka Fathiah mempunyai kembar seiras.

"Kami ada juga mencari Farisya, tapi takdelah sampai keluarkan kat suratkhabar. Mungkin dah jodoh kita untuk bersama. Dapat jumpa sekarang ni."

Senyuman manis menghiasi bibir Farisya. "Alhamdulillah. Isya dah tau semua yang Isya cari selama ni. Terima kasih dato', datin kerana banyak membantu ahli keluarga Isya. Walaupun Isya tak pernah jumpa mereka, Isya tahu mereka banyak terhudang budi pada dato' dan datin."

"Tak payah lah panggil dato' datin, tak mesra la. Nak ikut degil macam Mak Limah ke?" Datin Salmah mengelus lembut tangan Farisya.

"Panggil mama dengan ayah sudahlah. Rasa tak lengkap kalau kami tak buat Isya macam Thia. Kami dah besarkan Thia, kali ni kami nak sambung hidup bahagia bersama Isya pula."

Terharu Isya mendengar tutur lembut Datin Salmah. "Terasa besar sangat kurniaan yang datin... err... berikan. Sukar untuk saya menerima."

"Kami harap sangat Isya dapat terima kami, kami nak habiskan usia kami bersama Isya. Biar terubat rindu kehilangan Thia."

Farisya hanya mampu mengangguk. "Isya cuba datin."

"Bukan datin, mama." Berderai tawa mereka melihat Isya masih lagi sukar untuk menyesuaikan diri.

"Isya dah berapa bulan ni?"

"Dah nak dekat due."

"Mana husband? Tak ajak sekali ke?"

"Husband dah takde. Dah meninggal."

"Innalillahiwainnalillahirajiun..." Dato' kamal tertunduk. Kasihan melihat Isya.

"Maafkan ayah."

"Takpe. Isya dah biasa."

"Tak cari pengganti?"

"Ingatkan malas nak cari, tapi bila fikir pasal anak ni. Macam tak mampu nak besarkan seorang diri." Farisya tersenyum.

"ada juga yang melamar, Isya belum bagi jawapan lagi. Kalau iya pun tunggulah anak ni lahir dulu. Dah abis edah barulah boleh meminang."

Datin Salmah terdiam. Pada mulanya hatinya berbunga bila mendengar Farisya menyatakan dirinya balu. Tapi terasa kecewa bila mendengar sudah ada yang melamar. "Siapa yang melamar Isya tu?"

"Fikri." Jawapan itu membuatkan Datin Salmah kembali menguntum senyum. Alhamdulillah, semoga terbuka hatinya untuk menerima Fikri.

 

--ooOoo-

RANCANGAN pada awalnya hanya mahu tinggal sehari dua, diubah. Ingin melihat Farisya selamat melahirkan anak. Dato' Kamal dan Datin Salmah turut bimbang seperti Mak Limah. Walaupun Farisya bukan anak kandung, mereka tidak mahu sejarah berulang. Cukuplah kehilangan Fathiah, jangan Farisya pula menurut jejaknya.

Melihat kemesraan di antara Sofea dan Farisya membuatkan mereka bertambah yakin, Farisya akan menerima lamaran Fikri. Cuma hati dan ego Farisya terlalu keras untuk mengiakan. Mungkin satu masa nanti hati Farisya akan terbuka untuk menerima Fikri. Datin Salmah tidak putus-putus berdoa, mengharapkan segalanya yang baik.

Kehidupan harian Farisya berjalan seperti biasa. Perbezaannya cuma dia tidak bekerja. Sengaja meletakkan jawatan. Alasan yang diberikan, menerima tawaran kerja baru. Cepat-cepat dia letak jawatan, sebelum perutnya membesar dan fitnah akan bertaburan di seluruh pejabat, silap-silap satu Pasir Gudang nama dijaja.

Puas juga Datin Salmah memujuk Farisya tinggal sama, namun ditolak dengan sopan. Tak elok, Fikri ada sama, bukan muhrim jawabnya. Tidak begitu selesa untuk tinggal di rumah orang lain.

Lebih seronok tinggal di rumah sendiri, buruk ke cantik ke rumah sendiri.

Perutnya diusap perlahan. Seringkali Farisya berbuat demikian apabila dirasakan kandungannya bergerak dan menendang. 'Baby jangan tendang kuat sangat yer, sakit perut ibu.' Suara memujuk itu kadangkala berkesan. Bayi itu bagai mengerti apa yang dituturkan ibunya.

Farisya mencapai cordless phone. Deringannya agak nyaring, membuatkan telinga tidak tahan untuk mendengarnya dalam tempoh masa yang agak lama.

"Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam, Isya sihat? Macamana hari ni?" rasa rindu pasa Farisya mendesak Datin Salmah untuk menghubungi.

"Mama, ingatkan siapa tadi. Isya ok aje. Mama macamana?"

"Mama sihat, semua sihat. Tak payah Isya nak risaukan pasal kami kat sini. Kami ni yang sepatutnya risaukan Isya."

"Takde apa-apa mama, biasala dia menendang itu aje." Rasa sakit yang tiba-tiba menyerbu belakang pinggang membuatkan Farisya mengeluh, menahan sakit. "Ouchh..."

"Nape Isya?"

"Takde apa, cuma sakit kat belakang ni hah."

"Tunggu, nanti kami sampai."

"Tak payah lah..." Belum sempat Farisya menghabiskan kata. Talian ditamatkan serta merta.

 

--ooOoo-

MATANYA dibuka perlahan. Merenung wajah bersih seiras wajahnya. Farisya mengelus perlahan pipi bayi comel yang sedang nyenyak. Alhamdulillah, syukur aku selamat melahirkan. Abang Hir, Diya selamat lahirkan seorang puteri, macam yang abang harapkan.

Farisya cuba mengimbas kembali apa yang terjadi sebleum dia memejamkan mata. Apa yang terlayar di minda cuma wajah cemas Dato' Kamal, Datin Salmah dan Mak Limah mengangkatnya yang separa sedar ke dalam kereta.

Keadaan separa sedar membuatkan Farisya tidak menyedari bila masanya dia melahirkan anak. Dia juga tidak merasai apa-apa yang teruk ketika melahirkannya.

"Assalammualaikum..." Suara garau itu membuatkan Farisya berpaling ke arah empunya suara.

Bakul berisi buahan diletakkan di atas meja. Perlahan duduk di birai katil, memerhatikan wajah comel yang sedang terpejam matanya. Teringat pada saat kali pertama mendukung Dania Sofea.

"Tahniah Isya."

"Terima kasih." Farisya tersenyum, terasa seperti suami yang datang melawat.

"Perempuan kan?" Farisya mengangguk.

"dah decide nak bagi nama apa?"

"Nak namakan dia Dania Assila. Sempena nama mak Isya." Senyuman kian mekar, dia mahu nama itu sering disebut, walaupun dia tidak pernah mengenalinya.

"Dania Assila." Fikri berdekah kecil. Tinglah lakunya membuatkan Farisya kehairanan.

"Nak tau? Nama Dania Sofea pun Fathiah yang pilih."

Farisya tersenyum lagi. Bukan sengaja memilih nama yang sama dengan Sofea. Mungkin sudah berkongsi segalanya dari rahim ibu, sehinggakan idea untuk memilih nama anak pun sama.

"Apa nak dihairankan, akak dengan Isya kongsi semua yang sama dari rahim mak."

 

--ooOoo-

DATO' Kamal mendukung bayi itu. Datin Salmah hanya memerhatikan. Bayi yang berusia sebulan itu tetap menjadi tumpuan. Farisya terpaksa menurut kata, tiada dalih yang boleh diusulkan. Dia tahu kesemua mereka bimbang jika dia bersendirian dalam keadaan sebegitu. Sebulan menginap di rumah Fikri membolehkan Farisya serasikan diri dengan persekitarannya.

Perlahan Datin Salmah menghampiri Farisya yang juga sedang menonton Dato' Kamal mendukung bayinya.

"Isya dah fikirkan tentang lamaran tu?"

Farisya tidak terus menjawab. Wajah yang berseri dengan senyuman direnung dalam-dalam.

"Tak tau lagi la mama."

"Nape pulak?" Datin Salmah membelai lembut rambut Farisya.

"Fikirkanlah untuk masa depan anak tu. Sekurang-kurangnya dia masih berayah meskipun ayah tiri. Lagipun bukan orang lain, pakcik dia juga."

Pandangannya beralih kembali pada Dato' Kamal yang berpura-pura tidak mendengar apa-apa.

Farisya tersengih, malu juga untuk memberikan jawapan.

"Sebenarnya Isya boleh terima Fikri untuk jadi suami Isya."

Datin Salmah bersorak kecil. "Maksudnya Isya setuju la?"

Farisya mengangguk. "Sebenarnya dah lama Isya nak cakap, tapi malu..."

"Nak malu apa. Isya kan anak mama."

Dahi ibu muda itu dikucup perlahan. Sayang benar dia pada Farisya.

Terharu Farisya dibuatnya. Tiada apa yang mampu dilakukan selain memanjatkan kesyukuran pada Ilahi.

"Tunggu la sampai Assila besar sedikit. Boleh kan mama?"

"Boleh, takkanlah Isya nak bersanding macam ni." Datin Salmah tersenyum.

Puas, tidak risau melepaskan Sofea lagi. Bukan ke tangan orang lain, adik emak Sofea sendiri. Takkanlah Farisya sanggup mendera anak buah sendiri.

 

--ooOoo-

KEMERIAHAN majlis pada hari itu tidak tergambar dengan kata-kata. Semuanya berseri-seri, tambah-tambah lagi Dato' Kamal, Datin Salmah juga Mak Limah. Senyuman mekar di setiap bibir mereka, di dalam hati hanya berdoa agar ikatan pernikahan ini kekal selamanya.

Hajat Farisya tidak mahu bersanding yang ditunaikan tetap tidak merosakkan keceriaan majlis pada hari itu. Farisya bukan takut untuk duduk di pelamin, cuma mahu melihat semua hadirin. Kerana itu difikirkan lebih elok tidak bersanding. Pergerakan tidak terhad membolehkan mereka menyambut hampir semua tetamu.

Syamsul dan Azmi antara tetamu yang awal hadir. Mereka menghadiahkan senyuman yang paling indah untuk Farisya. Mereka mahu Farisya tahu bahawa mereka dapat menerima keputusan yang dibuat oleh Farisya.

"Sya jangan nakal-nakal, ikut kata suami." Pesan Syamsul ketika mahu berangkat.

"Jemi nak Diya tabah mengharungi suka duka hidup. Jemi doakan Diya bahagia di samping Fikri sapertimana Diya bahagia di samping Shahir." Azmi juga tidak lupa menyampaikan pesan.

Bersyukur Farisya, majlis berlansung tanpa cacat cela. Malah tidak melampau jika dia mengatakan majlis itu majlis yang paling hebat pasa tahun itu. Farisya menatap wajahnya yang sudah dibersihkan melalui cermin. Digenggam tangan Fikri yang sedang memegang bahunya, entah bila datangnya.

"Abang menghargai segala apa yang sayang dah buat selama ini. Terimah kasih kerana masih lagi sudi untuk hidup bersama dengan abang."

"Abang, Isya pun nak berterima kasih sebab terima janda anak satu ni."

Fikri tersenyum. "Ala, ngamla janda anak satu dengan duda anak satu."

Berderar tawa mesra mereka. Masing-masing memohon gar jodoh kali ini berkekalan hendaknya.

 

--ooOoo-

" SELAMAT malam sayang. Kali ni giliran abang pulak bermanja." Fikri berbisik sebaik sahaja mereka meninggalkan bilik Sofea dan Assila.

"Tak boleh la bang. Nanti kena saman." Farisya merebahkan diri atas katil utama. Fikri turut berbaring disebelahnya.

"Sapa nak saman, kita kan suami isteri, dah dua tahun dah ikatan tu terbina."

Fikri merangkul lembut pinggang isteri. Farisya hanya merelakan.

Suara tangisan bayi yang tiba-tiba bergema membuatkan Farisya lantas bangun.

"Kan Isya dah kata. Diorang tak bagi can kat abang punya."

Bayi kembar yang ditempatkan tidak jauh dari katil utama dihampiri. Pada mulanya hanya Daniel Ashraf saja yang menangis, mungkin sudah sehati sejiwa kembar seirasnya, Daniel Arieff turut menangis. Fikri bangun untuk cuba mambantu Farisya menguruskan anak ketiga dan keempat mereka.

Pada raut wajah tidak jauh berbeza di antara Daniel Ashraf dan Daniel Arieff. Farisya bertekad, dia takkan memisahkan kembar seiras ini, sepertimana yang pernah dialaminya. Walau apa yang berlaku, kedua-duanya tetap dipelihara dengan penuh kasih sayang.

 

-Tamat-

 

Sumber dari TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com

Muhammad Ttuyup , Rabu, November 17, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog