2+4 hrs...Twogether Fourever

Rabu : 23 April 2025   
@ 25 Syawal 1446H / 2:44 PM

26Jumaat,November

Ladang pokok serba guna

SEBAIK saja kaki melangkah memasuki ladang Thursday yang menempatkan pokok tea di daerah Ballina, dua jam perjalanan dari Brisbane Australia, tanggapan penulis pada pokok tea yang biasa dijadikan ramuan dalam minuman dibuang jauh.
 
Ini kerana namanya saja menyamai pokok teh tetapi tumbuhan ini langsung tiada kena mengena dengan tumbuhan berdaun kecil itu.
 
Justeru, dari mana datangnya tea tree atau pokok teh? Menurut sejarah, orang yang menamakannya sebagai pokok teh adalah Kapten James Cook dan kumpulannya ketika Perang Dunia Pertama lantaran daun pokok tea ini digunakan sebagai ramuan untuk minuman keras bir kerana mempunyai antiseptik yang kuat menghapuskan bakteria, kulat dan virus, sekali gus menguatkan sistem kekebalan tubuh terutama dalam peperangan.
 
Lupakan seketika mengenai sejarah tumbuhan ini.
Ini kerana keterujaan penulis bersama media dari Malaysia, Taiwan dan Hong Kong seramai lebih 20 orang yang memenuhi undangan daripada Integria Health Care sukar digambarkan apabila berpeluang melawat ladang Thursday berkeluasan 175 ekar dengan 60 ekar dipenuhi pokok tea atau nama saintifiknya Melaleuca alternifolia.
 
Aroma segar menusuk hidung ketika berada di ladang ini dengan pokok mempunyai ketinggian empat hingga tujuh meter saja.

Apabila penulis mematahkan daunnya dan menciumnya, sama seperti aroma minyak yang sudah diproses.

Penulis mula mengingati bauan ini yang seakan dengan bau buah pala.
 
Pokok serba guna ini mudah tumbuh di kawasan berpaya dan akan matang selepas setahun ditanam biasanya pada Jun atau Julai dan boleh digunakan untuk proses penyulingan.
 
Daunnya berbentuk halus seperti lembing dan tersusun rapi secara berlingkar di sepanjang ranting manakala pada permukaan bawah daun terdapat dua baris bintik kecil sel minyak tersusun memanjang sehingga ke pangkalnya.
 
Kulit pokok ini seakan kertas dan boleh disiat dalam bentuk kepingan dengan mudah.
 
Malah tumbuhan ini berbunga dengan banyak apabila musim bunga dan menandakan musim hujan akan tiba.
 
Menurut Pegawai Penyelidik Integria Health Care, Miriam McMahon, penghasilan minyak pokok tea memenuhi piawaian Pentadbiran Produk Terapeutik Australia dan berkualiti sangat tinggi kerana mempunyai sijil dalam Pensijilan Rantaian Makanan Organik (OFC).
 
"OFC adalah badan yang memantau penghasilan produk organik di dunia dan memastikan penggunaan bahan semula jadi saja.
 
Prinsip dalam penghasilan produk organik adalah untuk memperbaiki sumber semula jadi seperti tanah seterusnya memastikan tumbuhan dan haiwan terpelihara daripada mendapatkan nutrisi merbahaya sekali gus memberikan kesan yang kecil pada alam sekitar.
 
"Setiap produk yang mempunyai sijil OFC ini menunjukkan produk ini selamat digunakan serta boleh memasuki pasaran produk organik, kualiti produk dijamin selamat untuk kegunaan pengguna malah membuktikan label yang tertulis mengenai isi kandungan produk adalah benar," katanya.
 
Namun untuk mendapatkan OFC bukan sesuatu yang mudah.
 
Ini kerana sesebuah syarikat pengeluar harus memenuhi syarat dikenakan OFC seperti prosedur dalam pengeluaran produk yang mesti memenuhi semua piawaian dikenakan.
 
Setiap penyelidikan dan keputusan harus memenuhi piawaian dibenarkan OFC.
 
Mempunyai semua rekod dalam pengurusan perladangan, kod yang ditetapkan OFC, rekod latihan yang diberikan kepada pekerja, menyatakan secara terperinci semua bahan kimia digunakan, tidak mengandungi sebarang bahan petrokimia, paraben dan dioxin, mempunyai lebih 70 peratus bahan organik yang diluluskan serta 100 peratus bahan semula jadi serta air dan mineral yang tidak boleh dinyatakan sebagai bahan organik.
 
Tidak hairan ketika dibawa melawat ke makmal serta kilang pemprosesan minyak pokok tea, proses dilakukan terhadap tumbuhan ini sangat spesifik dan teliti.
 
Minyak ini dihasilkan menerusi cara penyulingan menerusi daun segar serta batangnya sebaik saja dituai.
 
Malah proses ini memakan masa beberapa kali sebelum sedia digunakan bagi memastikan ketulenan terpelihara sama ada dari segi warna, bau dan rasa.
 
"Selepas uji kaji dijalankan minyak ini mempunyai komposisi kimia yang sangat tepat iaitu kandungan terpinen -4- ol yang tinggi dan kineole yang rendah serta mempunyai minimum kesan pada kulit.
 
Justeru minyak ini sangat bagus sebagai agen antikulat, antivirus dan antibakteria paling mujarab dalam penyediaan barangan penjagaan kulit," katanya.
 
Tambahnya, Ladang Thursday adalah satu-satunya syarikat yang mengeluarkan minyak asli pokok tea di dunia serta rangkaian produk minyak pokok tea yang memenuhi kriteria dalam pengeluaran produk organik, memenuhi piawaian antarabangsa iaitu memiliki sekurang-kurangnya minimum 20 peratus bahan beracun, terpinen-4-ol serta mendapat persijilan daripada OFC.
 
"Kini, pengguna lebih berhati-hati mengenai produk harian mereka. Mereka ingin tahu sama ada produk itu selamat, memenuhi piawaian antarabangsa serta mempunyai kesan minimum pada tubuh.
 
Produk daripada ladang ini juga mempunyai kualiti yang sangat tinggi berbanding produk organik lain yang ada di pasaran," jelasnya.
 
Menurut Pengurus Latihan dan Pendidikan Integria Health Care, Morgan Bell, kulit adalah bahagian terbesar dalam tubuh manusia yang berfungsi melindungi bahagian dalaman daripada alam sekitar.
 
Namun peningkatan pencemaran alam sekitar menyebabkan kulit tercemar dengan bahan merbahaya dan kita tiada pelindung berkesan mengatasinya.
 
Malah keunikan kulit yang mempunyai liang roma akan mengakibatkan kulit senang menerima sebarang bahan toksin yang boleh menyebabkan kemunculan pelbagai penyakit merbahaya.
 
Justeru bagaimana kita dapat memastikan kulit terpelihara daripada sebarang bahan sintetik, kimia dan pengawet yang boleh menjejaskan tahap keaslian kulit serta ketahanannya melawan penyakit? Menurut Bell, berbeza dengan antibiotik konvensional, minyak pokok tea bersifat semula jadi dan selamat digunakan.
 
Minyak asli berwarna kekuningan ini adalah ejen semula jadi popular untuk mengubati tiga jenis organisma yang menyebabkan jangkitan kulit iaitu cendawan, bakteria, dan virus.
 
Malah tindakan minyak pokok tee terhadap sel epithelium manusia adalah rendah dari segi kadar toksik.
 
"Ujian mikrobiologi yang sudah dijalankan di makmal menunjukkan keberkesanan minyak pokok tea dalam memerangi jangkitan kuman sangat berkesan dan cepat.
 
"Justeru, minyak ini adalah ubat semula jadi yang sangat baik untuk ratusan bakteria dan kulat penyakit kulit seperti jerawat, bisul, kulit berminyak, lepuh, matahari membakar, kutu air, kutil, gigitan serangga, ruam, kelemumur dan luka ringan serta kerengsaan.
 
Lebih penting minyak pokok tea berkesan untuk membantu melawan jangkitan penyakit yang tidak dapat dirawat oleh antibiotik lain," katanya.
 
Selain itu penyelidikan juga menunjukkan minyak pokok tea juga berupaya mengatasi masalah pernafasan seperti sakit tekak, batuk dan penyakit merbahaya seperti asma, jantung dan bronkitis serta memperkuat sistem kekebalan tubuh.
 
Ia juga boleh digunakan untuk penyakit mulut seperti jangkitan mulut dan tekak.
 
Walaupun produk pokok tea memenuhi semua keperluan rangkaian produk penjagaan diri seperti penjagaan rambut, badan, wajah, antiseptik, kaki dan kulit di Malaysia hanya produk tertentu saja dipasarkan.
 
Antaranya minyak pokok tea 10 mililiter (ml) dan 25 ml berharga RM 30.80 dan RM 46.80.
 
Pembersih wajah 150 ml berharga RM 43.80, sabun organik 100 gram berharga RM18.90, pembersih tubuh 200 ml berharga RM29.80 dan losen badan 200 ml berharga RM32.80.
 
Semua barangan ini boleh didapati di semua rangkaian Guardian, Watsons dan Caring Pharmacy seluruh negara.
 
Oleh Siti Zarinah Sahib
 
+
 

LADANG Thursday adalah syarikat pengeluar produk pokok tea sejak 1976 yang diusahakan oleh Eric White di bahagian Utara New South Wales Australia. Selepas mendapati pokok tea adalah antiseptik dan produk penyembuhan terbaik untuk kulit dia meluaskan penanaman tumbuhan ini sehingga ke bahagian Bungawalbyn, berhampiran Coraki Australia.

Ladang itu terletak 17 kilometer daripada bandar dan tidak mempunyai kemudahan komunikasi seperti telefon atau surat. Malah ladang itu tidak mempunyai sistem saliran sehingga ada kalanya menyebabkan banjir berlaku.

Selama empat tahun menjalankan kajian akhirnya Ladang Thursday dibuka secara rasminya oleh Christopher Dean anak tiri kepada Eric White bersama isterinya Lynda.

Buat permulaan produk yang dibungkus di dalam bekas kaca berwarna hitam dijual di kedai-kedai kecil saja. Namun mendapat permintaan yang sangat tinggi daripada pelanggan disebabkan keberkesanannya memperbaiki masalah kulit seperti bengkak, ekzema, kesan terbakar, jerawat dan ruam.

Menyedari keperluan serta kebaikan minyak pokok tea sebagai produk penyembuhan paling berkesan menyebabkan Dean meminta bantuan kerajaan dari segi kewangan serta kempen kesedaran kepada orang ramai mengenai kebaikan minyak pokok tea Australia.

Kajian dijalankan tahun berikutnya menunjukkan minyak pokok tea adalah pembunuh terbaik untuk menghapuskan bakteria sekali gus produk antiseptik, antibakteria dan antifungus paling berkesan. Ini kerana produk ini mengandungi bahan terpinene-4-ol yang baik untuk kulit serta memenuhi piawaian antarabangsa dalam penghasilan produk organik.

Pada 1988 disebabkan permintaan yang tinggi daripada orang ramai, menyebabkan Ladang Thursday membina kilang minyak tea tree yang terletak di daerah Ballina bagi memastikan isi kandungan produk tidak mengandungi bahan kimia.

Hari ini Ladang Thursday sudah memasarkan produk pokok tea ke hampir 30 negara di dunia. Malah pembungkusannya daripada gaya tradisional berubah kepada lebih kontemporari dengan mendapat persijilan daripada Organic Food Chain (OFC).

Rangkaian produk merangkumi syampu, buih pembersih badan, losen tangan dan badan, pewangi ketiak, sabun, pembersih tangan dan pembersih bahagian intim wanita.

Selain OFC juga mendapat persijilan daripada piawaian tertinggi dalam penghasilan produk organik Amerika Syarikat (USDA) sekali gus membuktikan semua produk ini mempunyai 95 peratus bahan organik dan hanya satu peratus saja bahan lain yang tidak merbahaya.

Produk ini mesra alam sekitar serta boleh dikitar semula.

Muhammad Ttuyup , Jumaat, November 26, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog