2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Al-Qaeda ciptaan Barat: PM Yaman

Mujawar dakwa isu bungkusan bom cubaan cemar imej Sanaa di mata dunia

SANAA
: Perdana Menteri Yaman, Ali Muhammed al-Mujawar (Gambar), mendakwa kumpulan al-Qaeda asalnya ditubuhkan di Barat dan tidak pernah diwujudkan di negaranya, lapor agensi berita kerajaan, Saba.
 
Mujawar membuat kenyataan itu pada satu pertemuan dengan duta negara Asia dan Afrika ke Yaman bagi menjelaskan pendirian Sanaa ke atas pihak yang cuba mewujudkan pandangan negatif membabitkan serangan bungkusan bom yang dihantar ke Amerika minggu lalu.
 
"Al-Qaeda adalah kumpulan yang ditubuhkan Barat dan tidak pernah dibentuk di Yaman. Ia adalah dakwaan pihak yang cuba mewujudkan pandangan negatif terhadap Yaman," kata Mujawar yang dipetik laman web, semalam.

Beliau juga menggesa masyarakat antarabangsa supaya terus menyokong usaha Yaman membanteras pengaruh al-Qaeda pada peringkat wilayah.

Mujawar membayangkan al-Qaeda wujud selepas Amerika membiayai pejuang mujahidin bagi mengusir tentera Soviet Union di Afghanistan pada 1980-an.

Amerika meningkatkan tekanan ke atas Yaman selepas menuduh al-Qaeda berlindung di negara itu dan merancang operasi keganasan terhadap kepentingan Washington.

Jumaat lalu, laporan menyatakan, kumpulan al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) yang bergerak di Yaman mendakwa bertanggungjawab mengirimkan bungkusan bom ke Amerika.

Kumpulan itu juga mendakwa bertanggungjawab menembak jatuh sebuah pesawat kargo di Dubai pada 3 September lalu dan menambah ia akan meneruskan serangan ke atas kepentingan Amerika dan sekutunya.

Yaman juga dilaporkan meningkatkan usaha memerangi kumpulan pengganas yang semakin menimbulkan kebimbangan antarabangsa selepas dua bungkusan bom ditemui di dalam sebuah pesawat kargo menuju ke Amerika, minggu lalu.

Sabtu lalu, seorang hakim di negara itu mengarahkan tentera memburu dan menahan seorang ulama kelahiran Amerika, Anwar al-Awlaki beberapa hari selepas perbicaraan tanpa kehadirannya berlangsung di Sanaa.

Awlaki yang dipercayai tokoh kanan AQAP didakwa atas tuduhan merancang membunuh warga asing. Keputusan mengarahkan penahanannya dibuat hanya beberapa minggu selepas cubaan AQAP menghantar bom menggunakan pesawat kargo berjaya dikesan dan ditumpaskan.

Awlaki disyaki bersembunyi di wilayah Shabwa tempat tentera kerajaan melancarkan serangan ke atas kumpulan al-Qaeda sebelum itu. – Agensi
Cik NiNe Che Kadir , Rabu, November 10, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog