2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 10 April 2025   
@ 12 Syawal 1446H / 12:41 PM

5Jumaat,November

Anak gajah disambar buaya [5 F@G]

PRETORIA: Belalai anak gajah disambar buaya. Kejadian ini dirakam oleh jurugambar amatur, Johan Opperman ketika mengambil gambar sekumpulan gajah meragut makanan berhampiran kawasan paya.

Dengan diawasi keluarganya, anak gajah itu menghampiri tepi lopak untuk minum. Bagaimanapun, seekor buaya tiba-tiba menerkamnya dengan harapan untuk membunuh anak gajah berkenaan dengan menggigit belalainya.

Apabila mendengar tempikan anak gajah itu, kumpulan gajah berkenaan mengusir buaya itu dengan menempik dan menghentak kaki mereka di kawasan berhampiran.

Selepas kejadian, kumpulan gajah berkenaan sentiasa berada di sekeliling anak gajah itu.

Sebaik memastikan semuanya selamat, mereka menyeberang paya itu bersama-sama, hanya beberapa meter dari tempat buaya itu bersembunyi.

Opperman dari Pretoria, Afrika Selatan merakam saat menakjubkan itu ketika melawat Taman Negara Kruger.

Lelaki berusia 38 tahun itu berkata: "Gajah itu sedang meragut makanan, minum air dan menyejukkan diri - kelakuan biasa haiwan berkenaan. Buaya itu menerkam anak gajah berkenaan dan cuba membunuhnya untuk dijadikan makanannya pada hari itu. Daripada beberapa pakar, saya mendapat tahu, kejadian seumpama ini amat jarang berlaku. "

Buaya jarang membaham gajah. "Apabila anak gajah itu berada dalam cengkaman pemangsanya, semua gajah lain berang, berlari sekeliling sambil menghentakkan kaki dan bertempik serta menghampiri buaya berkenaan untuk menyelamatkan anak gajah itu. "

Menurut Opperman, dia tidak sedar apa sebenarnya yang berjaya dirakam sehingga dia melihat semula rakaman itu di rumah tumpangannya.

"Saya agak terkejut apabila melihat saya berjaya merakamkan gambar buaya menarik anak gajah itu," kata Opperman. - Agensi

Marjaki Rawo , Jumaat, November 05, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog