HAVANA 11 Nov. - Media tempatan dan penulis blog Cuba tidak hairan dengan permainan video terbaru, Call of Duty: Black Ops, yang memerlukan pemain menyertai operasi rahsia sekitar 1960-an untuk membunuh bekas pemimpinnya, Fidel Castro.
"Apa yang gagal dilakukan kerajaan Amerika Syarikat (AS) dalam masa 50 tahun, cuba dicapai secara maya," kata ulasan dalam laman web Cubadebate, di mana Castro kerap meluahkan pendapat.
Laman web itu merujuk kepada pelbagai rancangan untuk membunuh bekas Presiden Cuba itu, yang didakwa oleh kerajaan Cuba berjumlah 638 kali.
Siri terbaru francais Call of Duty itu mula dijual di Amerika Utara dan Eropah pada Selasa lalu, meninggalkan zaman Perang Dunia Kedua dan mewujudkan persekitaran moden dalam tema Perang Dingin.
Misi pertama adalah membunuh Castro sebelum krisis peluru berpandu 1962, saat di mana Perang Dingin hampir saja bertukar kepada konflik nuklear besar-besaran.
Selepas itu pemain dibawa masuk ke dalam Kesatuan Soviet dan Asia Tenggara semasa Perang Vietnam.
Castro yang kini berusia 84 tahun, memimpin Cuba sejak revolusi 1959 sehinggalah meletak jawatan pada 2006 atas sebab-sebab kesihatan. Adik beliau, Raul Castro menggantikannya sebagai Presiden.
"Pada satu ketika, permainan video itu meraikan kejayaan atas tindakan haram AS ke atas Castro malah pada satu sisi lain menunjukkan perangai gila kanak-kanak dan remaja Amerika, pengguna utama permainan sebegini," kata Cubadebate.
Cubaan AS untuk menamatkan riwayat Castro dibuktikan semasa Dwight Eisenhower dan John F. Kennedy menjadi Presiden. Pelarian Cuba bertanggungjawab terhadap kebanyakan cubaan membunuh Castro sejak 1970-an. - AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "